Skip to content

Benjolan Leher: Punca, Simptom dan Rawatan

Benjolan leher boleh mempunyai saiz yang kecil atau besar bergantung kepada punca masalah tersebut. Kebanyakan benjolan leher adalah berpunca daripada sesuatu yang tidak berbahaya dan bukan kanser. Tetapi ia juga boleh disebabkan keadaan yang serius seperti jangkitan kuman ataupun kanser.

Jika anda mengalami benjolan leher, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan perawat kesihatan untuk pemeriksaan bagi mengenal pasti punca kepada masalah tersebut.

Apakah punca benjolan leher?

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan benjolan pada bahagian leher. Punca-punca tersebut adalah

1. Goiter



Goiter adalah pembesar kalenjar tiroid yang tidak normal. Ia mungkin disebabkan tiroid hormon yang berkurangan ataupun bertambah.

Pembesaran kalenjar tiroid ataupun goiter ini boleh menyebabkan masalah menelan makanan, susah bernafas, batuk yang kronik, suara menjadi serak.

Pesakit juga mempunyai masalah pening kepala ketika kedua-dua tangan diangkat ke atas lebih daripada paras kepala. Ini kerana goiter yang terlalu besar akan menghimpit saluran darah ke bahagian otak dan menjadi lebih teruk ketika tangan diangkat ke atas.

2. Kalenjar limfa yang bengkak

Kalenjar limfa boleh bengkak disebabkan jangkitan kuman terutamanya jangkitan kuman pada bahagian tekak dan telinga. Ia juga boleh menunjukkan penyakit yang lebih teruk lagi seperti kanser.

Kalenjar limfa yang bengkak selalunya akan terasa sakit terutamanya jika ia disebabkan jangkitan bakteria.



Kalenjar limfa dikira bengkak jika saiznya melebihi 1 atau 2cm.

3. Lipoma

Lipoma adalah terhasil daripada tisu lemak yang tumbuh secara tidak normal. Ia selalunya berada di bawah kulit dan mudah untuk digerakkan.

Lipoma ini juga boleh tumbuh dikawasan lain seperti belakang badan, tangan dan juga bahu. Ia selalunya tidak akan berasa sakit.

4. Beguk

Beguk adalah disebabkan jangkitan virus iaitu paramyxovirus. Ia sangat mudah merebak melalui air liur, hingus dan juga sentuhan dengan pesakit yang sedang mengalami masalah ini.

Pesakit selalunya akan demam terlebih dahulu sebelum mengalami keradangan pada bahagian kalenjar air liur. Keradangan pada kalenjar air liur akan menyebabkan leher membengkak.

Komplikasi yang mungkin berlaku adalah keradangan pada testis, ovari dan juga jangkitan kuman pada selaput otak(meningitis)

5. Kanser Tiroid

Tiroid boleh berubah menjadi sel kanser dan ia boleh jadi sangat -sangat agresif. Jika ia terlalu besar dan masuk ke dalam bahagian dada, pesakit boleh mengalami masalah sesak nafas disebabkan saluran trakea di tekan.

Kanser ini juga boleh merosakkan saraf dikawasan leher tersebut. Salah satu saraf dikawasan leher adalah untuk mengawal kotak suara. Jika saraf tersebut terganggu, ia akan menyebabakn kotak suara tidak berfungsi dengan sepenuhnya dan menyebabkan suara seseorang itu menjadi serak.



Periksa Simptom anda Di Sini

Daripada manakah benjolan leher berasal?

Benjolan ini boleh jadi keras, lembut dan sakit bila ditekan. Benjolan yang hanya berada di bawah kulit mungkin disebabkan jerawat, Kalenjar sebaceous cyst atau lipoma. Lipoma adalah ketumbuhan yang berasal daripada sel lemak.

Asal benjolan tersebut perlu diketahui untuk memastikan punca kepada masalah tersebut. Benjolan ini boleh berasal daripada:

  • Kalenjar limfa
  • Kalenjar tiroid
  • Kalenjar parathyroid
  • Otot leher
  • Trakea
  • Kelanjar air liur
  • Saluran darah di kawasan leher

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca yang selalu menyebabkan benjolan leher

Bengkak kalenjar limfa merupakan salah satu punca yang selalu menyebabkan masalah ini. Ia berfungsi untuk menapis dan melawan bakteria yang menyebabkan jangkitan kuman dikawasan berdekatan.
Punca yang boleh menyebabkan bengkak kalenjar limfa adalah:

Kanser

Kebanyakan benjolan di bahagian ini boleh disebabkan ketumbuhan yang biasa dan tidak aktif seperti kanser. Untuk orang dewasa, kebarangkalian untk mendapat kanser semakin meningkat ketika umur menjejak pada 50 tahun. Pengambilan alkohol dan juga merokok merupakan salah satu faktor risiko yang akan mendedahkan seseorang itu kepad penyakit ini.

Kanser yang boleh menyebabkan benjolan ini adalah:

  • Kanser tiroid
  • Limfoma
  • Leukemia
  • Kanser kulit dibahagian leher seperti basal cell carcinoma, squamous cell carcinoma dan melanoma

Virus

Apabila kita berkata tentang virus, selalunya kita akan terfikir berkenaan virus yang menyebabkan batuk dan selesema. Akan tetapi, terdapat beberapa jenis virus yang boleh menyebabkan masalah benjolan pada leher. Ia adalah:

  • HIV
  • Herpes simplex
  • Rubella
  • Viral pharyngitis
  • Infectious mononucleosis

Simptom lain yang berkaitan dengan masalah ini.

Disebabkan masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, oleh itu, ia boleh menghasilkan pelbagai simptom yang lain.



Jika benjolan itu disebabkan jangkitan kuman, maka seseorang itu akan menghadapi benjolan pada kalenjar limfa. Anda juga mungkin akan mengalami sakit tekak, susah untuk menelan atau sakit pada telinga.

Jika benjolan pada leher itu besar hingga menekan saluran pernafasan, anda mungkin akan mengalami sesal nafas dan juga suara anda akan menjadi serak.

Apakah ujian yang akan dilakukan untuk mengesan punca benjolan ini?

Pesakit pada mulanya akan disoal berkenaan simptom yang pesakit ada. Pesakit juga akan menjalani pemeriksaan fizikal untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.

Terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengetahui dan membantu dalam mengesan punca kepada masalah ini. Ia adalah:

  • Chest x-ray untuk melihat keadaan pada paru-paru, saluran trakea dan juga kalenjar limfa pada bahagian dada.
  • Ultrasound adalah salah satu alat yang boleh digunakan untuk mengetahui karakter benjol tersebut.
  • MRI pada kepala dan leher boleh melihat stuktur leher dengan lebih terperinci bagi mengetahui asal benjolan tersebut.

Apakah rawatan untuk masalah benjolan leher?

Rawatan untuk masalah ini sangat bergantung kepada punca kepada masalah tersebut. Pesakit yang mempunyai jangkitan bakteria selalunya akan diberikan ubat antibiotik untuk membunuh bakteria tersebut.

Bagi pesakit kanser pula, ia bergantung kepada jenis kanser dan selalunya ia melibatkan pembedahan dan penggunaan rawatan kemoterapi

Disebabkan masalah benjolan ini mempunyai pelbagai punca, pesakit adalah dinasihati untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu bagi mengetahui punca kepada masalah tersebut agar rawatan yang segara dapat diberikan.

Pembacaan bagi masalah yang lain



Benjolan KetiakPening kepala
Kaki BengkakSakit Leher
Kentut VaginaKerap Kentut
Mata KaburSesak Nafas
Kaki KejangKaki Kebas
Badan LemahKaki Tangan Sejuk
Sakit RusukSakit Otot
Mata BengkakPerut Berangin
Benjolan di LeherLeher Hitam
Kulit Gatal

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Head and neck cancer FAQs. (n.d.). 
  2. Head and neck mass. (n.d.).
  3. Risk factors for oral cavity and oropharyngeal cancers. (2018). 
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven − eight =