Lipoma adalah ketumbuhan sel lemak yang membentuk kapsul kerana diliputi oleh tisu badan yang nipis. Selalunya ia dijumpai dibawah kulit. Ketulan tersebut bukanlah kanser tetapi ia ada kemungkinan yang sangat kecil untuk berubah menjadi kanser.
Selalunya ia dijumpai pada bahagian leher, peha, lengan, badan dan juga ketika. Tetapi ia boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan. Satu atau lebih ketulan ini boleh wujud secara serentak
Ketulan ini adalah sejenis ketumbuhan bukan kanser dan paling selalu dialami oleh manusia
Punca Lipoma
Penyebab masalah ini masih tidak diketahui sepenuhnya. Tetapi kecenderungan untuk mengalaminya boleh dikaitkan dengan genetik. Orang yang obese tidak semestinya mempunyai ketumbuhan ini. Kecederaan yang sedikit boleh menyebabkan masalah ini dibahagian yang tercedera itu
Simptom dan tanda tanda Lipoma
Lipoma selalunya wujud seperti benjolan dibawah kulit. Ianya adalah lembut dan mudah digerakkan. Ia tiadak menyebabkan kesakitan dan selalunya penambahan saiz adalah memakan masa yang sangat lama
Ia selalunya tidak mengganggu aktiviti harian mahupun pekerjaan. Tetapi lokasi ketumbuhan tersebut kadang-kadang membuat pesakit tidak rasa selesa apabila orang lain memandangnya. Sebagai contoh jika ketulan itu tumbuh dibahagian leher.
Ketumbuhan lipoma di leher juga akan menyebabkan leher sakit
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Ujian Pemeriksaan
Selalunya dengan pemeriksaan fizikal daripada sifat-sifat benjolan itu sudah dapat menentukan ia adalah lipoma ataupun ketumbuhan lain
Rawatan Lipoma
Selalunya masalah ini tidak dirawat jika ia tidak mengganggu aktiviti pesakit mahupun mengganggu penampilan. Tetapi jika pesakit merasakan benjolan itu semakin membesar dengan cepat ataupun mengganggu penampilannya dihadapan orang ramai, pembedahan mungkin dijalankan.
Untuk rawatan, pesakit akan dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan. Bius setempat akan diberikan pada kawasan ketulan tersebut. Selepas itu, doktor akan memotong kulit pada bahagian benjolan tersebut untuk mengeluarkan tisu lemak itu.
Tetapi jika ketulan itu terletak pada bahagian yang lebih dalam dan susah untuk dicapai dengan hanya pemotongan kulit, maka bius keseluruhan badan akan digunakan untuk menidurkan pesakit. Ini akan memudahkan pembedahan supaya potongan yang lebih dalam dapat dibuat.
Individu Berisiko
Masalah ini selalunya berlaku pada usia pertengahan iaitu 30 hingga ke 40 tahun dan selalunya lelaki akan mempunyai lebih daripada satu benjolan tersebut
Rujukan:
- Sakurai H, Kaji M, Yamazaki K, et al. Intrathoracic lipomas: their clinicopathological behaviors are not as straightforward as expected. Ann Thorac Surg. 2008 Jul. 86(1):261-5
- Koyanagi I, Hida K, Iwasaki Y, et al. Radiological findings and clinical course of conus lipoma: implications for surgical treatment. Neurosurgery. 2008 Sep. 63(3):546-51; discussion 551-2
- Signorini M, Campiglio GL. Posttraumatic lipomas: where do they really come from?. Plast Reconstr Surg. 1998 Mar. 101(3):699-705
- sumber featured image: findatopdoc.com