Skip to content

Kekacang meningkatkan kesuburan lelaki

Kualiti sperma merupakan salah satu faktor penting untuk mendapatkan zuriat. Jika sperma tersebut mengalami masalah, maka ia tidak dapat bersenyawa dengan ovum di dalam tiub fallopia.

Ini menyebabkan wanita tersebut tidak boleh hamil.

Dahulu wanita sering dipersalahkan jika pasangan tersebut tidak mampu menghasilkan zuriat. Tetapi kajian pada masa kini telah menunjukkan kedua-dua jantina sama ada lelaki atau wanita boleh mengalami masalah pembiakan yang menyebabkan pasangan tersebut sukar untuk mendapat zuriat.



Disebabkan itu, jika seseorang pasangan mengalami masalah untuk mendapatkan anak, maka setiap seorang dari pasangan tersebut akan menjalani pemeriksaan kesuburan untuk melihat siapa yang mempunyai masalah dan dengan mengetahui masalah tersebut, rawatan dapat diberikan.

Untuk wanita selalunya kita akan melihat beberapa perkara:

  • Hormon wanita tersebut (Hormon FSH, LH, thyroid)
  • Struktur organ reproduktif wanita. Selalunya doktor akan melakukan ultrasound scan untuk melihat keadaan rahim dan ovari
  • Hysterosalphingogram – Prosedur ini dibuat dengan cara memasukkan satu cecair khas ke dalam rahim sehingga ke bahagian tiub fallopio. Ia bertujuan untuk mengetahui sama ada tiub fallopio tersumbat ataupun tidak
  • Ambil darah untuk mengetahui terdapat jangkitan kuman dibahagian abdomen tersebut

Bahkan lelaki juga akan menjalani pemeriksaan untuk mengetahui kualiti sperma nya. Sebelum itu, doktor selalunya akan bertanyakan berkenaan masalah ereksi(erectile dysfunction). Jika tiada masalah, maka mereka akan teruskan dengan ujian sperma.

Selalunya ada 4 perkara yang akan dilihat untuk ujian sperma iaitu:

  • Isipadu air mani yang dihasilkan
  • Bilangan Sperma
  • Pergerakan sperma
  • Bentuk sperma. Sama ada mempunyai bentuk yang normal ataupun tidak.

Berita baik bagi mereka yang mengalami masalah sperma

Satu kajian telah dibuat pada tahun 2018 berkenaan dengan kualiti sperma.



Ia melibatkan 119 peserta yang sihat berumur diantara 18-35 tahun. Mereka dibenarkan mengambil diet biasa yang selalu mereka ambil tetapi satu lagi kumpulan perlu mengambil 60gram kekacang yang terdiri daripada kekacang almond, kekacang hazel dan juga walnut.

Kedua kumpulan ini dipantau selama 2 minggu dalam kajian tersebut. Selepas 2 minggu, sperma mereka diambil untuk diuji di dalam makmal.

Keputusannya sangat memberangsangkan dimana ia menambahkan sperma sebanyak 16%, pergerakan sperm sebanyak 6 % dan betuk sperm yang mempunyai struktur yang normal meningkat sebanyak 1%.

Ini merupakan salah satu jalan yang lebih mudah untuk seseorang lelaki itu menjadi lebih subur dan untuk merawat masalah sperma yang dihadapi olehnya.

Rujukan:

  1. Salas-Huetos, A., Moraleda, R., Giardina, S., Anton, E., Blanco, J., Salas-Salvadó, J., & Bulló, M. (2018). Effect of nut consumption on semen quality and functionality in healthy men consuming a Western-style diet: a randomized controlled trial. The American Journal of Clinical Nutrition, 108(5), 953–962. doi: 10.1093/ajcn/nqy181
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen + 10 =