Skip to content

Adakah Menghisap Ganja Menyebabkan Kanser Paru-paru?

Biarpun ada bukti yang menunjukkan bahawa ganja boleh merosakkan paru-paru, para penyelidik masih tidak pasti sama ada menghisap ganja boleh mengakibatkan kanser paru-paru kerana tiada kajian yang betul mampan untuk mengesahkan hal ini. Tetapi perlu diketahui kebanyakan bahan karsinogen(kompaun penyebab kanser) di dalam ganja adalah sama seperti di dalam rokok.

Ini apa yang diketahui:

Adakah menghisap ganja boleh menyebabkan kanser paru-paru?

Secara ringkas, mungkin ya. Kajian yang dilakukan pada tahun 2013 menunjukkan bahawa penggunaan ganja dalam jangka masa lama boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru.

Apakah Kandungan dalam Ganja yang Boleh Memberi Kesan Kepada Paru-paru?



Ganja merangkumi lebih daripada 480 bahan, tetapi dua bahan utamanya ialah tetrahydrocannabinol (THC) dan cannabidiol (CBD).

THC ialah komponen psikoaktif utama dalam ganja. Ini bermaksud, ia merupakan bahan yang membuatkan seseorang berasa khayal. THC berinteraksi dengan reseptor di bahagian otak dan dapat mengurangkan rasa sakit serta membuatkan seseorang menjadi alpa dan rasa lebih relaks.

CBD merupakan sebahagian daripada ganja yang bersifat bukan psikoaktif, di mana ia tidak memberi kesan khayal seperti THC. Bahkan, ia juga digunakan sebagai salah satu cara untuk menghilangkan kegelisahan dan juga dapat mengurangkan kesan THC. CBD boleh didapati dalam pelbagai bentuk termasuk minuman, minyak pati dan sebagai suplemen.

Ganja juga mengandungi benzopyrene dan benzanthracene. Kedua-dua bahan ini yang juga terdapat dalam asap rokok merupakan bahan yang diketahui dapat menyebabkan kanser.

Asap ganja mempunyai kira-kira lebih 50% benzopyrene dan 75% benzanthracene berbanding asap rokok.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Jadi, bagaimana kesemua bahan ini memberi kesan terhadap paru-paru?



Sebenarnya, penyebab kanser tidak semestinya hanya berpunca daripada bahan-bahan itu, tetapi, cara ia memasuki ke dalam badan juga mempunyai peranan yang tersendiri.

Semasa menghisap ganja, asap yang disedut mengandungi toksin dan karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser). Mereka akan terhasil setiap kali berlaku sebarang proses kebakaran.

Banyak kajian menunjukkan bahawa kandungan asap ganja ialah sama dengan asap rokok.

Dari sudut lain, ada juga kajian yang mengatakan bahawa THC dan CBD mungkin mempunyai sifat anti-kanser. Namun, masih tidak ada kajian yang cukup untuk menyokong kenyataan ini dan penyelidik masih sedang menerokai idea ini.

Adakah Cara Menghisap Ganja Memainkan Peranan?

Terdapat pelbagai cara yang digunakan untuk menghisap ganja:

  • Menggunakan paip
  • Melalui bong
  • Melalui balutan kertas
  • Vape

Apa jua kaedah yang digunakan sekalipun yang mempunyai proses pembakaran akan menghasilkan bahan karsinogen.

Individu yang menghisap ganja lebih cenderung untuk menyedut asap dengan lebih dalam dan menahannya buat seketika, di mana ia akan meningkatkan risiko kepada kanser paru-paru.

Satu penyelidikan menunjukkan bahawa semua kaedah yang digunakan untuk menghisap ganja menyebabkan:



Apakah Risiko Menghisap Ganja Melalui Vape?

Oleh kerana vape mendapat perhatian yang makin tinggi, semakin banyak juga kajian tentangnya kepada paru-paru dilakukan.

Vape dikatakan berkemungkinan menyebabkan paru-paru ‘popcorn’ yang berlaku apabila kantung udara kecil dalam paru-paru roboh dan menjadi parut.

Keadaan ini akan menghalang proses penukaran oksigen dengan karbon dioksida, yang merupakan proses penting untuk mengekalkan sel badan dengan oksigen dan nutrien. Jika dibiarkan dan tidak dirawat, ia boleh mengancam nyawa.

Sebilangan orang percaya bahawa menghisap ganja lebih selamat kerana ia tidak menghasilkan asap, tetapi hanya wap. Namun, masih belum ada bukti yang kukuh kepada teori ini.

Ganja yang disejat terbukti akan melepaskan ammonia yang boleh menyebabkan kekejangan dan iritasi pada kantung udara kecil dalam paru-paru. Keadaan ini akan membuatkan seseorang batuk, lelah atau susah bernafas.

Risiko Menghisap Asap Ganja Pasif

Ganja ‘secondhand’ mengandungi toksin dan karsinogen yang sama dengan asap ganja yang disedut secara langsung.

Namun, tiada bukti konkrit bahawa asap ganja ‘secondhand’ boleh memberi kesan kepada orang lain yang terdedah kepadanya.

KESIMPULAN

Asap ganja mempunyai banyak bahan yang diketahui dapat menyebabkan kanser. Walaupun tiada kajian secara langsung yang mengaitkan asap ganja dengan kanser paru-paru, namun bahan yang terdapat dalam asap ganja juga sama dengan bahan dalam asap rokok. Asap rokok memang dikenali sebagai salah satu sebab berlakunya kanser paru-paru.



Vape juga kadang kala dikira sebagai kaedah lebih selamat untuk menghisap ganja, tetapi tidak mempunyai sebarang bukti bahkan ada kajian yang mengatakan ia boleh menyebabkan masalah paru-paru

Disebabkan tiada lagi bukti keselamatan dalam penggunaan ganja, bahkan penggunaannya hanya lebih kepada rasa khayal dan boleh menyebabkan ketagihan, maka dinasihatkan untuk semua tidak mengambil ganja.

Di dalam perubatan pula, ganja tidak digunakan sebagai ganja seperti di dalam tumbuhan. Tetapi mereka mengambil kompaun seperti CBD atau THC dengan dos yang terkawal untuk merawat beberapa simptom dan penyakit. Manakala, tiada lagi kompaun dalam ganja yang benar-benar terbukti menyembuhkan kanser.

Rujukan:

  1. Bloor R, et al. (2008). Ammonia release from heated “street” cannabis leaf and its potential toxic effects on cannabis users. DOI:
    10.1111/j.1360-0443.2008.02281.x
  2. Callaghan RC, et al. (2013). Marijuana use and risk of lung cancer: A 40-year study. DOI:
    10.1007/s10552-013-0259-0
  3. Marijuana and public health: Can secondhand marijuana smoke affect nonsmokers, including children? (2018).
    cdc.gov/marijuana/faqs/secondhand-smoke.html
  4. Marijuana research report: What are marijuana’s effects on lung health? (2020).
  5. Tashkin D. (2013). Effects of marijuana smoking o
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four + 20 =