Kencing berdarah: Punca, Simptom dan Cara Rawatan

Published by Dr Latif Saad on

Hematuria merupakan istilah perubatan yang digunakan untuk mengambarkan simptom kencing berdarah. Ia berasal daripada 2 perkataan iaitu Hema yang membawa maksud darah dan uria yang membawa maksud air kencing. Gabungan kedua patah perkataan ini menghasilkan perkataan hematuria yang membawa maksud kencing berdarah.

Ada pesakit yang akan nampak secara jelas perubahan warna merah pada air kencingnya. Akan tetapi, terdapat juga pesakit yang hanya diketahui mengalami kencing berdarah apabila dibuat ujian air kencing. Ia mungkin disebabkan kandungan darah di dalam air kencing tersebut sedikit sahaja.

Perlu diketahui bahawa kencing berdarah mempunyai pelbagai punca dan setiap satu punca mempunyai cara rawatan yang berbeza-beza.

Apakah Punca kepada masalah kencing berdarah?

Masalah kencing berdarah ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu

  1. Pendarahan yang berasal daripada glomerular
  2. Pendarahan yang berasal daripada saluran air kencing selain daripada glomerular

Glomerular merupakan struktur yang berada pada buah pinggang. Ia merupakan saluran kapilari darah yang berfungsi untuk menapis darah dan menghasilkan air kencing. Ia terletak pada bahagian paling luar pada buah pinggang

Jika bahagian glomerular ini menghadapi masalah, ia akan mengalami kebocoran saluran darah dan menyebabkan darah masuk ke dalam air kencing. Sebagaimana penapis yang bocor, begitulah jika glomerular ini menghadapi masalah.

Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan struktur glomerular ini mempunyai masalah. Ia adalah:

  • Sindrom Hemolytic-Uremia
  • Henoch-scholein purpura
  • IgA Nephropathy
  • Keradangan buah pinggang yang disebabkan penyakit Systemic Lupus Erythematosus(SLE)

Selain daripada masalah glomerular, terdapat punca lain yang menyebabkan kencing berdarah. Ia adalah:

Apakah Simptom lain yang mungkin dihadapi oleh mereka yang mempunyai masalah ini?

Tanda-tanda dan simptom yang terhasil daripada kencing berdarah sangat bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah ini. Tetapi yang penting kena bezakan terlebih dahulu sama ada ia disebabkan glomerular ataupun tidak.

Cara nak bezakan adalah mudah sahaja. Pendarahan yang berasal daripada glomerular akan menghasilkan air kencing yang berwarna serupa teh pekat. Tetapi selain daripada itu, ia akan menghasilkan warna merah.

Beberapa simptom yang akan terhasil daripada beberapa jenis penyakit adalah:

1. Alport Syndrome

Ia disebabkan masalah genetik iaitu perubahan genetik yang menganggu penghasilan kolagen jenis 4.

Masalah ini akan memberi kesan pada bahagian mata dan juga pada buah pinggang. Saluran darah glomerular tidak dapat terbentuk dengan baik menyebabkan salur darah menjadi rapuh. Lalu penapis tersebut bocor dan mengeluarkan darah ke dalam air kencing.

Pesakit juga selalunya akan mengalami masalah tekanan darah tinggi, masalah penglihatan dan masalah retina.

2. IgA Nephropathy

Perkara ini berlaku apabila sel pertahanan badan menjadi keliru. Dimana antibodi yang dihasilkan menyerang bahagian glomerular dan merosakkan penapis tersebut. Ini akan menyebabkan penapis itu bocor dan mengeluarkan sel darah merah ke dalam air kencing. Bahkan ia juga boleh merosakkan buah pinggang.

Bagi pesakit ini, mereka akan mengalami masalah bengkak kaki dan tekanan darah tinggi disebabkan buah pinggang yang rosak.

3. Sindrom Hemolytic-Uremia

Penyakit ini adalah disebabkan jangkitan bakteria E.coli dimana ia akan menghasilkan satu jenis toksin bernama Shiga toxin. Toksin ini akan menyebabkan sel darah merah pecah dan menghasilkan darah beku dalam saiz yang kecil(Microthrombi) dan menyebabkan sumbatan pada saluran darah yang kecil seperti pada kapilari darah.

Saluran kapilari seperti glomerular seperti di buah pinggang pun akan mengalami sumbatan dan menyebabkan kerosakan pada kawasan tersebut. Saluran darah tersebut akan rosak dan bocor menyebabkan darah memasuki air kencing.

Pesakit mulanya akan menghadapi cirit-birit disebabkan jangkitan kuman tersebut. Apabila sel darah merah mula pecah, pesakit mula akan mengalami simptom kekurangan darah merah seperti pucat, letih, berdebar-debar dan pengsan. Pesakit juga akan mengalami simptom kegagalan buah pinggang seperti kaki sembab dan kencing berdarah.

4. Kencing kotor

Jangkitan kuman di tempat buang air kencing juga boleh menyebabkan kencing berdarah kerana ia akan menyebabkan keradangan di bahagian saluaran air kencing.

Keradangan ini akan menyebabkan saluran darah membesar dan pecah. Selalunya darah hanya dapat dikesan ketika melakukan pemeriksaan air kencing.

Pesakit kencing kotor akan mengalami simptom

5. Batu karang

Batu karang boleh menyebabkan kencing berdarah kerana batu yang terhasil akan mencederakan saluran air kencing.

Selalunya pesakit akan mengadu:

6. Kanser

Kanser pada mana-mana bahagian saluran air kencing boleh menyebabkan masalah ini. Kanser yang selalu berlaku hingga menyebabkan masalah ini adalah kanser pundi kencing.

Pesakit akan mengalami simptom:

  • Kencing berdarah yang sangat banyak. Air kencing akan berwarna merah pekat seperti darah
  • Pendarahan tersebut tidak akan menyebabkan kesakitan di tempat buang air kencing
  • Kurang berat badan
  • Kurang selera makan

Apakah cara mengesahkan seseorang itu mengalami kencing berdarah?

Ujian yang selalunya dilakukan untuk mengetahui seseorang itu mengalami masalah ini adalah dengan melakukan pemeriksaan Urine Full Examination and Microscopic Examination(UFEME) pada air kencing pesakit.

Air kencing pesakit akan diuji dengan menggunakan dengan satu kertas khas dimana padanya ia boleh mengesan kehadiran beberapa bahan dalam air kencing seperti sel darah merah, sel darah merah, kompaun nitrate, pH dan beberapa bahan yang lain.

Apakah cara untuk mengesan punca kepada Masalah kencing berdarah?

Setiap daripada ujian untuk mengetahui punca kepada masalah ini adalah berdasarkan simptom dan punca yang disyaki dialami oleh pesakit.

Terdapat beberapa ujian yang boleh digunakan untuk mengetahui punca kepada masalah ini. Ia adalah:

1. UFEME

Ujian ini boleh mengesan kehadiran sel darah merah dalam air kencing. Ia juga boleh mengesan kehadiran sel darah putih dan juga kompaun nitrate. Kedua-dua bahan ini jika dijumpai dalam air kencing, ia menunjukkan pesakit sedang mengalami kencing kotor(Jangkitan kuman pada tempat buang air kencing).

urine dipstick untuk kesan kencing berdarah
Urine Dipstick yang digunakan untuk mengesan kencing berdarah.

2. X-ray ataupun Ultrasound scan

Bagi pesakit yang disyaki mengalami masalah batu karang, x-ray atau/dan ultrasound scan boleh dilakukan untuk mengesan batu karang di kawasan saluran air kencing

Bagi pesakit yang disyaki mengalami masalah batu karang, x-ray atau/dan ultrasound scan boleh dilakukan untuk mengesan batu karang di kawasan saluran air kencing.

3. Cytoscopy

Cytoscopy adalah satu prosedur yang digunakan untuk melihat keadaan di dalam pundi kencing. Caranya adalah dengan memasukkan kamera ke dalam pundi kencing. Prosedur ini dilakukan jika pesakit disyaki mempunyai kanser pundi kencing.

4. Biopsi

Biopsi adalah prosedur pengambilan sampel pada organ atau kawasan tertentu. Ia bertujuan untuk mengetahui sama ada wujudnya kanser sel di kawasan tersebut.

5. Bacaan Anti-streptolysin

Seperti yang diceritakan di atas, salah satu punca kencing berdarah adalah penyakit Acute Post-streptococcus glomerulonephritis. Penyakit ini adalah disebabkan jangkitan kuman yang bernama Streptoccus sp. Badan manusia akan menghasilkan antibodi bernama anti-streptolysin untuk melawan jangkitan kuman tersebut.

6. Bacaan Anti-Nuclear antibodi:

Salah satu punca masalah kencing berdarah ini adalah disebabkan penyakit autoimun seperti Systemic Lupus Erythematosus. Untuk mengesan masalah ini, bacaan Anti-nuclear antibodi boleh diambil.

Apakah Rawatan yang boleh dibuat untuk menghadapi masalah ini?

Berkenaan dengan rawatan bagi mereka yang menghadapi masalah ini, rawatannya adalah spesifik bergantung kepada punca masalah tersebut.

1. Kencing kotor

Rawatan untuk kencing kotor ataupun jangkitan kuman pada saluran air kencing ini adalah dengan pemberian antibiotik yang berfungsi untuk membunuh kuman di kawasan tersebut.

Ubat untuk mengalkalikan air kencing juga selalunya diberi. Air kencing selalunya bersifat asid. Tetapi jika ia dapat dialkalikan, ia akan merencat pembiakan bakteria.

2. Batu Karang

Ketika mana pesakit menghadapi sakit belakang disebabkan batu karang, pesakit perlula diberi ubat tahan sakit terlebih dahulu.

Jika batu tersebut kecil, satu ‘stent’ akan dimasukkan ke dalam saluran air kencing. Stent ini merupakan satu tiub yang berfungsi untuk memudahkan pengaliran air kencing terus ke dalam pundi kencing dan mengelakkan penghasilan batu di dalam saluran air kencing.

Jika batu tersebut terlalu besar, pembedahan perlu dibuat untuk mengeluarkan batu tersebut.

3. Kanser Pundi Kencing

Ketika mana pendarahan berlaku, ia akan menyebabkan pesakit susah untuk kencing kerana darah akan membeku di dalam pundi kencing. Oleh itu, selalunya doktor akan memasukkan tiub terus ke dalam pundi kencing. Kemudian air akan dimasukkan ke dalam pundi kencing dan air tersebut akan masuk melalui liang lagi satu pada tiub yang sama untuk mengeluarkan air di dalam pundi kencing. Prosedur ini digunakan untuk membersihkan pundi kencing daripada darah.

Rawatan untuk memulihkan pesakit adalahh dengan melakukan pembedahan dan juga kemoterapi

Rawatan bagi masalah yang disebabkan kerosakan pada glomerular buah pinggang akam dibincangkan pada topik yang lain. Ini kerana rawatannya adalah lebih kompleks.

Rujukan:

  1. Committee Opinion No. 703 Summary: Asymptomatic Microscopic Hematuria in Women. Obstet Gynecol. 2017 Jun. 129 (6):1153-1154.
  2. Quigley R. Evaluation of hematuria and proteinuria: how should a pediatrician proceed?. Curr Opin Pediatr. 2008 Apr. 20(2):140-4.
  3. Tu WH, Shortliffe LD. Evaluation of asymptomatic, atraumatic hematuria in children and adults. Nat Rev Urol. 2010 Apr. 7(4):189-94.
  4. Higashihara E, Nishiyama T, Horie S, et al. Hematuria: definition and screening test methods. Int J Urol. 2008 Apr. 15(4):281-4.
  5. Nielsen M, Qaseem A, High Value Care Task Force of the American College of Physicians. Hematuria as a Marker of Occult Urinary Tract Cancer: Advice for High-Value Care From the American College of Physicians. Ann Intern Med. 2016 Jan 26.
  6. Kashtan CE. Familial hematuria. Pediatr Nephrol. 2009 Oct. 24(10):1951-8.
  7. Avner ED, Davis ID. Acute poststreptococcal glomerulonephritis. Behrman RE, Kliegman RM, Jenson HB, eds. Nelson Textbook of Pediatrics. 17th ed. Philadelphia, Pa: Elsevier Science; 2004. 1740-41.

Dr Latif Saad

Seorang pegawai perubatan dan masih berkhidmat di klinik kesihatan. Pengasas kepada page The Diagnosa dan Root of Science. Follow facebook saya di Latif Saad

3 Comments

Kanser Prostat: Punca, Simptom dan Rawatan - The Diagnosa · January 15, 2019 at 8:58 am

[…] Kencing berdarah […]

Sakit Ari ari: Punca dan Rawatan - The Diagnosa · January 16, 2019 at 6:35 am

[…] Kencing keluar darah […]

Kekurangan G6PD dan tanda-tandanya - TheDiagnosa · June 16, 2019 at 7:07 am

[…] Kencing berdarah/ warna gelap. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *