Skip to content

Asid Folik: Kegunaan, Kesan Sampingan dan Dos

Asid folik adalah salah satu vitamin penting untuk mengelakkan masalah tulang belakang yang disebabkan tiub neural yang tidak tertutup dengan sempurna. Masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak adalah Spina Bifida dimana sel saraf terkeluar daripada bahagian tulang belakang membentuk satu ketulan yang besar berdekatan dengan kawasan punggung.

Folate dan asid folik merupakan sejenis Vitamin B dan seperti yang mana kita tahu vitamin B adalah vitamin larut air. Sejak dari 1998, asid folik telah ditambah dalam makanan seperti bijirin, tepung, roti, biskut dan bahan-bahan yang terlibat dalam penghasilan kek.

Makanan yang mempunyai unsur folate secara semula jadi adalah seperti sayuran (bayam, broccolli, salad, tomato), buah-buahan (pisang, tembikai dan limau), Kacang, yis dan cendawan.



Asid folik juga digunakan untuk mengelakkan dan merawat merka yang mengalami kekurangan sel darah merah (anemia disebabkan kurang mengambil asid folik) ataupun masalah usus yang tidak boleh menyerap nutrien dengan dengan betul.

Dapatkan Asid folik disini

Kegunaan dan fungsi asid folik

1. Ibu mengandung

Pengambilan asid folik dan folate sebelum dan sewaktu mengandung dapat mengurangkan risiko kandungan untuk mengalami masalah tiub neural seperti spina bifida.

2. Anemia (kurang sel darah)

Terdapat pelbagai punca anemia dan salah satunya adalah disebabkan kekurangan asid folik dalam badan. Jika pesakit didapati anemia kerana kurang asid folik, maka pesakit perlu mengambil suplemen ini.



3. Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang

Sebanyak 85% pesakit yang mengalami masalah buah pinggang akan mempunyai kandungan homocysteine yang tinggi dalam darah. Kandungan homocysteine tinggi telah terbukti boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan juga angin ahmar. Pengambilan asid folik terbukti mengurangkan tahap homocysteine dalam darah tetapi belum lagi terbukti mengurangkan masalah serangan sakit jantung pada individu yang terlibat.

4. Mengurangkan kesan sampingan methotrexate (Ubat kemoterapi)

Pengambilan suplemen ini boleh mengurangkan rasa loya dan muntah-muntah disebabkan kesan sampingan rawatan methotraxate.

Kesan sampingan

Jika seseorang individu mengambil suplemen ini dengan dos yang betul, selalunya pesakit tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan.

Jika dose yang diambil terlalu tinggi buat satu masa ia boleh menyebabkan:

  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Ruam badan
  • Cepat marah
  • Konfius
  • Loya
  • Sawan

Terdapat juga kajian yang menyatakan pengambilan dos yang tinggi pada mereka yang mengalami masalah jantung akan meningkatkan risiko untuk serangan sakit jantung. Kajian lain pula menyatakan ia mungkin akan meningkatkan risiko untuk terkena kanser paru-paru dan prostat jika diambil secara berlebihan. Oleh itu, bersederhanalah.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Dos asid folik

Dos yang boleh diambil untuk mereka yang mengandung adalah sekurang-kurangnya 400mcg hingga 1000mcg. Bagi mereka yang mempunyai sejarah spina bifida pada anaknya sebelum ini, dos ini digandakan hingga 4mg yang perlu diambil beberapa bulan sebelum melakukan hubungan dengan suami dan 3 bulan selepas mengandung.



Dapatkan Asid folik disini

Rujukan:

  1. Aghamohammadi, V., Gargari, B. P., and Aliasgharzadeh, A. Effect of folic acid supplementation on homocysteine, serum total antioxidant capacity, and malondialdehyde in patients with type 2 diabetes mellitus. J.Am.Coll.Nutr. 2011;30(3):210-215.
  2. Albert, C. M., Cook, N. R., Gaziano, J. M., Zaharris, E., MacFadyen, J., Danielson, E., Buring, J. E., and Manson, J. E. Effect of folic acid and B vitamins on risk of cardiovascular events and total mortality among women at high risk for cardiovascular disease: a randomized trial. JAMA 5-7-2008;299(17):2027-2036.
  3. Alfthan, G., Pekkanen, J., Jauhiainen, M., Pitkaniemi, J., Karvonen, M., Tuomilehto, J., Salonen, J. T., and Ehnholm, C. Relation of serum homocysteine and lipoprotein(a) concentrations to atherosclerotic disease in a prospective Finnish population based study. Atherosclerosis 1994;106(1):9-19.
  4. Allen, L. H. and Peerson, J. M. Impact of multiple micronutrient versus iron-folic acid supplements on maternal anemia and micronutrient status in pregnancy. Food Nutr Bull. 2009;30(4 Suppl):S527-S532.
  5. Allen, L. H., Peerson, J. M., and Olney, D. K. Provision of multiple rather than two or fewer micronutrients more effectively improves growth and other outcomes in micronutrient-deficient children and adults. J Nutr 2009;139(5):1022-1030.
Advertisements

2 thoughts on “Asid Folik: Kegunaan, Kesan Sampingan dan Dos”

  1. Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya, boleh atau tidak ibu mengandung mengambil asid folik dengan jumlah yang tinggi? Ini kerana saya telah mengambil asid folik sebanyak 800mcg kemudian vitamin tambah selera makan yang saya ambil juga mengandungi asid folik sebanyak 500mcg. Maka jumlah asid folik yang saya ambil dalam masa satu hari melebihi 1000mcg. Adakah ianya membahayakan kandungan saya yang baru berusia 4 bulan? Terima kasih

    1. Pengambilan sebanyak 400mcg asid folik dalam sehari sebenarnya sudah mencukupi. Hanya jika seseorang itu pernah mempunyai sejarah anak yang mengalami neural tube defect(NTF)iaitu masalah tulang belakang tidak terbentuk sempurna sahaja yang perlu mengambil folik asid dalam jumlah yang tinggi.

      Mengikut satu kajian, dinasihatkan jangan melebihi 1000mcg dalam sehari kerana ia boleh menyebabkan masalah kekurangan vitamin B12 yang lebih susah untuk dikesan. Jika Vitamin B12 kurang, ia akan menyebabkan kerosakan saraf.

      Secara kesimpulannya jumlah pengambilan folik asid perlulah diantara 400mcg-1000mcg. Hanya doktor sahaja boleh nasihatkan untuk mengambil folik asid dengan jumlah yang lebih dari itu. Adapun untuk kehamilan di awal usia doktor selalu memberikan folic acid sebanyak 5mg/day tetapi dengan tujuan untuk mengelakkan NTD. Beberapa minggu selepas itu, doktor akan memberikan obimin kepada pesakit yang mengandungi lebih kurang 1000mcg asid folik sehari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × one =