Skip to content

Dilarang makan telur atau ayam separuh masak jika anda hamil

Seorang wanita hamil berumur 25 tahun hamil dengan kandungan yang berusia 28 minggu telah datang ke dewan bersalin disebabkan masalah pecah air ketuban dan juga mengalami demam yang tinggi bermula 2 hari yang lepas.

Di dewan bersalin, Suhunya meningkat sangat tinggi sehingga 42 darjah celcius dan denyutan nadinya juga tinggi sehingga 124 seminit. Selalunya bacaan nadi orang yang normal adalah kurang daripada 100 kali seminit.

Selepas 6 jam, bayi dilahirkan. Pesakit dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi Nenotal(NICU) disebabkan paru-parunya yang masih belum matang kerana dilahirkan tidak cukup bulan.



Semua sampel untuk ujian kuman telah diambil daripada darah ibu, air kencing ibu dan bahagian pangkal rahim semuanya menunjukkan kuman yang sama iaitu Salmonella.

Bahkan pesakit ini telah mengalami bacterimia/Septicemia disebabkan bakteria telah memasuki darah pesakit tersebut. Sebab tu kuman tu dijumpai dalam darah.

Jangkitan Salmonella

Adalah salah satu bakteria yang selalu menjangkiti kawasan usus. Oleh itu, ia selalunya merebak kepada orang lain dengan pengambilan makanan yang telah tercemar dengan bakteria ini.

Simptom yang selalu dihadapi oleh mereka yang dijangkiti dengan masalah ini adalah:

  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sakit perut
  • Demam yang tinggi(lebih daripada 38.5 darjah celcius) dan melebihi 3 hari
  • Menggigil

Punca jangkitan salmonella dalam pesakit ini

Bila sejarah pemakanan di ambil daripada pesakit tersebut, pesakit menyatakan pernah makan ayam separuh masak beberapa hari sebelum kejadian tersebut.



Inilah punca kepada jangkitan tersebut.

Ayam separuh masak merupakan salah satu punca utama kepada jangkitan Salmonella ini. Ia diterukkan lagi apabila seseorang itu hamil.

Ketika seseorang itu hamil, imun sistem badannya akan menjadi semakin lemah berbanding sebelum ini. Sebab itulah jangkitan ini sangat mudah berlaku pada golongan ini, bahkan ia memudahkan lagi bakteria ini masuk ke dalam saluran darah dan menyebabkan jangkitan kuman yang lagi teruk.

Bagi kes ini, bakteria tersebut sudah sampai ke dalam air ketuban dan menjangkiti bayi.

Bayi tersebut pula terpaksa duduk selama beberapa bulan di dalam wad NICU disebabkan jangkitan Salmonella dan juga disebabkan tidak cukup bulan.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Makanan lain yang tidak boleh dimakan oleh mereka yang sedang mengandung.

Makanan-makanan jenis ini selalunya tidak mendatangkan kerisauan jika dimakan oleh orang yang sihat dan tidak hamil. Tetapi ia dilarang bagi mereka yang hamil kerana risiko jangkitan bakteria seperti Salmonella, Listeria, E. coli dan beberapa jenis bakteria yang lain.

Makanan tersebut adalah:

  • Ayam, daging yang mentah ataupun separuh masak. Ini disebabkan najis daripada haiwan tersebut mungkin akan mencemari bahan itu ketika proses penyembelihan atau pemotongannya.
  • Telur mentah atau separuh masak. Walaupun kulit telur itu nampak boleh melindungi daripada jangkitan kuman. Tetapi kuman Salmonella boleh menjangkiti bahagian dalam telur sebelum sempat kulit telur tersebut terbentuk

Punca lain adalah:



  • Memotong buah-buahan dan sayur menggunakan tempat pemotong yang sama dengan potong ayam ataupun daging. Ini boleh menyebabkan pencemaran silang iaitu bakteria daripada daging ataupun ayam tersebut telah melekat pada buah atau sayur yang dipotong tadi.
  • Meletakkan buah dan sayur bercampur dengan daging dan ayam di dalam peti sejuk. Perkara ini juga boleh menyebabkan pencemaran silang

Oleh itu diminta untuk anda semua untuk tidak mengambil makanan seperti ini bagi mengelakkan jangkitan bakteria salmonella terutamanya bagi mereka yang sedang hamil.

Harap bermanfaat.

Rujukan:

  1. Gluck, B., Ramin, K. D., & Ramin, S. M. (1994). Salmonella typhi and pregnancy: a case report. Infectious diseases in obstetrics and gynecology, 2(4), 186–189. doi:10.1155/S1064744994000633
  2. Mayo clinic. Salmonella Infection.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 3 =