Skip to content

Gastrik: Punca, Rawatan dan Diet yang sesuai

Penyakit Gastrik ataupun istilah yang lebih tepat adalah gastritis merupakan salah satu penyakit yang selalu berlaku di dalam masyarakat. Ia sering berlaku sehingga jabatan kecemasan selalu dilawati oleh pesakit yang mengalami masalah ini.

Kami ingin menerangkan sedikit sebanyak berkenaan penyakit ini.

Tambahan: Umum mengetahui sakit perut disebabkan asid selalunya dipanggil sebagai gastrik. Tetapi istilah tersebut tidak tepat kerana perkataan gastrik merujuk kepada organ perut dan bukan kepada sakit tersebut. Istilah yang tepat adalah gastritis.

Pengenalan

Gastritis adalah penyakit yang melibatkan keradangan kepada dinding bahagian dalam perut. Ia mungkin berlaku secara tiba-tiba(acute) ataupun dalam jangkamasa yang lama(Chronic).



Dalam penyakit ini, ia mempunyai pelbagai punca seperti jangkitan bakteria H. pylori, penggunaan ubat tahan sakit jenis NSAIDs , pengambilan alkohol dan banyak lagi

Bagaimana Gastrik Berlaku?

Penyakit gastritis mempunyai pelbagai punca. Disini kami akan terangkan 2 jenis punca dan bagaimana ia menyebabkan penyakit gastritis

1. Penggunaan ubat tahan sakit jenis

Ubat tahan sakit boleh menyebabkan masalah gastrik kerana ia mengurangkan penghasilan kompaun prostaglandin di dalam perut yang berfungsi untuk merangsangkan penghasilan mukus yang menjadi pelindung dinding perut.

Ketika kompaun prostaglandin kurang, penghasilan mukus pada dinding perut pun berkurangan dan menyebabkan dinding perut terdedah dengan hakisan asid.

Kompaun prostaglandin ini juga berfungsi untuk merangsangkan saraf kesakitan pada sesuatu tempat. Sebab itulah ubat tahan sakit ini diambil oleh pesakit bagi mengurangkan kompaun prostaglandin di tempat tersebut.

Dengan itu, kesakitan pada bahagian yang terlibat akan berkurangan.

2. Jangkitan Helicobacter pylori

Jangkitan kuman Helicobacter pylori juga merupakan salah satu penyebab gastritis. Bakteria ini berbentuk seperti ‘cockscrew’ iaitu seperti pembuka gabus botol minuman.

Ia juga mempunyai ‘flagella’ iaitu struktur yang berbentuk seperti bulu dan boleh bergerak. Ia berfungsi untuk pergerakkan. Kajian menunjukkan ia boleh dijumpai 20% pada individu yang berumur 40 tahun dan 50% pada individu yang berumur 60 tahun.

Jangkitan ini berlaku mungkin disebabkan pengambilan makanan yang tercemar dengan H. pylori. Kebanyakan H. Pylori tidak menyebabkan simptom pada awalnya. Bakteria ini akan berenang memasuki bendalir yang melindungi dinding perut dan melekat pada dinding perut itu.

Ia akan menghasilkan enzim ‘urease’ yang akan menukarkan kompaun urea kepada ammonia yang bersifat alkali dan juga karbon dioksida. Kompaun ammonia ini akan meneutralkan asid di dalam perut dan jesteru itu memberi perlindungan kepada bakteria H. pylori.

Yang menyebabkan keradangan pada perut adalah kompaun yang dihasilkan oleh H. pylori. Ia melekat pada dinding perut dan menghasilkan pelbagai bahan kimia yang menyebabkan dinding perut menjadi keradangan(inflammation).

Apabila dinding perut meradang, ia juga akan mengganggu fungsi sel kalenjar yang menghasilkan mukus untuk melindungi dinding perut. Ini akan menyebabkan keadaan bertambah teruk. Di mana, dinding perut tidak lagi dilindungi daripada keasidan perut, menyebabkan asid menghakis dinding perut dan pesakit akan mengalami simptom gastritis

Punca Gastrik

Ini merupakan beberapa punca kepada masalah gastritis

  • Ubat jenis NSAIDs seperti aspirin, ibuprofen, voltaren, ponstan dan beberapa lagi
  • Jangkitan kuman seperti H. pylori
  • Pengambilan alcohol
  • Radiasi
  • Alahan kepada makanan
  • Keracunan makanan
  • Merokok
  • Pengambilan rokok yang mengandungi nikotin juga akan menyebabkan pertambahan asid di dalam perut dan membawa kepada masalah gastrik

Simptom

Beberapa simptom masalah gastrik adalah:

Periksa Simptom anda Di Sini

Tanda tanda penyakit gastrik

Terdapat beberapa tanda yang boleh menunjukkan seseorang itu mengalami masalah gastrik. Ia adalah:

  • Sakit apabila ditekan pada bahagian ulu hati
  • Jika masalah gastrik itu teruk sehingga mana menyebabkan perut dinding bocor, selalunya pesakit akan mengadu sakit pada keseluruhan perut. Dan apabila ditekan pada bahagian perut, pesakit akan cuba mengelak disebabkan sakit yang terlampau

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Penyakit lain yang berkaitan

Terdapat beberapa jenis penyakit yang mempunyai simptom yang sama:

Penyiasatan

Terdapat beberapa jenis penyiasatan yang boleh digunakan untuk mengetahui punca-punca kenapa seseorang itu mengalami masalah gastrik.



1. Prosedur

Di Malaysia, prosedur yang selalu dibuat untuk melihat penyakit gastritis adalah dengan memasukkan kamera ke dalam perut dan ia dikenali sebagai Oesophagogastroduodeno scopy (OGDS).

Dengan menggunakan kamera ini, keadaan di dalam perut dapat dilihat.

Pesakit yang mengalami gastritis mempunyai dinding perut yang bengkak dan kemerah-merahan disebabkan keradangan pada dinding perut. Ulser Perut dan pendarahan juga boleh dilihat jika kondisi penyakit gastritis itu teruk.

Selain itu, daripada OGDS ini juga kita boleh lihat beberapa perkara lain seperti cacing parisit, mempunyai ketumbuhan dan beberapa fungsi yang lain.

Darah beku yang dilihat di atas ulcer dalam bahagian perut

2. Siasatan untuk periksa kehadiran H. pylori

Ada dua cara untuk memeriksa kehadiran H. pylori

1. Ketika prosedur OGDS dilakukan, sampel dinding perut juga akan diambil dan diletakkan di dalam satu alat khas. Jika bakteria H. pylori hadir, ia akan menguraikan urea pada alat tersebut dan menyebabkan penukaran warna pada alat tersebut. Ujian ini adalah ujian yang selalu dilakukan

2. Urea breath test. Dalam ujian ini, pesakit akan diminta mengambil bahan urea yang telah dilabel dengan carbon-13 dan carbon-14. Bakteria H. pylori dalam perut akan menguraikan urea tersebut kepada ammonia dan karbon dioksida. Kehadiran carbon-13 dan carbon-14 pada karbon dioksida tersebut akan dikesan melalui sesuatu alat.

Jika bacaan carbon 13 ataupun 14 itu tinggi, bermaksud terdapat jangkitan H. pylori di dalam perut

3. Siasatan lain:

Full blood count: ujian ini dapat menunjukkan bilangan sel darah merah dalam badan. Ia akan mengesan sama ada pesakit anemia iaitu kurang sel darah merah ataupun tidak



Rawatan yang paling asas adalah menghentikan dahulu penggunaan ubat tahan sakit jenis NSAIDs dan ditukarkan kepada jenis ubat tahan sakit yang lain jika perlu lagi

1. Ubat-ubatan:

  • Antasid: iaitu ubat yang mempunyai sifat alkali berfungsi untuk meneutralkan asid di dalam perut. Jika anda sakit perut disebabkan gastritis, maka pengambilan ubat ini akan menghilangkan sakit perut itu dengan sekejap. Ia terdiri daripada magnesium tricylicate, aluminium hydroxide daan beberapa jenis lagi
  • H2 blocker: Histamine merupakan salah satu kompaun penting untuk mengawal rembesan asid dalam perut. Ia secara spesifik dikesan oleh Histamine 2 reseptor. Histamine(H2) blocker pula berfungsi untuk mengelakkan histamin daripada melekat kepada reseptor tersebut dan menyebabkan rembesan asid ke dalam perut semakin berkurang. Contoh H2 blocker adalah seperti ranitidine dan cimetidine
  • Proton pump inhibitor: yang menyebabkan keadaan asid didalam perut adalah kerana wujudnya satu pam ini iaitu ‘proton pump’ dimana fungsinya memasukkan ion hydrogen(proton) ke dalam bahagian perut. Apabila, kepekatan ion hydrogen di dalam perut bertambah, maka keasidannya pun bertambah. Ubat proton pump inhibitor ini akan merencat fungsi pam tersebut dan menyebabkan keasidan dalam perut berkurangan. Contoh ubat adalah seperti omeprazol, pantoprazole dan banyak lagi
  • Antibiotik: untuk merawat jangkitan H. pylori pula perlunya antibiotik. Selalunya di kita akan memberi kombinasi 3 jenis ubat iaitu 1) Proton pump inhibitor seperti omeprazole. 2) Antibiotik: Clarithromycin 3) Antibiotik: Amoxicillin

2. Diet

Berita baik di mana ada jenis makanan yang boleh sedikit sebanyak merawat penyakit gastritis. 2 makanan yang spesifik adalah brocolli dan juga yogurt.

Broccoli

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal ‘Cancer Prevention Research‘ pada 2009 telah menunjukkan kandungan di dalam broccoli iaitu Glucoraphanin(yang akan menghasilkan Sulforaphane) mampu membunuh H. pylori di dalam perut. Kajian ini melibatkan 50 peserta yang mempunyai masalah jangkitan H. pylori dan keradangan di dalam perut.

Keputusan kajian menunjukkan bahawa pengambilan broccoli mampu mengurangkan keradangan di dalam perut jesteru menunjukkan kebolehannya membunuh bakteria H. pylori.

Yogurt

Kajian berkenaan kegunaan yogurt dalam rawatan gastritis pula dilakukan pada tahun 2006 dan melibatkan 130 peserta positif jangkitan H. pylori yang tidak berkesan apabila diberi antibiotik(antibiotic resistance). Dalam kajian tersebut ia juga disertakan dengan pemberian antibiotik

Keputusan menunjukkan yogurt mampu mengurangkan jangkitan bakteria H. pylori walaupun bakteria tersebut mempunyai kerintangan pada antibiotik.

Makanan lain yang mampu mengurangkan gastritis adalah:

  • Epal
  • Seleri
  • Beri
  • Minyak zaitun
  • Madu

Selain daripada itu, pesakit yang mengalami gastritis juga perlu:

  • Mengambil makanan lebih kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil. Ia dapat memberikan masa kepada perut supaya keradangan ataupun luka yang terjadi sebab asid sembuh sepenuhnya
  • Elakkan pengambilan alkohol kerana ia akan menyebabkan keradangan perut menjadi semakin teruk
  • Berhenti merokok. Merokok akan menyebabkan keradangan perut bertambah dan meningkatkan risiko kanser motor, esofagus dan perut
  • Kurangkan stress

Periksa Simptom anda Di Sini

Cadangan untuk Ubat ini

GavisconGaviscon double action

Rujukan:

  1. Drepper MD, Spahr L, Frossard JL. Clopidogrel and proton pump inhibitors–where do we stand in 2012?. World J Gastroenterol. 2012 May 14. 18(18):2161-71.
  2. Chey WD, Wong BC. American College of Gastroenterology guideline on the management of Helicobacter pylori infection. Am J Gastroenterol. 2007 Aug. 102(8):1808-25.
  3. Sumber featured image : healthsite.com

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four + 8 =