Skip to content

Vitamin untuk kanak-kanak: Adakah mereka memerlukannya? Dan jenis yang mana?

Semasa proses tumbesaran, kanak-kanak amat memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk memastikan kesihatan yang optimum.

Kebanyakkan kanak-kanak mendapatkan jumlah nutrient yang mencukupi daripada diet yang seimbang. Namun bagi sesetengah keadaan, kanak-kanak mungkin memerlukan makanan tambahan (suplemen) vitamin dan mineral.

Artikel ini akan menerangkan segalanya berkaitan dengan vitamin untuk kanak-kanak dan jawapan sama ada anak anda memerlukannya ataupun tidak.

Nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak



Keperluan nutrien untuk kanak-kanak adalah bergantung kepada umur, jantina, pembesaran dan level keaktifan.

Menurut pakar kesihatan, kanak-kanak yang berusia antara 2 hingga 8 tahun memerlukan 1,000 hingga 1,400 kalori setiap hari. Bagi kanak-kanak yang berumur 9 hingga 13 tahun pula, mereka memerlukan 1,400 hingga 2,600 kalori setiap hari dan bergantung juga kepada faktor tertentu seperti level keaktifan.

Selain daripada mengambil makanan yang cukup kalori, diet kanak-kanak juga hendaklah memenuhi kandungan nutrient yang disyorkan oleh Rujukan Pengambilan Diet (Dietary Reference Intakes- DRIs):

Nutrien DRI untuk 1-3 tahun DRI untuk 4-8 tahun
Kalsium 700 mg 1,000 mg
Zat besi 7 mg 10 mg
Vitamin A 300 mcg 400 mcg
Vitamin B12 0.9 mcg 1.2 mcg
Vitamin C 15 mg 25 mg
Vitamin D 600 IU (15 mcg) 600 IU (15 mcg)

Walaubagaimanapun, nutrient yang disenaraikan di atas bukanlah satu-satunya nutrient yang diperlukan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan kuantiti setiap nutrien yang sesuai untuk proses tumbesaran dan kesihatan yang sempurna. Kanak-kanak yang lebih besar dan juga golongan remaja memerlukan kuantiti nutrien yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak yang lebih kecil untuk manampung kesihatan yang optimum.

Adakah keperluan nutrien kanak-kanak adalah berbeza dengan dewasa?

Kanak-kanak memerlukan nutrien yanag sama seperti golongan dewasa tetapi dalam kuantiti yang lebih sedikit.



Semasa kanak-kanak membesar, adalah amat penting untuk mereka mendapatkan nutrien yang mencukupi untuk membantu membina tulang yang kuat iaitu seperti kalsium dan vitamin D.

Selain itu, zat besi, zink, iodin, kolin dan vitamin A, B6 (folat), B12 dan D sangat diperlukan untuk perkembangan otak pada awal usia.

Oleh itu, walaupun kanak-kanak hanya memerlukan sedikit kuantiti vitamin dan mineral berbanding dewasa, mereka tetap perlu mendapatkan nutrient-nutrien ini dengan mencukupi untuk proses pembesaran dan perkembangan yang sempurna.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Adakah kanak-kanak memerlukan suplemen vitamin?

Secara asasnya, kanak-kanak yang mengambil makanan yang sihat dan seimbang tidak memerlukan pengambilan suplemen vitamin.

Walaubagaimanapun, kanak-kanak yang masih kecil (infan) mempunyai keperluan nutrien yang berbeza daripada kanak-kanak yang besar dan mungkin memerlukan jenis suplemen tertentu seperti vitamin D bagi bayi yang menyusu badan.

Akademi Pakar Kanak-Kanak Amerika (American Academy of Pediatrics) dan Garis Panduan Pemakanan Pertanian Amerika Syarikat bagi penduduk Amerika (United States Department of Agriculture Dietary Guidelines for Americans) tidak mengesyorkan pemberian suplemen lebih daripada keperluan diet yang dibenarkan untuk kanak-kanak yang berusia lebih dari 1 tahun yang sihat dan mengambil diet yang seimbang.

Kedua-dua agensi ini menyarankan agar kanak-kanak tersebut diberikan pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran, produk berasakan tenusu dan protein untuk mendapatkan nutrien yang cukup.

Makanan-makanan tersebut mengandungi semua nutrien-nutrien yang penting untuk pembesaran dan perkembangan kanak-kanak yang sempurna.



Secara kesimpulannya, kanak-kanak yang mengambil diet yang seimbang termasuk semua kumpulan makanan sebenarnya tidak memerlukan suplemen vitamin dan mineral. Bahagian seterusnya akan menerangkan mengapa dalam kes-kes tertentu sesetengah kanak-kanak memerlukan suplemen nutrient.

Suplemen nutrien/vitamin mungkin diperlukan oleh sesetengah kanak-kanak

Walaupun kebanyakkan kanak-kanak yang mengambil diet yang sihat dan seimbang tidak memerlukan suplemen vitamin, dalam beberapa keadaan, suplemen nutrien adalah dibenarkan untuk diberikan kepada kanak-kanak.

Jenis vitamin dan mineral tertentu perlu diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai risiko kekurangan seperti mereka yang:

  • Mengamalkan vegetarian atau diet sayuran
  • Mempunyai keadaan yang menganggu serapan atau memerlukan nutrien yang lebih seperti penyakit celiac, kanser, fibrosis sistik atau radang usus (inflammatory bowel disease)
  • Mempunyai sejarah pembedahan yang memberi kesan kepada salur pencernaan atau perut
  • Terlalu cerewet dalam pemilihan makanan (extremely picky eaters) dan sukar untuk menerima pelbagai jenis makanan

Khasnya, kanak-kanak yang mengamalkan pemakanan sumber tumbuhan mungkin mengalami risiko kekurangan kalsium, zat besi, zink serta vitamin B12 dan D terutamanya apabila mereka mengambil terlalu sedikit atau tidak mengambil produk berasaskan haiwan.

Diet vegan (sayuran) boleh menjadi bahaya kepada kanak-kanak sekiranya nutrien tertentu seperti vitamin B12 yang terdapat secara semulajadi didalam makanan berasaskan haiwan, tidak digantikan dengan pemberian suplemen atau makanan tambahan bernutrisi.

Kegagalan dalam menggantikan keperluan nutrien ini boleh membawa kepada keadaan yang serius seperti ketidaksempurnaan dalam tumbesaran dan perkembangan terbantut.

Walaubagaimanapun, kanak-kanak yang mengamalkan diet berasaskan tumbuhan mungkin boleh mendapatkan nutrien yang cukup daripada diet itu sendiri sekiranya ibu bapa mereka menggabungkan pelbagai makanan berasaskan tumbuhan yang cukup yang secara semulajadi mempunyai atau dilengkapi dengan vitamin dan mineral tertentu.

Kanak-kanak yang mengalami masalah penyakit celiac atau penyakit radang usus mungkin akan mengalami kesukaran untuk menyerap beberapa jenis vitamin dan mineral terutamanya zat besi, zink dan vitamin D. Ini kerana penyakit-penyakit ini boleh menyebabkan kerosakkan pada bahagian perut yang berfungsi untuk menyerap banyak mikronutrien.



Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah fibrosis sistik, mereka akan mengalami kesukaran untuk menyerap lemak dan oleh itu, vitamin yang larut dalam lemak seperti vitamin A, D, E and K mungkin tidak akan dapat diambil secukupnya oleh tubuh.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai kanser dan penyakit-penyakit lain yang menyebabkan peningkatan keperluan nutrien mungkin memerlukan suplemen tertentu untuk mengelakkan kekurangan nutrisi yang disebabkan oleh penyakit.

Terdapat kajian yang mengaitkan tabiat dalam terlalu memilih makanan dalam kalangan kanak-kanak dengan pengambilan mikronutrien yang rendah.

Dalam kajian terhadap 937 orang kanak-kanak berusia 3 hingga 7 tahun mendapati bahawa tabiat dalam terlalu memilih makanan adalah sangat berhubung kait dengan kekurangan pengambilan zat besi dan zink. Keputusan kajian menunjukkan kandungan mineral ini dalam darah adalah sangat berbeza diantara kanak-kanak yang terlalu memilih dalam makanan dan kanak-kanak yang tidak memilih dalam makanan.

Oleh itu, kekurangan mikronutrien boleh berlaku kepada kanak-kanak yang mempunyai tabiat memilih dalam makanan dan keputusannya adalah perlu untuk diberikan suplemen nutrisi kepada mereka.

Memilih vitamin dan sukatan yang diperlukan

Jika anak anda mengamalkan jenis diet yang tertentu, tidak mampu menyerap nutrien yang mencukupi atau terlalu memilih dalam makan, mereka boleh mendapat manfaat daripada mengambil suplemen vitamin.

Hendaklah sentiasa berbincang dengan pakar kesihatan berkenaan dengan suplemen sebelum anda memberikannya kepada anak anda.

Semasa memilih suplemen, perkara yang perlu anda perhatikan adalah kualiti produk yang telah diuji oleh pihak ketiga seperti NSF International, United States Pharmacopeia, ConsumerLab.com, Informed-Choice atau Banned Substances Control Group.



Pilihlah vitamin yang dibuat khas untuk kanak-kanak dan pastikan ia tidak mengandungi dos yang terlalu tinggi yang mengatasi keperluan nutrien yang disyorkan untuk kanak-kanak.

Langkah berhati-hati bagi pengambilan vitamin dan mineral untuk kanak-kanak

Suplemen vitamin dan mineral boleh menjadi toksik kepada kanak-kanak apabila diambil lebih daripada keperluan. Ia sangat terbukti bagi vitamin larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K yang tersimpan di dalam lemak badan.

Satu kajian kes melaporkan berlakunya ketoksikan vitamin D dalam kanak-kanak yang mengambil suplemen yang berlebihan.

Anda perlulah berwaspada terhadap vitamin jenis ‘gummy’, yang mudah untuk diambil secara berlebihan. Satu kajian telah menyatakan terdapat 3 kes keracunan vitamin A dikalangan kanak-kanak disebabkan oleh berlebihan dalam pengambilan vitamin berbentuk gula-gula tersebut.

Anda hendaklah perlu menyimpan vitamin dengan baik dan terhindar daripada mudah dicapai oleh kanak-kanak yang masih kecil. Bagi kanak-kanak yang sudah besar, anda hendaklah perlu berbincang dengan mereka berkenaan dengan pengambilan kuantiti vitamin yang sesuai untuk mengelakkan daripada pengambilan melebihi keperluan.

Jika anda menyedari anak anda mengambil kuantiti suplemen vitamin dan mineral yang berlebihan, sila hubungi penasihat kesihatan dengan segera.

Bagaimana hendak memastikan anak anda mendapat keperluan nutrien yang mencukupi?

Untuk memastikan anak anda mendapat keperluan nutrien yang lengkap dan tidak perlu kepada suplemen, anda haruslah memastikan diet mereka mengandungi pelbagai jenis makanan yang bernutrisi.

Ini termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh, protein tanpa lemak, lemak sihat dan produk tenusu yang boleh didapati dalam makanan dan snek yang dapat membekalkan anak anda dengan vitamin dan mineral yang cukup.



Untuk membantu anak anda untuk terus mengambil makanan yang sihat, anda boleh mengenalkan mereka dengan jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang baru dan ia boleh dihidangkan dalam gaya yang berbeza dan lebih lazat.

Diet yang sihat untuk kanak-kanak juga seharusnya mempunyai limit untuk penambahan gula dan juga makanan yang diproses.

Namun sekiranya anda merasakan anak anda tidak mendapatkan nutrien yang cukup dan sesuai hanya melalui diet mereka, suplemen adalah selamat untuk diberikan dan merupakan cara yang efektif untuk memberikan nutrien kepada anak anda.

Anda boleh berbincang dengan pakar kanak-kanak jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan pengambilan nutrisi anak anda.

Sumber rujukan:

https://www.healthline.com/nutrition/vitamins-for-kids#Dietary-tips

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty + eight =