Skip to content

Bakteria ini kebal kepada semua antibiotik.

Ikuti perkongsian Dr Latif Saad daripada facebooknya dimana dia menceritakan kisah seorang pesakit yang mempunyai jangkitan kuman yang kebal kepada kebanyakan antibiotik.

Baca untuk tahu punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku


Saya jumpa gambar ini di facebook.

Gambar ini menunjukkan bakteria ini resistant(kebal) kepada semua antibiotik yang diuji


Sedikit penerangan berkenaan gambar ini. Ini adalah keputusan urine culture and sensitivity untuk satu pesakit.

Pesakit ini sebenarnya telah dijangkiti dengan satu bakteria namanya Pseudomonas aeruginosa. Kalau tanya para doktor, selalunya pesakit ini mesti dalam ICU. Dan kalau suruh doktor tengok keputusan ini, mesti diorang akan terkejut dan sakit kepala.

Sebab bakteria tu dah kebal kepada semua jenis antibiotik yang telah disenaraikan dalam gambar tersebut. Sehinggakan antibiotik bernama Colistin pun tidak berkesan untuk membunuh bakteria ini. 

Selalunya Colisitin ataupun polymixin E ini hanya digunakan dalam ICU sahaja dan akan menjadi pilihan terakhir untuk membunuh bakteria yang bernama Pseudomonas ini. Saya tak pasti apa kesudahan pesakit ini.

Tetapi yang pastinya kita perlu berhati-hati dalam menggunakan antibiotik.
Dah terlajak menulis, saya nak terangkan sedikit sebanyak berkenaan hal ini.

Apakah Ujian Urine Culture and Sensitivity?



Ujian ini dilakukan dengan mengambil air kencing pesakit. Daripada air kencing itu, ia akan diletak dalam satu bekas dengan tujuan untuk membiakkan bakteria yang berada di dalam bekas tersebut. Ini yang dimaksudkkan dengan URINE CULTURE. Iaitu kita akan kultur/biakkan bakteria

Kemudian bakteria tersebut juga akan diuji dengan satu ujian ‘sensitivity’ dimana antibiotik akan diletakkan di dalam bekas tersebut untuk melihat antibiotik mana yang berkesan merencat ataupun membunuh bakteria tersebut.

Tujuan ujian ini dilakukan?

Ia bertujuan untuk mengetahui jenis bakteria yang telah menjangkiti pesakit dan jenis antibiotik yang sesuai untuk digunakan bagi membunuh bakteria tersebut.

Malangnya bagi pesakit ini, kesemua jenis antibiotik tersebut adalah ‘Resistant’ kepada bakteria Pseudomonas aeruginosa

Kerintangan antibiotik?

Dalam gambar dibawah, ia menunjukkan majoriti daripada antibiotik adalah ‘resistant’ kepada bakteria tersebut.

Maksud Resistant/kerintangan disini adalah bakteria tersebut adalah kebal kepada antibiotik itu. Bagilah semua antibiotik yang telah tertera dalam senarai dalam gambar dibawah, ia takkan membunuh kuman tersebut.

Apakah punca kepada masalah Kerintangan antibiotik ini?

1. Disebabkan penggunaan antibiotik yang berleluasa dan tidak memerlukan. Sebagai contoh jika demam sehari dan pesakit ada batuk dan selesema tanpa tanda jangkitan bakteria yang lain tetapi masih diberi antibiotik.

Ini akan menyebabkan bakteria di dalam badan menjadi kebal kepada antibiotik tersebut. Nasihat saya kepada diri saya dan doktor diluar sana, hanya gunakan antibiotik jika memerlukan. Kalau pesakit nak jugak guna, mungkin boleh tunjukkan gambar dibawah ini supaya dia faham kesannya.



2. Boleh juga disebabkan tidak menghabiskan antibiotik yang diberikan. Pesakit dinasihatkan untuk menghabiskan antibiotik yang diberikan.

Sebagai contoh kalau doktor kata kena ambil 5 hari antibiotik, maka anda perlu habiskan walaupun pada ketika itu anda sudah merasakan diri anda sihat. Ini kerana mungkin bakteria yang masih ada itu akan membina kekebalan kerana ia masih tidak dihapuskan lagi.

3. Penggunaan antibiotik yang berleluasa dalam industri penternakan yang bertujuan untuk meningkatkan penghasilan daging dan juga untuk mengelakkan sebarang penyakit. Mereka yang berada di dalam industri pertanian perlu lebih berhati-hati dalam menggunakan antibiotik.

Gunakan khidmat doktor veterinar(Doktor haiwan) jika ingin menggunakan antibiotik hanya untuk haiwan ternak yang memerlukan. Jika ingin mengelakkan beberapa jenis penyakit, anda boleh menggunakan vaksin berbanding antibiotik.

Akhirnya, Nasihat saya kepada diri saya, kepada rakan-rakan dan juga kepada Client/pesakit di luar sana, penggunaan antibiotik yang tidak terkawal adalah berbahaya.

Pesakit boleh bertanya kepada doktor sama ada dirinya perlu antibiotik ataupun tidak tetapi tidak perlu sampai mendesak doktor untuk memberikan antibiotik.

Manakala, doktor pula tidak boleh dengan sewenang-wenangnya memberikan antibiotik dengan mudah. Demam sehari terus bagi antibiotik. Batuk sket terus bagi antibiotik. Kerana ia boleh mendatangkan mudharat pada pesakit dan juga orang ramai. Jika terdapat indikasi sahaja, barulah antibiotik boleh diberikan kepada pesakit.

Baca link ini untuk pembacaan lebih lanjut berkenaan kerintangan antibiotik



Rujukan:

  1. Colistin: an update on the antibiotic of the 21st century. PUBMED

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four + ten =