Skip to content

2 pelajar mengalami kegagalan buah pinggang selepas bersenam

Dua pelajar berumur 19 tahun telah dimasukkan ke dalam hospital disebabkan mengalami masalah kegagalan buah pinggang.

Sehari sebelum itu, kedua-dua pelajar ini membuat suatu cabaran yang dikenali sebagai ‘Squat Challenge’.

Dalam cabaran ini, kedua-dua pelajar tersebut perlu melakukan ‘Squat’ iaitu satu pergerakan daripada keadaan berdiri kepada keadaan mencangkung kemudian berdiri semula dan ia perlu dilakukan berkali-kali.



Mereka perlu melakukan pergerakan itu berterusan sehinggalah salah satunya mengalah.

Pada akhirnya, mereka telah melakukan senaman ini selama 2-3 jam dan salah seorang daripada mereka telah mengalah. Mereka menjangkakan bahawa mereka telah melakukan pergerakan itu sebanyak 1000 kali.

Pada keesokannya, kaki mereka terlalu sakit hingga mengalami masalah untuk membengkokkan kaki tersebut. Bahagian otot peha dan betis menjadi keras dan terasa sakit bila ditekan.

Dan simptom yang paling ketara adalah air kencing mereka menjadi warna coklat yang sangat pekat.

Maka, mereka berdua pun pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.



Pengambilan darah di buat untuk mengetahui keadaan pesakit.

Keputusan darah menunjukkan terdapat kegagalan buah pinggang akut kerana bacaan Urea dan creatine nya menunjukkan bacaan yang sangat tinggi.

Jika dilihat daripada perbuatan pesakit yang membuat senaman Squat yang berlebihan ini dan kemudian diikuti dengan masalah pada buah pinggang, kemungkinan besar pesakit mengalami masalah RHABDOMYOLYSIS




Apakah masalah rhabdomyolysis?

Rhabdomyolysis adalah satu keadaan yang berlaku disebabkan kerosakan yang teruk pada otot hingga menyebabkan pengeluaran bahan berbahaya daripada sel otot ke dalam salur darah.

Selalunya, protein myoglobin daripada sel otot yang rosak akan masuk ke dalam saluran darah dan berkumpul di bahagian buah pinggang.

Protein myoglobin ini akan menyebabkan sumbatan pada bahagian penapis buah pinggang hingga menyebabkan kegagalan buah pinggang berlaku.

Apakah punca kepada masalah rhabdomyolysis?

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Punca tersebut adalah:

  • Kemalangan seperti eksiden, jatuh bangunan dan sebagainya.
  • Renjatan elektrik atau disambar petir. Ini boleh menyebabkan kematian pada sel otot
  • Dipatuk ular. Bisa ular tersebut boleh menyebabkan sel otot mati dan mengeluarkan myoglobin.
  • Sawan
  • Jangkitan bakteria atau virus
  • Senaman yang melampau

Bagi kes ini, pesakit telah melakukan senaman yang melampau hingga menyebabkan otot peha dan betisnya mengalami kerosakan yang teruk.



Berbalik kepada pesakit ini

Pesakit kemudian diberi air terus ke dalam saluran darah untuk membuang sisa myoglobin di dalam darah dan untuk mengelakkan buah pinggang menjadi semakin rosak.

Nasib baik rawatan ini berkesan untuk pesakit dan fungsi buah pinggang menunjukkan ia semakin pulih.

Jika fungsi buah pinggang semakin teruk, pesakit perlu menjalani dialisis(cuci buah pinggang) untuk mengelakkan keadaan pesakit menjadi semakin teruk.

Kes ini sebenarnya telah di negara china. Kedua-dua pesakit ini telah dimasukkan ke dalam hospital dengan sebab yang sama iaitu Rhabdomyolysis

Kesimpulannya, elakkan daripada bersenam secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah Rhabdomyolysis yang boleh merosakkan buah pinggang anda.

Senaman itu tidak salah. Yang salahnya adalah apabila senaman itu dilakukan secara berlebihan.

Sumber diolah dari:

  1. https://www.iflscience.com/health-and-medicine/two-teenagers-hospitalized-with-kidney-damage-after-squatting-competition-gets-out-of-hand/
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine − eight =