Hemoglobin: Apakah ia, Fungsi dan Struktur?

Published by Dr Latif Saad on

Hemoglobin (Hb) merupakan salah satu protein yang mengandungi unsur besi digunakan untuk mengangkut oksigen dan karbon dioksida. Ia mengangkut oksigen daripada organ paru-paru untuk dibawa ke tisu badan yang lain dan dilepaskan dibahagian tersebut.

Oksigen tersebut akan digunakan oleh sel tubuh badan yang lain untuk melakukan metabolisma. Dalam badan manusia, oksigen digunakan untuk menghasilkan tenaga daripada penguraian gula, lemak dan juga protein.

Struktur Haemoglobin

Haemoglobin mempunyai 4 subunit protein. Iaitu 2 rantaian alpha dan 2 rantaian beta. Gabungan 4 unit ini berserta satu unsur besi ditengah menjadikan satu struktur yang dinamakan sebagai Haemoglobin.

Oksigen dibawa oleh Haemoglobin dengan melekat pada bahagian unsur besinya. Perlu diketahui bahawa karbon dioksida yang merupakan hasil metabolisma karbohidrat juga dibawa oleh haemoglobin

Akan tetapi ia tidak berebut tempat dengan oksigen. Ini kerana karbon dioksida hanya melekat pada rantaian protein pada haemoglobin sahaja. Bukan pada unsur besi

Fungsi Hemoglobin

  1.  Membawa Oksigen untuk diberikan kepada sel badan
  2.  Membawa Karbon dioksida untuk disingkirkan daripada badan

Walaupun terdapat 2 sahaja fungsi hemoglobin, ia juga boleh berfungsi untuk perkara lain terutamanya untuk melihat kawalan gula bagi seseorang yang mempunyai kencing manis.

Glycosylated hemoglobin(Juga dikenali sebagai HbA1c) merupakan bentuk hemoglobin yang sudah terikat dengan glukosa. Ketika gula tinggi dalam darah, lagi banyak glukosa yang akan terikat dengan HbA1c. Bacaan kompaun tersebut dapat memberikan gambaran bagaimana kawalan gula bagi pesakit kencing manis

Disebabkan umur sesuatu sel darah merah adalah 3 bulan, makanya dengan mengambil bacaan HbA1c kita sudah tahu kawalan gula untuk seseorang pesakit kencing manis selama 3 bulan yang lepas.

Kaitan dengan penyakit:

Terdapat beberapa penyakit yang menyebabkan kurangnya hemoglobin ataupun sel darah merah dalam badan (Anemia). Ianya adalah:

  1. Talasemia
  2. Iron-Deficiency Anemia(Kekurangan sel darah merah disebabkan kurang zat besi)
  3. Anemia sel sabit
  4. Kegagalan buah pinggang
  5. Pendarahan kronik daripada ulser dalam perut
  6. Kanser Darah. Apa apa jenis kanser yang lain juga boleh menyebabkan anemia


Categories: Fisiologi

Dr Latif Saad

Seorang pegawai perubatan dan masih berkhidmat di klinik kesihatan. Pengasas kepada page The Diagnosa dan Root of Science. Follow facebook saya di Latif Saad

1 Comment

Talasemia (Thalassemia): Punca, Simptom dan Rawatan - The Diagnosa · January 15, 2019 at 8:34 am

[…] Hemoglobin adalah satu struktur dalam sel darah merah yang merupakan gabungan 4 subunit protein dengan 1 unsur besi dibahagian tengah. Ia berfungsi untuk membawa oksigen. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *