Skip to content

Dipatuk Ular: Simptom dan Rawatan

Patukan ular berbisa jarang membawa maut namun ia perlu diberi rawatan segera. Pelbagai simptom boleh terhasil apabila dipatuk ular seperti sakit dan bengkak di tempat patuk, sawan, loya dan boleh juga menyebabkan kelumpuhan.

Rawatan awal yang boleh diberikan setelah dipatuk ular ialah membersihkan kawasan luka, kekal bertenang dan jangan gerakkan kawasan terlibat. Setelah itu, anda perlu segera mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan.

Simptom Dipatuk Ular

Kebiasaannya, anda dapat mengenal pasti ular yang mematuk anda walaupun kebanyakan ular bergerak pantas. Berikut merupakan tanda patukan ular yang mungkin dialami:

  • Dua luka patukan
  • Kawasan patukan menjadi merah dan bengkak
  • Sakit di kawasan patukan
  • Kesukaran bernafas
  • Loya dan muntah muntah
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Berpeluh peluh
  • Kejang pada muka dan anggota badan


Periksa Simptom anda Di Sini

Jenis jenis ular berbisa

Jika anda tidak mengenali jenis ular, doktor mungkin akan mengalami sedikit kesukaran untuk merawat bisa patukan. Penting untuk anda ingat bahawa rawatan  semua patukan ular adalah seolah olah ular tersebut berbisa.

1. Ular kapak

Ular kapak mempunyai banyak spesies iaitu ular kapak bodoh, ular kapak Sumatera, ular kapak gunung, ular kapak tokong, ular kapak bakau dan ular kapak hijau.

Ia mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang berbentuk seakan akan segitiga. Diantara mata dan lubang hidungnya terdapat pit (lubang) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang sensitif terhadap haiwan berdarah panas.



2. Ular orok orok

Ular orok orok senang dikenal pasti, mereka mempunyai cincin dihujung ekor mereka yang bergetar apabila mereka rasa terancam. Ini akan menghasilkan bunyi dan merupakan amaran untuk anda menjauhkan diri. Mereka sering ditemui di kawasan terbuka di mana mereka berjemur di bawah matahari seperti batuan dan kayu kayu.

Ia juga menghasilkan tanda yang lebih spesifik seperti mata kuyu, tekanan darah rendah, dahaga dan otot lemah.

3. Ular senduk

Ular senduk atau dikenali sebagai cobra mempunyai tubuh berwarna hitam dan berwarna biru kelabu di bahagian perut. Kepala ular ini akan tegak apabila diganggu dan sangat agresif.

Ia banyak didapati di seluruh Semenanjung Malaysia. Makanannya adalah cicak, tikus dan haiwan lebih kecil.

4. Ular tedung selar

Warna badan ular ini coklat kehitaman dan mempunyai bahagian leher yang berwarna kuning. Ia aktif pada waktu siang dan boleh menjadi sangat agresif jika diganggu.



5. Ular katam

Ular katam memiliki banyak jenis seperti ular katam tebu, ular katam belang dan ular katam kepala merah. Ular katam tebu mempunyai kira kira 30 belang hitam dan putih pada bahagian badan dan ekornya. Ia secara umunya dijumpai di kawasan rendah dan kawasan perairan sepanjang sungai serta sawah padi dan pesisir pantai.

Ular katam belang mempunyai belang yang melintang berwarna hitam dan kuning muda. Ia boleh didapati di semenanjung Malaysia seperti di kawasan hutan bakau, perkampungan dan kawasan pantai. Ular ini bergerak perlahan dan tidak agresif, dan aktif pada waktu malam.

Ular katak kepala merah pula berwarna biru hitam dengan bahagian leher, ekor dan kepala berwarna merah terang. Ia biasa ditemui di kawasan hutan luas.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Rawatan Dipatuk Ular

Rawatan awal bagi luka patukan ular berbisa

  • Segera telefon 999 atau bawa ke hospital berdekatan.
  • Kenal pasti waktu dipatuk.
  • Kekal bertenang dan kurangkan pergerakan kerana ia boleh menyebabkan bisa mengalir dalam darah.
  • Buang pakaian atau barang kemas yang berada di kawasan patukan kerana kawasan itu akan bengkak.
  • Jangan bunuh atau mendekati ular. Ambil gambar jika boleh.
  • Jangan berikan apa ubatan kepada pesakit.
  • Jangan sedut atau hisap luka patukan menggunakan mulut.

Rawatan bagi luka patukan ular

Doktor akan memeriksa keadaan pesakit dan menentukan rawatan terbaik buat mereka. Dalam sesetengah kes, patukan dari ular berbisa tidak mengancam nyawa. Ia bergantung kepada lokasi patukan dan umur serta tahap kesihatan pesakit. Jika luka tidak serius, doktor akan mencuci kawasan lika dan memberikan suntikan tetanus.

Jika situasi tersebut mengancam nyawa, doktor akan memberikan rawatan antivenom. Ia bertujuan untuk melawan tanda tanda patukan bisa ular. Semakin awal anti venom diberikan, semakin berkesan anti venom tersebut. Namun, diingatkan bahawa tidak semua patukan ular dirawatn dengan anti venom.



Cara Mencegah Patukan Ular

Terdapat beberapa cara pencegahan yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan daripada masalah ini berlaku. Ia adalah:

  • Elakkan dari menghampiri atau memegang ular dalam kawasan hutan.
  • Elakkan kawasan yang ular suka menyorok seperti kawasan semak samun, kayuan dan batuan.
  • Jika bertembung dengan ular, segera jauhkan diri.
  • Pakai pakaian perlindungan jika berada di kawasan ular menyorok seperti but, seluar panjang dan sarung tangan.
  • Elakkan berada di kawasan hutan pada waktu malam dan cuaca hangat kerana ular aktif pada masa tersebut.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Healthline – Snake Bites
  2. Mayo Clinic Staff. (2015, July 28). Snakebites: First aid
  3. Rattlesnakes in California. (n.d.)
    wildlife.ca.gov/News/Snake
  4. Venomous snakes. (2016, July 1)
    cdc.gov/niosh/topics/snakes/
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × five =