Skip to content

Mata Bertahi: Punca, Tanda dan Rawatan

Mata bertahi selalunya berlaku ketika mana mata pesakit bermasalah dan juga menghasilkan air mata yang banyak. Pesakit yang mengalami masalah ini selalunya pada waktu pagi akan mengadu susah untuk membuka mata disebabkan tahi mata tersebut. Seolah-olah tahi mata itu bertindak seperti gam yang melekatkan kelopak mata atas dan bawah.

Jika ia terlalu teruk, ia mungkin tanda mata anda sedang mengalami jangkitan kuman

Tanda tanda mata bertahi

Tanda yang paling selalu dilihat adalah bahan berwarna hijau yang berada di hujung bahagian mata. Pesakit juga mungkin akan mengadu simptom-simptom lain seperti:

  • Sakit mata
  • Mata Kering
  • Mata merah
  • Mata silau
  • Gatal mata

Punca dan Penyebab Mata Bertahi



Mata anda menghasilkan mukus dan air mata sepanjang hari. Ia merupakan sesuatu yang normal kerana ia penting untuk memastikan bebola mata sentiasa basah dan tidak kering. Bahkan ia juga membantu dalam menyingkirkan habuk pada bahagian mata.

Jika saluran yang mengularkan air mata tersumbat, air mata itu boleh terkumpul dihujung mata dan kering menjadi tahi mata. Ia selalunya berlaku ketika seseorang itu tidur.

Tahi mata yang sedikit merupakan sesuatu yang normal terutamanya apabila seseorang itu baru bangun tidur. Akan tetapi terdapat beberapa punca yang menyebabkan tahi mata anda menjadi lebih banyak. Punca tersebut adalah:

  • Penggunaan Kanta lekap yang tidak dibasuh dengan betul
  • Konjunktivitis(Jangkitan pada konjunktiva)
  • Ketumbit
  • Ulser pada mata
  • Sindrom Mata kering
  • Sumbatan pada saluran air mata
  • Jangkitan herpes pada mata

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Rawatan Mata bertahi

Rawatan untuk mata bertahi adalah bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah tersebut. Sebelum meletakkan apa-apa ubat, pastikan tangan anda dibersihkan terlebih dahulu untuk membersihkan debu dan bakteria pada tangan.

Jika mata anda melekat disebabkan tahi mata tersebut, ambil tuala yang basahkan dengan sedikit air suam. Lap tuala tersebut dibahagian mata tersebut untuk melarutkan tahi mata yang ada,



Penggunaan antibiotik titik diperlukan bagi mereka yang mengalami jangkitan bakteria.

Jika mata berair tersebut disebabkan alahan, ubat anti-histamin akan diberikan kepada anda untuk mengurangkan simptom tersebut.

Bersihkanlah kanta lekap anda dengan betul untuk mengelakkan jangkitan kuman pada mata anda

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Coote MA. (2002). Sticky eye, tricky diagnosis.
  2. Hernandez D. (2017). You asked: Are all eye ‘boogers’ infectious? -Vital Record
  3. Is that morning ‘eye gunk’ normal? (2018). – Healthcare.utah
Advertisements

2 thoughts on “Mata Bertahi: Punca, Tanda dan Rawatan”

  1. Mata sa kerap mengeluarkan tahi mata putih dan kekuningan…di tepi mata sedikit berair sejak 3 bulan ni. Perkara ini berlaku di siang hari dan ganggu perkerjaan saya..kekadang sa perlu jalan ke bilik air untuk mengelap dan cuci. Apakah simptom atau masalah kesihatan..gaya hidup?

    1. Jika daripada sejarah yang En Aron tulis ia berlaku disiang hari. Ini mungkin melibatkan perkara yang dilakukan di pagi hari termasuk pekerjaan. Selalunya mereka yang melihat komputer dalam satu jangka masa yang lama boleh mengalami masalah mata kering. Kipas penghawa dingin yang terus menghala ke bahagian muka juga boleh mengalami masalah ini.

      Pesakit selalunya akan mengedipkan matanya dengan lebih kerap untuk membasahkan bahagian mata. Mata juga akan cuba menghasilkan lebihan air mata yang terkumpul dihujung kelopak mata dan menghasilkan tahi mata.

      Untuk masalah En, saya nasihatkan untuk mengunakan ubat titis bagi melembabkan mata dan juga mata perlulah direhatkan sebaik sahaja 1 jam bekerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five + four =