Skip to content

Migrain Perut: Punca, Simptom dan Rawatan

Pening kepala dengan anak anda yang tiba-tiba sakit perut. Tidak tahu punca kepada penyakit tersebut. Dan kebanyakan daripada kita mesti cakap ini disebabkan perut dah masuk angin lah ni. Sebenarnya anak anda bukanlah dimasuki angin. Tetapi ia disebabkan satu masalah yang dikenali sebagai Abdominal migrain atau migrain perut.

Apakah itu Abdominal migrain atau migrain perut ini?

Seperti migrain biasa iaitu sakit kepala, migrain perut ini pula adalah sakit yang berlaku di bahagian perut.

Abdominal migrain sangat kerap berlaku pada kanak-kanak berbanding orang dewasa. Ia berlaku diantara umur 3-10 tahun dan secara puratannya berlaku pada umur 7 tahun. Ia hanya berlaku pada 1-4% daripada kanak-kanak.



Yang menariknya, migrain perut ini sangat berkaitan dengan migrain kepala. Kanak-kanak yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah migrain akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami migrain perut berbanding orang lain.

Dan jika pada waktu kecilnya selalu mengalami migrain perut, maka ketika besar dia mempunyai risiko yang besar untuk mengalami masalah migrain kepala.

Apakah simptom dan tanda migrain perut?

Simptom yang paling ketara pada pesakit adalah sakit pada bahagian perut terutamanya pada bahagian pusat. Selalunya sakit tersebut tidak memulas seperti mahu membuang air besar. Sakit tersebut boleh berlaku pada kadar sederhana ataupun terlalu teruk.

Disamping itu, pesakit juga mungkin mempunyai simptom ini iaitu:

Setiap kali migrain tersebut datang, ia boleh berlaku selam sejam hingga kepada 3 hari.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Apakah punca kepada masalah migrain perut ini?



Punca kepada masalah ini masih lagi belum diketahui. Tetapi sesiapa yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah yang sama ataupun mempunyai migrain, maka kanak-kanak tersebut lebih berisiko untuk menghadapi masalah ini.

Satu kajian telah membuktikan lebih 90% kanak-kanak yang mengalami masalah ini mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah migrain juga.

Selain dari itu, budak perempuan selalunya lebih berisiko untuk terkena masalah ini berbanding budak lelaki.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan hal ini berlaku:

  • Daging yang terproses, coklat dan beberapa jenis masakan yang lain
  • Terlalu penat
  • Mabuk laut
  • Makan tidak ikut masa.

Apakah rawatan yang boleh diberikan?

Jika pesakit mengalami masalah ini, pastikan tidurnya cukup, makan mengikut jadual dan minum air secukupnya.

Jika anak anda muntah, pastikan dia mendapat air yang secukupnya supaya tidak mengalami dehidrasi.

Terdapat beberapa jenis makanan seperti coklat dan makanan terproses yang boleh menyebabkan migrain perut ini berlaku. Sentiasa perhatikan makanan apakah yang menyebabkan sakit perut ini berlaku

Pesakit yang mengalami sakit perut yang teruk perlulah dibawa ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan terlebih dahulu.



Rawatan yang selalu diberikan adalah:

  • Paracetamol
  • Ubat Nonsteroidal anti-inflammatory seperti Ibuprofen

Jadi, jika anak anda mengalami simptom-simptom seperti yang diperkatakan, mungkin anak anda mengalami abdominal migrain

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Abdominal migraine. (2016). – American Migraine Foundation
  2. Devanarayana NM, et al. (2016). Abdominal migraine in children: Association between gastric motility parameters and clinical characteristics. DOI: 10.1186/s12876-016-0435-2
  3. Dignan F, et al. (2001). The prognosis of childhood abdominal migraine. DOI: 10.1136/adc.84.5.415
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × four =