Skip to content

Ubat batuk: Tak boleh minum air ke lepas ambil ubat ini?

Ada orang terdahulu percaya selepas minum ubat batuk, seseorang itu tidak boleh minum air. Katanya nak biarkan ubat tersebut meresap di bahagian tekak dan mengurangkan batuk tersebut.

Disebabkan perkara itu adalah turun temurun, maka anak-anak juga menjadi mangsa untuk cara rawatan seperti ini. Kena minum ubat batuk yang tidak sedap dan dilarang untuk meminum air.

Sudahlah ubat tu tak sedap. Lepas tu kena bertahan dengan rasa pelik ubat tersebut untuk beberapa ketika disebabkan tidak boleh minum air. Sudah tentu ia akan mendatangkan mimpi ngeri bagi kanak-kanak dan mereka akan trauma untuk memakan apa-apa jenis ubat selepas itu.



Untuk mengetahui perkara itu benar ataupun tidak, mari kita mengetahui jenis-jenis ubat batuk yang ada di pasaran.

Ubat Batuk pencair kahak

Ada beberapa jenis ubat pencair kahak yang selalu digunakan seperti bromhexine dan guaifenesin

Bagi ubat bromhexine, ia bertindak dengan mengurangkan kepekatan kahak dengan meningkatkan aktiviti lisosom.

Lisosom merupakan salah satu komponen di dalam sel dimana di dalamnya ia mengandungi enzim untuk menguraikan pelbagai jenis kompaun dan protein. Di dalam kahak, ia mengandungi kompaun polimer mukopolisakarida yang membuatkan sesuatu kahak itu likat dan suka melekat pada saluran pernafasan.

Manakala, apabila seseorang itu mengambil ubat pencair kahak, aktiviti lisosom akan meningkat dan merembeskan enzim di dalam saluran pernafasan itu. Ia akan menguraikan kompaun mukopolisakarida tersebut membuatkannya ia kurang likat dan mudah untuk dikeluarkan



Bagi Ubat guaifenesin, ia bertindak dengan cara meningkatkan kebolehan cilia untuk menolak kahak keluar daripada salurang pernafasan. Cilia merupakan bulu halus di dalam saluran pernafasan yang berfungsi untuk menolak kahak keluar daripada saluran pernafasan.

Ubat tahan batuk

Ubat tahan batuk yang selalu digunakan adalah codeine dan dextrometrophan. Bagi ubat jenis ini selalunya ia bertindak dibahagian otak dengan merencat pusat batuk(Cough centre).

Tetapi kesan sampingan ubat ini ia akan menyebabkan seseorang itu mengantuk kerana dia mampu merencat fungsi dikawasan otak. Oleh itu, ia juga boleh menyebabkan seseorang itu berasa mengantuk

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ubat Anti-histamine

Ubat ini sebenarnya ubat untuk masalah selesema dan juga alahan. Ia juga digunakan bagi masalah batuk kerana mereka yang selesama juga boleh menghadapi masalah batuk.

Ini kerana hingus yang terhasil boleh menyebabkan kerengsaan pada tekak dan membuatkan reseptor di bahagian tekak dirangsang. Maka, ia akan menyebabkan kegatalan dibahagian tekak dan pesakit itu pun akan batuk untuk mengurangkan kegatalan tersebut.

Penerangan dan Kesimpulan

1. Ubat yang diberikan tidaklah menyembuhkan. Ia hanya menahan dan memberi masa kepada badan untuk melawan jangkitan kuman itu dengan sendirinya.

Ini kerana kebanyakan batuk adalah disebabkan jangkitan virus. Ia akan baik dengan sendirinya. Ubat yang diberikan adalah untuk mengurangkan simptom sahaja

2. Amalan untuk tidak minum air selepas mengambil ubat batuk adalah suatu mitos. Ini kerana ubat itu perlu diserap terlebih dahulu dalam sistem pencernaan supaya ia bertindak pada kawasan tumpuan. Sebagai contoh ubat jenis tahan batuk, ia perlu bertindak dibahagian otak bukan pada bahagian tekak. Oleh itu, ia tiada kaitan pun dengan tekak.



Begitu juga ubat cairkan kahak, ia akan mencairkan kahak di saluran pernafasan. Bila kita telan ubat cairkan kahak, ia berada pada tekak dan saluran permakanan sahaja. Ia perlu diserap diusus terlebih dahulu untuk dia bertindak di bahagian saluran pernafasan

3. Jika anak-anak kecil hendak diberikan ubat batuk, sediakanlah air kosong ditepinya. Supaya rasa pelik ubat batuk tersebut dapat dihilangkan dengan cepatnya menggunakan air kosong

Rujukan:

  1. Bolser, D. C. (2006). Cough Suppressant and Pharmacologic Protussive Therapy: ACCP Evidence-Based Clinical Practice Guidelines. Chest, 129(1 Suppl), 238Sā€“249S. http://doi.org/10.1378/chest.129.1_suppl.238S
  2. Takeda H, Misawa M, Yanaura S. A role of lysozomal enzymes in the mechanism of mucolytic action of bromhexine. Jpn J Pharmacol. 1983;33:455ā€“61
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 5 =