Kelas sains dapat mengajar banyak perkara seperti bagaimana tumbuhan dapat tumbuh daripada biji benih hinggalah bagaimana biji benih itu terhasil daripada proses pendebungaan. Begitu juga liang lakrimal pada bahagian bawah mata. Ada yang tidak sedar berkenaan kehadiran liang tersebut dan ada juga yang tertanya-tanya apakah fungsi sebenarnya liang lakrimal itu.
Liang lakrimal
Pertama sekali perlu kita tahu bahawa kehadiran liang itu adalah perkara yang normal dan semua manusia akan ada liang yang sama. Sesetengah individu mempunyai liang yang lebih besar jika dibandingkan dengan orang lain.
Jika kita lihat pada cermin, akan terdapat satu liang kecil berukuran 2mm yang terletak pada kelopak mata bahagian bawah berdekatan dengan hidung. Liang ini dinamakan sebagai liang lacrimal(lacrimal punctum ataupun titik lakrimal)
Ada daripada jawapan di internet yang mengatakan liang inilah yang menghasilkan air mata. Ianya adalah salah kerana yang menghasilkan air mata adalah kalenjar lakrimal yang terletak pada bahagian atas mata.
Apakah fungsi liang lakrimal?
Fungsi liang lakrimal ini adalah untuk menyediakan satu saluran ataupun pengairan bagi air mata yang terhasil.
Perlu diketahui bahawa air mata akan sentiasa dihasilkan oleh kalenjar lakrimal supaya mata sentiasa lembap. Jika kalenjar lakrimal bermasalah dan tidak menghasilkan air mata, maka mata akan menjadi kering dan bermasalah.
Liang lakrimal pula akan menyalurkan air tersebut ke dalam bahagian hidung. Jika ia tersumbat, ia akan menyebabkan mata sentiasa menitiskan air matanya. Oleh sebab itu, ketika anda menangis, kadang-kadang anda seolah-olah mempunyai selesema dan berhingus. Sebenarnya, air hingus tersebut adalah daripada air mata anda
Jika ia terlampau banyak, ia akan masuk ke dalam tekak dan berkemungkinan anda akan merasa air mata anda sendiri. Selalunya ia berasa masin.
Bahkan anda juga boleh mengeluarkan balik air tersebut daripada liang itu. Mungkin anda pernah lihat rancangan ‘Ultimate Guinness World Record’ dimana seorang pemuda daripada turki memancutkan susu daripada matanya.
Anda boleh melihatnya daripada video ini pada minit 16:45
Akhir sekali, sains adalah sesuatu yang menarik jika anda benar-benar mengkajinya