Skip to content

Buah ini mungkin akan menyebabkan anda gagal ujian hembusan alkohol.

Anda mungkin tak sangka. Buah yang menjadi kegemaran anda boleh menyebabkan anda gagal ujian alkohol ketika ditahan polis. Polis pula tidak percaya kata-kata anda dimana anda memang tidak mengambil alkohol pada ketika itu.

Ujian hembusan alkohol

Keadaan ini bukanlah disebabkan anda mengambil alkohol yang memabukkan. Tetapi anda mungkin berlebihan mengambil buah yang dikenali sebagai raja buah iaitu buah durian.

Merujuk kepada satu video yang berlaku di china iaitu di laman web Pear video, seorang lelaki telah ditahan di Daerah Ruding iaitu di timur wilayah Jiangsu pada 14 April 2019 kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk. Lelaki tersebut tidak mengaku mengambil alkohol dan menyatakan bahawa dia baru sahaja makan buah durian.



Disebabkan perkara tersebut, ujian selanjutnya iaitu ujian darah dibuat untuk mengesahkan perkara tersebut dan ujian darah itu mendapati lelaki tersebut tidak mengambil alkohol dan dilepaskan daripada tuduhan tersebut.

Polis tersebut yang rasa hairan dengan perkara ini lalu menguji sama ada benar durian akan menyebabkan ujian hembusan alkohol tersebut menjadi positif. Perlu diketahui had bacaan alkohol yang dibenarkan adalah 0.02% sahaja. Tetapi bacaan bagi polis yang baru sahaja mengambil durian ini adalah pada tahap 0.36%. Bacaan yang tinggi.

Polis yang mencuba ujian hembusan alkohol

Adakah mengambil durian akan menyebabkan anda mabuk?

Jawapannya tidak. Polis tersebut menguji semula nafasnya setelah 3 minit dan mendapati ujian tersebut negatif.

Sebenarnya alat tersebut boleh menghasilkan kesan positif palsu(False positif) pada makanan yang tidak berkaitan dengan alkohol disebabkan wujudnya kompaun alkohol dalam kuantiti yang sedikit. Dan makanan ini wujud dalam kehidupan harian kita seperti buah yang dah masak, protein bars, ubat batuk, roti dan lain-lain lagi.

Alat penguji alkohol ini berfungsi dengan cara mengesan elemen kumpulan methyl dalam kompoun yang berada di dalam udara ataupun yang dihembuskan ke dalam alat tersebut. Ia sepatutnya menguji alkohol yang sudah berada di dalam paru paru anda disebabkan alkohol itu telah diserap daripada saluran darah. Akan tetapi, dalam kes polis ini, mereka hanya mengesan alkohol yang berada di dalam mulut. Bukan alkohol yang sudah diserap ke dalam saluran darah.



Jika anda menggunakan alat ini sebaik sahaja daripada mengambil makanan seperti durian, keputusan tersebut akan menjadi positif. Satu kajian yang telah dijalankan pada tahun 1998 telah mendapati, kesan alkohol yang positif ini akan hilang lebih kurang 15 minit setelah mengambil makanan tersebut.

Berbalik kepada lelaki yang malang dengan duriannya, ujian alkohol itu menjadi positif mungkin disebabkan salah satu kompaun yang berada di dalam durian tersebut iaitu ethyl(25)-2-methylbutanoate. Kompoun inilah yang memberikan bau kuat yang selalu dihidu oleh penggemar durian.

Oleh itu, adakah ini bermaksud anda tidak boleh mengambil buah-buahan seperti durian sebelum ataupun semasa naik kenderaan? Silakan, tiada masalah pun. Tetapi jika ujian hembusan alkohol itu menjadi positif, ia hanya perlu dibuktikan dengan pengambilan darah.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen + 10 =