Skip to content

Rawatan Immunoterapi telah menyembuhkan Kanser Payudara seorang Wanita

Tercipta satu Detik bersejarah apabila seorang wanita penghidap kanser payudara telah sembuh sepenuhnya daripada kanser tahap akhir. Kansernya sebelum ini telah merebak ke kawasan badan yang lain menyebabkan kebarangkalian untuk beliau sembuh sangat tipis.

Bagi sesiapa yang mengalami kanser dan kanser tersebut telah merebak ke tempat lain, tahapan kanser tersebut berada pada tahap ke-4.

Loading…

Pesakit seperti ini selalunya akan diberi rawatan paliatif dimana rawatan itu hanyalah untuk menjaga kualiti hidup pesakit sehinggalah pesakit meninggal dunia. Sebagai contoh jika pesakit mengalami simptom muntah, maka pesakit akan diberikan ubat tahan muntah, jika kurang selera makan, pesakit akan diberi suplemen untuk lebih beribadat.



Senang cerita jika anda menghadapi kanser tahap ke-4, selalunya pesakit akan mati disebabkan kanser tersebut kerana ia susah untuk disembuhkan.

Siapakah Gerangan Wanita Tersebut?

Wanita ini adalah Judy Perkins. Dia merupakan salah seorang pesakit kanser payudara sebelum itu dan telah menjalani rawatan dan pembedahan bagi membuang kansernya. Selama 10 tahun pesakit ini telah bebas daripada kanser.

Terdapat sebilangan kecil pesakit yang telah sembuh daripada kanser ini mendapat kanser semula dan Pn Judy adalah salah seorang. Malangnya kali ini kanser tersebut adalah lebih agressif sehingga mana ia telah merebak ke organ badan yang lain termasuk hati.

Setelah menjalani pelbagai terapi, kanser payudara tersebut masih merebak ke organ badan yang lain sehingga mana ada yang membesar dan bersaiz seperti bola tennis.

Pada ketika itu, Pusat Kajian National Institutes of Health(NIH) sedang mengkaji penggunaan satu terapi baru bertujuan untuk merawat mereka yang mengalami kanser pada tahap akhir. Rawatan tersebut dipanggil sebagai Autologous Tumor-Infiltrating lymphocytes.



ARTIKEL BERKAITAN: Kanser Payudara

Bagaimanakah ia merawat kanser?

Rawatan ini dilakukan dengan mengambil Sel darah putih iaitu sel imun dalam badan pesakit. Spesifik sel yang diambil adalah sel-T. Sel-T di dalam badan pesakit sebenarnya sudah mengenalpasti sel kanser dalam tumbuh badan tersebut. Tetapi Sel-T itu tidak boleh membunuh lagi sel kanser disebabkan sel kanser tersebut adalah salah satu struktur di dalam badan pesakit sendiri.

Oleh itu, sel-T tersebut akan diambil dan diubahsuai supaya ia mampu membunuh sel kanser yang berada di dalam tubuh badan pesakit. Ia juga terbukti tidak menyerang sel badan yang sihat. Sel-T ini akan digandakan di dalam makmal supaya bilangannya bertambah dan boleh digunakan untuk merawat pesakit. Rawatan ini merupakan salah satu jenis Rawatan Immunoterapi.

Mengikut satu sumber, Seramai 45 pesakit sedang menggunakan rawatan ini bagi membantu dalam kajian tersebut dan semua peserta ini telah mempunyai kanser pada tahap ke-4. Setakat ini ada lebih kurang 7 orang yang menunjukkan kesan yang positif dimana saiz kanser tersebut semakin.

Setelah Judy menerima rawatan selama 42 minggu, Judy telah disahkan sembuh sepenuhnya daripada kanser payudara. Sekarang ini dia telah bebas kanser selama 3 tahun.

Gambar sebelah kiri adalah gambar CT-scan pesakit sebelum menerima rawatan. Anak panah menunjukkan ketulan kanser. Sebelah kanan pula gambar pesakit setelah 22 bulan menerima rawatan dan menunjukkan kanser yang merebak telah pun hilang secara sepenuhnya. Zacharakis et al/Nature 2018

“Adakah ia sudah boleh digunakan pada orang awam”? Wartawan bertanyakan kepada kumpulan pengkaji tersebut.

“Tidak lagi” Kata Steven Rosenberg.

Akan tetapi perkara ini membuka satu ruang yang lebih luas kepada pihak perubatan bagi rawatan penyembuhan kanser. Diharapkan beberapa tahun yang akan datang, rawatan ini mampu digunakan di Hospital kerajaan dan swasta bagi penyembuhan peyakit tersebut.



Rujukan:

  1. Nikolaos Zacharakis, Harshini Chinnasamy, Mary Black, Hui Xu, Yong-Chen Lu, Zhili Zheng, Anna Pasetto, Michelle Langhan, Thomas Shelton, Todd Prickett, Jared Gartner, Li Jia, Katarzyna Trebska-McGowan, Robert P. Somerville, Paul F. Robbins, Steven A. Rosenberg, Stephanie L. Goff & Steven A. Feldman. Immune recognition of somatic mutations leading to complete durable regression in metastatic breast cancer. Published: 04 June 2018. Nature Medicine 24, 724–730 (2018)
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 5 =