Obimin: Fungsi, Kesan Sampingan dan Dos

Published by Dr Latif Saad on

Ubat Obimin merupakan salah satu suplemen yang selalu diberikan kepada ibu mengandung. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin dan juga zat yang baik untuk pertumbuhan bayi dan juga baik untuk ibu yang sedang mengandung.

Vitamin dan mineral ini terdiri daripada Asid folik, kalsium, zat besi, Vitamin D dan iodine yang terdapat dalam kuantiti yang tertentu. Bahan-bahan ini merupakan sesuatu perkara yang penting bagi wanita yang sedang mengandung.

Walaupun kesemua bahan-bahan ini boleh didapati daripada pemakanan. Ia masih diberi kepada wanita mengandung kerana risau mungkin terdapat kekurangan salah satu atau sebahagian daripada zat-zat tersebut.

Kekurangan zat-zat ini mungkin boleh menyebabkan pesakit mengalami masalah seperti anemia(kekurangan sel darah merah), bayi yang mengalami spina bifida dan pelbagai lagi.

Fungsi dan kegunaan ubat obimin

Suplement ini mengandungi vitamin dan meneral yang membantu untuk memberikan zat yang mencukupi kepada wanita yang sedang mengandung atau menyusukan anak.

1. Asid folik, Vitamin B6 dan B12

Asid folik adalah penting untuk mengelakkan penyakit spina bifida dimana tulang belakang tidak tutup sepenuhnya. Ini menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang terkeluar daripada tulang belakang.

Gabungan asid folik, Vitamin B6 dan B12 pula diperlukan untuk metabolisma kompaun homocysteine di dalam badan. Ini kerana kenaikan kompaun ini dalam badna akan menyebabkan kandungan dilahirkan tidak cukup bulan ataupun mempunyai berat badan yang rendah.

2. Zat besi dan Iodin

Iron Deficiency Anemia iaitu kekurangan darah disebabkan zat besi yang tidak mencukupi dan masalah ini merupakan masalah diseluruh dunia.

Wanita mengandung lebih mudah menghadapi masalah ini kerana tumbesaran bayi dalam kandungan memerlukan zat besi yang banyak terutamanya untuk pembesaran bahagian saraf bayi.

3. Vitamin B kompleks( B1, B2, B6 dan B12)

Ia berfungsi untuk mengoptimumkan penghasilan tenaga daripada makanan bagi tujuan pencernaan makanan, pernafasan, denyutan nadi dan pelbagai lagi.

4. Kalsium dan Vitamin D

Untuk mengekalkan kekuatan tulang dan gigi dna untuk mengelakkan daripada menghidapi osteoporosis pada masa hadapan. Kalsium juga akan membina gigi dan tulang bayi yang kuat. Pembentukan tulang ini berlaku pada trimester pertama kandungan.

Manakala vitamin D pula akan memudahkan lagi penyerapan kalsium daripada usus.

5. Vitamin A dan C

Berfungsi sebagai antioksidan untuk melindungi sel badan daripada serangan radikal bebas. Ia juga baik untuk penglihatan dan juga kulit yang sihat.

Kesan sampingan Obimin

Terdapat beberapa kesan sampingan suplemen yang perlu anda tahu. Ia adalah:

Jika anda mengalami simptom-simptom tersebut anda boleh bertanyakan kepada doktor berkenaan perkara tersebut. Selalunya jika pesakit mengalami simptom yang teruk, doktor akan menukarkan suplemen ini kepada suplemen iberet.

Pesakit yang mengalami sembelit yang teruk selalunya akan diberikan ubat untuk melembutkan najis.

Kebanyakan pesakit yang mengambil ubat ini akan menghasilkan najis yang berwarna gelap. Ini kerana kandungan zat besi di dalam ubat tersebut yang berwarna hitam akan menyebabkan najis anda menjadi sedikit gelap.

Dos dan Kandungan Suplemen ini

Suplemen obimin ini mengandungi beberapa jenis bahan iaitu:

  • Vitamin A (3000 IU)
  • Vitamin D (400 IU)
  • Vitamin C (100 mg)
  • Vitamin B1 (10 mg)
  • Vitamin B2 (2.5 mg)
  • Vitamin B6 (15 mg)
  • Vitamin B12 (4 mcg)
  • Niacinamide (20 mg)
  • Pantotenic acid (7.5 mg)
  • Folic acid (1 mg)
  • Iron (30 mg)
  • Calcium (32.5 mg)
  • Copper (100 mcg)
  • Iodin (100 mcg)

Pengambilan obimin adalah bergantung kepada preskripsi doktor. Jika pesakit tersebut mempunyai masalah seperti anemia, dos obimin mungkin ditukar ataupun ditambah dengan suplemen zat besi yang lain.

Jika sel darah merah masih rendah (Anemia), selalunya ujian darah akan dibuat untuk mengenal pasti punca kepada masalah tersebut sama ada ia disebabkan kurang zat besi ataupun talasemia.

Rujukan:

  1. American College of Obstetricians and Gynecologists: Your Pregnancy and Childbirth: Month to Month, “Nutrition During Pregnancy.”
  2. California Department of Public Health: “Folic Acid Vitamins.”
  3. CDC: “Facts about Birth Defects” “Iron and Iron Deficiency.”
  4. Institute of Medicine. Nutrition during pregnancy: weight gain and nutrient supplements. Washington, DC: National Academy Press; 1990.
  5. Institute of Medicine (US) Panel on Micronutrients. Dietary Reference Intakes for Vitamin A, Vitamin K, Arsenic, Boron, Chromium, Copper, Iodine, Iron, Manganese, Molybdenum, Nickel, Silicon, Vanadium, and Zinc. 2001.
Categories: Jenis Ubat

Dr Latif Saad

Seorang pegawai perubatan dan masih berkhidmat di klinik kesihatan. Pengasas kepada page The Diagnosa dan Root of Science. Follow facebook saya di Latif Saad

2 Comments

Zincofer: Fungsi, Kesan Sampingan dan dos - The Diagnosa · November 7, 2019 at 12:36 pm

[…] ibu hamil yang tiada masalah, selalunya mereka akan diberikan suplemen obimin untuk membantu kandungan […]

Iberet: Fungsi, Kesan Sampingan dan Dos - The Diagnosa · November 8, 2019 at 6:45 am

[…] dibandingkan dengan obimin dan Zincofer, Iberet mempunyai jumlah elemen zat besi yang sederhana iaitu 100mg dalam satu tablet. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *