Skip to content

Neurobion: Fungsi, Kesan Sampingan dan Dos

Neurobion adalah jenama suplemen yang mengandungi gabungan vitamin B di dalamanya. Pengilangnya mengiklankan bahawa suplemen ini boleh membantu dalam memperbaiki fungsi saraf.

Suplemen Vitamin B kompleks seperti Neurobion dan lainnya boleh membantu dalam mengelakkan kekurangan nutrisi.

Dalam artikel ini, kita akan menceritakan kelebihan, kesan sampingan dan risiko pengambilan neurobion.

Fungsi dan Kegunaan Neurobion



Faedah pengambilan suplemen ini atau kombinasi vitamin B yang sama adalah untuk merawat masalah kekurangan vitamin B.

Ia mempunyai peranan penting dalam badan terutamanya bagi saraf, membantu dalam penghasilan darah merah dan metabolisma badan

Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti:

Kandungan Neurobion

Terdapat 8 jenis vitamin B dan setiap daripadanya mempunyai fungsi yang tersendiri. Neurobion adalah suplemen yang mengandungi 3 jenis vitamin B iaitu:

  • 100mg Vitamin B-1, juga dikenali sebagai thiamin
  • 200mg Vitamin B-6, also called pyridoxine
  • 200mcg Vitamin B-12

Terdapat jenama lain yang mengandungi kandungan vitamin B yang sama.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Kesan sampingan



Neurobion adalah selamat apabila seseorang itu mengambil suplemen ini dengan dos yang betul. Terdapat beberapa kes dimana vitamin B boleh menyebabkan air kencing berwarna kuning. Tetapi kesan ini hanyalah sementara.

Pengambilan suplemen ini secara berlebihan boleh menyebabkan:

Kesan alahan sangat jarang berlaku pada mereka yang mengambil suplemen ini.

Mereka yang mengalami alahan seperti ruam yang gatal, sesak nafas dan bengkak di bahagian muka selepas mengambil suplemen ini, perlulah berjumpa dengan doktor untuk rawatan.

Risiko

Vitamin B secara amnya adalah selamat digunakan untuk kebanyakan orang. Vitamin ini adalah jenis larut air dan tidak berkumpul di dalam tisu badan. Ini bermaksud ia mudah disingkirkan dari badan melalui air kencing.

Disebabkan itu, Vitamin B secara amnya tidak berbahaya. Akan tetapi jika diambil pada dos yang sangat tinggi, ia boleh mendatangkan kesan sampingan dan berbahaya.

Vitamin B selalunya tidak berinteraksi dengan ubat-ubatan yang lain.

Siapa yang perlu ambil suplemen ini?

Faedah utama bagi sesiapa yang mengambil suplemen ini adalah mereka dapat mengelakkan penyakit yang disebabkan kekurangan vitamin B.



Golongan yang selalu mempunyai risiko yang tinggi mengalami kekurangan vitamin ini adalah:

  • Wanita yang hamil
  • Mereka yang berumur 50 tahun ke atas
  • Pengambilan makanan yang terhad. Contoh golongan vegetarian
  • Pengambilan ubat yang mengurangkan serapan Vitamin B
  • Pernah menjalani pembedahan Gastric bypass menyebabkan serapan vitamin B berkurangan.
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan

Jika Vitamin B terlalu rendah di dalam badan, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kekurangan darah merah dan juga kerosakan saraf badan.

Risiko:

  1. Dietary supplement label database. (2019). https://www.dsld.nlm.nih.gov/dsld/dailyvalue.jsp
  2. Kennedy, D. O. (2016). B vitamins and the brain: Mechanisms, dose and efficacy — a review. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4772032/
  3. Neurobion. (n.d.). https://www.neurobion.com/en_PH/home/products/neurobion.html
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − 16 =