Skip to content

Antibiotik menyebabkan selesema biasa bertukar menjadi penyakit yang berbahaya.

Penyalahgunaan antibiotik telah menyebabkan peningkatan bilangan bakteria yang kebal kepada antibiotik tersebut. Ia boleh menyebabkan ancaman pada manusia di masa sekarang dan juga akan datang.

Bahkan ia diterukkan lagi dengan penemuan terbaru yang telah diterbitkan dalam jurnal berprestij Cell Reports.

Dalam kajian tersebut, ia melaporkan

Penggunaan antibiotik yang salah untuk merawat demam selesema boleh menyebabkan penyakit itu menjadi 3 kali ganda berisiko menyebabkan kematian. Ia berlaku disebabkan antibiotik tersebut menyahaktifkan sistem pertahanan pertama untuk melawan virus tersebut.



Ini disebabkan bakteria di dalam usus merupakan salah satu microrganisma dalam badan yang akan bertindak kepada virus selesema itu terlebih dahulu sebelum sistem badan kita membina keimunan kepada virus tersebut. Disebabkan antibiotik ini akan membunuh semua microorganisma ini, maka badan kita akan lebih cepat terkena jangkitan virus tersebut.

Mengikut pengkaji tersebut, ia mengambil masa selama dua hari sebelum sistem imun dapat mengesan virus tersebut dan mula untuk menyerangnya. Pada ketika itu, virus akan berlindung di dalam sel yang menyelaputi saluran pernafasan.

Kewujudan bakteria di dalam usus ini pula akan menghasilkan isyarat yang dipanggil sebagai ‘type 1 interferon signalling’ yang berfungsi untuk mengaktifkan genetik antiviral yang akan melambatkan penghasilan virus di dalam sel tersebut.

Dalam kajian ini, para pengkaji menggunakan tikus dimana ia disuntik terlebih dahulu dengan antibiotik sebelum tikus itu dijangkitkan dengan virus selesema. Selepas 2 hari, tikus ini didapati mempunyai 5 kali ganda virus dalam paru-paru mereka berbanding tikus yang tidak mengambil antibiotik.

Dr Andreas Wack, salah seorang pengkaji menyatakan bahawa:

Antibiotik boleh menyebabkan virus selesema menjadi lebih kuat. Penemuan ini telah menunjukkan bahawa pemberian antibiotik bukanlah sesuatu yang boleh diringan-ringankan.



Rujukan:

  1. Konrad C. Bradley, Katja Finsterbusch, Daniel Schnepf, Stefania Crotta, Miriam Llorian, Sophia Davidson, Serge Y. Fuchs, Peter Staeheli, Andreas Wack. Microbiota-Driven Tonic Interferon Signals in Lung Stromal Cells Protect from Influenza Virus Infection. VOLUME 28, ISSUE 1, P245-256.E4, JULY 02, 2019. DOI:https://doi.org/10.1016/j.celrep.2019.05.105
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × one =