Skip to content

Sawan Tangis: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca dan rawatan Sawan Tangis?

Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap berkenaan masalah sawan tangis ini berserta rawatan yang boleh diterima oleh kanak-kanak ini.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca Sawan Tangis
  3. Simptom Sawan Tangis
  4. Adakah perlu bawa anak ke hospital?
  5. Rawatan Sawan Tangis

Perkarangan jabatan kecemasan di sebuah hospital daerah yang lengang itu tiba tiba dikejutkan dengan kehadiran sebuah kereta.



Sambil berlari mengendong seorang bayi perempuan, “Doktor tolog doktor!!! Anak saya menangis sampai muka dia biru!! Tolong saya doktor!” jerit seorang ibu berusia 30an itu. Turut mengekor di belakangnya si suami yang jelas nampak raut wajah resah gelisah.

Bayi di pangkuannya diambil doktor. Masih berbunyi tangisannya dengan suara yang hampir hilang, bibirnya juga kebiruan. Apa yang terjadi pada bayi ini?

Pengenalan

Bayi yang terlalu kerap menangis terutamanya yang berusia 3 hingga 16 minggu dipanggil sawan tangis. Perkara ini biasa dan hampir semua ibubapa pernah mengalaminya. Apa sebenarnya sawan tangis ini?

Sawan tangis adalah suatu keadaan dimana bayi berhenti bernafas selama hampir seminit. Ia  menyebabkan bayi pengsan dan tidak sedarkan diri. Ia boleh terjadi apabila bayi marah, takut atau yang paling menjadi kebiasaan adalah apabila bayi dalam kesakitan. Perkara paling penting yang perlu anda ingat adalah sawan ini terjadi secara reflex iaitu tanpa  sengaja.

Terdapat 2 jenis sawan tangis iaitu

  • Cyanotic spell. Ini adalah jenis yang biasa, ia terjadi apabila bayi atau kanak kanak marah. Ia akan menyebabkan berlaku perubahan dalam rentak pernafasan mereka.
  • Pallid spell. Sawan jenis ini terjadi apabila bayi atau kanak kanak dalam kesakitan menyebabkan kadar denyutan jantung bayi menjadi perlahan.


Seorang kanak kanak itu boleh mengalami kedua dua jenis sawan ini dalam satu masa. Masalah ini terjadi kepada kanak kanak berusia 6 bulan hingga 6 tahun, namun lebih kerap terjadi kepada kanak kanak berusia 1 hingga 3 tahun.

Ada yang mengalaminya setiap hari dan ada juga yang mengalaminya kadang kadang. Ia kebiasaannya tidak serius dan tidak membawa kerosakan yang kekal. Apabila kanak kanak itu sudah membesar, sawan tangis akan hilang dengan sendirinya. Ia sama seperti Demam Sawan yang akan hilang ketika kanak-kanak membesar

Punca Sawan Tangis

Seperti yang sudah dijelaskan tadi, sawan ini berlaku apabila terdapat perubahan dalam rentak pernafasan ataupun rentak jantung bayi dan kanak kanak. Reaksi ini mungkin terjadi apabila emosi kanak kanak terganggu ataupun mereka berada dalam kesakitan.

Walaupun tiada kajian yang menyokong, sesetengah ibubapa yang berpengalaman dengan sawan tangis berpendapat bahawa ia mungkin disebabkan oleh colic iaitu masalah ketidakhadaman dan perut kembung yang biasa dialami oleh bayi dan kanak kanak.

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bagaimana saya mengenal pasti sawan tangis?

Sawan tangis boleh menyebabkan bayi atau kanak kanak:

  • Menangis. Bayi mungkin menangis dengan teruk  dan boleh berterusan sehingga beberapa jam.
  • Pengsan atau tidak menyedarkan diri. Ia selalunya berlaku selama kurang seminit.
  • Otot kejang, badan yang keras. Ianya sama dengan sawan biasa apabila badan menjadi kejang.
  • Bernafas dengan laju. Bayi mungkin akan tercungap cungap dan dada berombak. Kadar denyut jantung juga akan perlahan.
  • Perubahan warna kulit. Kulit menjadi pucat dan dingin. Jika berlarutan terlalu lama, bayi akan berubah menjadi kebiruan terutamanya di bahagian sekitar bibir.

Adakah saya perlu bawa bayi ke hospital?

Ya, anda perlu bawa bayi anda ke hospital atau klinik berdekatan

Ini adalah supaya doktor dapat memeriksa keadaan anak anda dengan lebih teliti. Doktor akan meminta anda untuk menceritakan keadaan anak anda semasa sawan berlaku. Ini adalah penting bagi doktor untuk mengenal pasti keadaan sebenar. Sawan dalam kanak kanak juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang hanya boleh ditentukan oleh doktor.



Tetapi jika anda sudah berpengalaman, mengetahui itu adalah sawan tangis dan merasakan keadaan anak atau bayi adalah tidak teruk, maka anda boleh memantau keadaan anak terlebih dahulu dirumah. Jika keadaanya bertambah teruk, barulah bawa anak anda berjumpa doktor.

Rawatan Sawan Tangis

Kebanyakan kanak kanak tidak memerlukan rawatan untuk sawan tangis. Seperti yang dijelaskan di atas, sawan akan hilang apabila kanak kanak membesar. Jika doktor mendapati sawan anak anda berpunca daripada penyakit lain, anak anda mungkin memerlukan rawatan lain.

Bagi mencegah terjadinya episod sawan tangis yang lain, pastikan anak anda mendapat rehat yang secukupnya, dan cuba pastikan emosi anak anda tidak terganggu. Beritahu doktor anda jika sawan menjadi semakin kerap atau semakin teruk.

Jika di rumah, pastinya mengalami anak yang sedang sawan boleh menjadi pengalaman yang menakutkan bagi ibubapa. Berikut merupakan perkara yang anda boleh lakukan:

  • Bertenang dan jangan panik
  • Baringkan anak anda secara mengiring, dan pastikan tubuh jauh daripada benda yang tajam atau boleh mencederakan.
  • Kenal pasti, jika ada kecederaan ataupun keadaan yang membuat anak anda menangis
  • Bawa anak anda ke tempat yang lapang untuk beri ruang bagi membantu pernafasan mereka
  • Jika anak anda berhenti bernafas terlalu lama, telefon 999. Beri bantuan pernafasan kepada anak anda jika  mampu.

Walaupun perkara ini biasa dan akan hilang dengan sendiri, jika anda risau dengan keadaan anak anda, segera bawa mereka berjumpa doktor.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan

  1. Breath Holding Spell – HealthlinkBC
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 + 15 =