Skip to content

Nasi Plastik!! Betul Ke?

Viral satu video sebelum ini berkenaan beras yang dikatakan diperbuat daripada plastik.

Ini adalah link kepada video-video tersebut:

Dalam video itu, mereka mengepal nasi tersebut dan membaling ke arah benda yang keras dan di dapati ia tidak pecah. Daripada ujikaji mereka yang mudah itu, maka mereka mengeluarkan kesimpulan bahawa nasi dan beras tersebut adalah diperbuat daripada plastik



Kami pun merasakan sesuatu yang pelik berkenaan perkara tersebut. Jadi kami pun melakukan ujikaji yang sama. Anda boleh lihat ujikaji kami dalam video tersebut

Dalam video tersebut beras yang saya gunakan adalah beras import daripada thailand. Ia bukan beras daripada Malaysia dan hasil daripada gumpalan nasi tersebut pun menghasilkan keputusan yang sama iaitu nasi itu tidak pecah dan seolah-olah kenyal. Adakah in bermaksud, nasi tersebut diperbuat daripada plastik?

Dalam nasi ada kanji?

Untuk membuktikan bahawa ianya adalah plastik, maka kita perlu membuktikan bahawa ia bukannya nasi kerana dalam nasi ada kanji. Dalam plastik tiada kanji.

Oleh itu, kita boleh melakukan eksperimen yang ringkas seperti dalam video dibawah


Dalam video tersebut saya menggunakan iodine untuk mengesan kehadiran kanji pada gumpalan nasi tersebut. Ternyata warna iodine berubah daripada warna oren kepada warna biru.



Apakah yang mengubah warna tersebut? Kanji merupakan satu jenis karbohidrat yang kompleks dan terdiri daripada rantai glukosa yang berpilin. Apabila berpilin, akan wujud satu ruang di tengah-tengah struktur tersebut. Apabila iodine diletakkan pada kanji yang berada dalam nasi, molekul iodine akan masuk ke dalam ruang tengah kanji tersebut dan menukarkan warna daripada warna oren kepada warna biru.

Kenapa nasi tu tak pecah dan kenyal?

Dalam nasi ada kanji dan kanji ini pula dipegang oleh ikatan hydrogen diantara satu sama lain menyebabkan beras ini keras. Ketika mana dimasak, air akan memasuki ruang diantara kanji dan memutuskan ikatan hydrogen diantara kanji dan ini juga menyebabkan nasi menjadi kembang dan lembut kerana air masuk ke dalamnya

Apabila nasi digempal semula dengan kuatnya, ia akan menyebabkan kanji ini tersusun semula dan membentuk ikatan hydrogen balik diantara satu sama lain. Ini akan menyebabkan struktur bebola nasi tersebut menjadi teguh dan tidak pecah ketika dibaling. Buat guna beras jenis apa pun ia akan menghasilkan keputusan yang sama

Mesin buat nasi daripada plastik tu apa pulak?

Sebenarnya itulah adalah mesin untuk menghasilkan pellet plastik. Pellet plastik pula akan digunakan untuk menghasilkan produk plastik yang lain. Sebenarnya, mesin tersebut banyak digunakan diluar negara

Anda boleh lihat pada video ini. Bagaimana cara untuk menghasilkan pellet plastik

Jelas mereka menggunakan proses yang sama dalam video yang viral dalam menghasilkan pellet plastik. Tetapi orang kita mengatakan mereka menghasilkan beras plastik

Kesimpulan:

  1. Ujikaji menggumpal dan membaling nasi tidak digunakan untuk menentukan sama ada nasi tersebut diperbuat daripada plastik ataupun tidak. Ini kerana nasi yang betul pun menghasilkan kesan yang sama.
  2. Ujian dengan menggunakan iodine pula menunjukkan ia mempunyai kanji. Menunjukkan beras tersebut bukan diperbuat daripada plastik

Nota Tambahan:



Artikel ini hanya membincangkan perihal nasi plastik dan kesesuaian ujikaji tertentu sebagai maklum balas kepada isu yang tersebar baru-baru ini. Artikel ini tidak menafikan kewujudan beras atau nasi palsu lain yang mungkin wujud di pasaran untuk tujuan menipu.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − seven =