Skip to content

Gatal Mata: Punca, Simptom dan Rawatan

Apabila mata anda menjadi merah dan gatal, anda akan melakukan apa sahaja untuk mengurangkan masalah tersebut terutamanya apabila ia sangat gatal.

Perbezaan di antara alahan dan juga jangkitan kuman pada mata perlulah diketahui supaya rawatan yang diambil tidak pula menyebabkan keadaan mata anda bertambah lebih teruk.

Punca Gatal Mata

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Ia adalah:

1. Alahan



Untuk membezakan anda menghadapi alahan ataupun jangkitan pada mata, selalunya mata gatal disebabkan alahan akan mempunyai simptom lain seperti selesema dan juga bersin. Dalam masalah alahan juga, ia akan melibatkan kedua-dua belah mata.

2. Bendasing

Sesetengah orang mempunyai mata yang sangat sensitif kepada habuk dan bendasing. Elakkan bahan-bahan ini untuk mengelakkan mata menjadi gatal.

Jika anda mempunyai pekerjaan yang melibatkan habuk seperti pembuat perabut dan sebagainya, anda dinasihati untuk menggunakan pelindung mata ketika melakukan kerja-kerja tersebut.

3. Jangkitan mata

Jangkitan kuman pada bahagian mata juga boleh menyebabkan mata menjadi gatal terutamanya yang melibatkan lapisan conjunctiva. Masalah ini dipanggil sebagai conjunctivitis.

Pesakit selalunya akan mengalami mata yang merah dan juga pengeluaran air mata yang lebih daripada biasa.



Jangkitan mata pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

  • Jangkitan bakteria: selalunya mata pesakit akan mempunyai tahi mata yang teruk hingga menyebabkan kedua kelopak mata atas dan bahawa melekat.
  • Jangkitan virus: Ia tidak menghasilkan tahi mata yang banyak seperti jangkitan bakteria

4. Mata kering

Air mata iaitu kombinasi air, mukus dan juga minyak akan mengelakkan masalah mata kering. Terdapat banyak sebab yang boleh menyebabkan air mata kurang terhasil. Ini akan menyebabkan mata menjadi kering dan gatal.

5. Penggunaan kanta lekap(contact lens)

Penggunaan kanta lekap yang terlalu lama boleh menyebabkan iritasi pada bahagian mata . Iritasi ini akan menyebabkan mata menjadi merah dan juga gatal

Rawatan Gatal Mata

Rawatan kepada masalah ini adalah bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah ini berlaku.

1. Alahan

Pesakit yang mengalami alahan selalunya akan datang dengan kedua-dua mata merah dan gatal. Rawatan bagi masalah ini selalunya adalah dengan memberikan ubat anti-histamin untuk merawat masalah alahan tersebut.

Contoh ubat anti-histamin adalah:

  • Chlorpheniramine(Nama jenama Piriton)
  • Loratadine(nama jenama clarytine)
  • Cetrizine(nama jenama zyrtec)

2. Bendasing

Bagi mata gatal yang berpunca daripada masalah ini, selalunya pesakit akan diberikan air untuk dititiskan ke atas mata. Fungsinya adalah untuk membersihkan mata daripada benda asing tersebut.

3. Jangkitan kuman pada mata

Rawatan bagi punca ini pula bergantung kepada kuman yang menyebabkan masalah in berlaku.



Jika ia disebabkan jangkitan virus, ubat titis tanpa antibiotik boleh digunakan untuk merawat masalah ini.

Jika ia disebabkan jangkitan bakteria, ubat titis yang mempunyai antibiotik perlu digunakan untuk membunuh bakteria tersebut.

4. Mata kering

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan mata mengalami kekeringan. Rawatan pula perlu diberikan mengikut punca tersebut supaya simptom mata kering dapat dielakkan.

Penggunaan ubat titis air biasa juga boleh diberikan untuk menggantikan air mata yang berkurangan.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Gans R. (2016). Itchy, red eyes? How to tell if it’s allergy or infection. Clevel and Clinic
  2. Is it a cold or an allergy? -Medline
  3. Mayo Clinic Staff. (2018). Blepharitis.
  4. Mayo Clinic Staff. (2018). Dry eyes.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + thirteen =