Melihat darah yang keluar ketika anda batuk, memang akan membuatkan kita merasa risau dan takut. Tidak kisahlah samada ia sedikit ataupun banyak. Batuk berdarah selalunya ia memang akan merujuk kepada satu satu penyakit.
Darah tersebut boleh berasal daripada hidung, tekak dan juga paru-paru. Istilah perubatan untuk simptom ini adalah ‘hemoptysis‘
Punca Batuk Berdarah
Simptom ini boleh disebabkan beberapa masalah bermula daripada iritasi dibahagian tekak hinggalah kepada kanser paru-paru.
Walaupun batuk berdarah adalah salah satu simptom dan tanda yang tidak boleh diabaikan, tetapi kebanyakkan darpada sebab kepada masalah tersebut adalah sesuatu yang tidak serius seperti selesema dan batuk biasa. Tetapi disebabkan batuk tersebut terlalu kuat, ia boleh menyebabkan iritasi dan pendarahan pada bahagian tekak
Beberapa punca yang menyebabkan batuk berdarah adalah:
- Penyakit Tibi (Tuberkulosis)
- Kanser paru paru
- Cystic fibrosis
- Trauma pada bahagian dada
- Prosedur perubatan seperti buang tonsil, bronchoscopy, laryngoscopy dan banyak lagi
- Batuk yang terlalu kuat hingga melukakan tekak
Bila perlu berjumpa dengan doktor?
Anda perlulah berjumpa doktor dengan secepat mungkin jika anda mempunyai simptom-simptom ini. Ia adalah:
- Anda batuk berdarah setelah berlaku trauma di bahagian dada
- Batuk berdarah dengan mengeluarkan darah yang banyak
- Berlaku juga pendarahan pada air kencing dan air besar
- Mempunyai simptom kekurangan darah merah seperti pening kepala, sesak nafas, pucat, pengsan dan sebagainya
Penyiasatan
Jika tiada terdapat punca pendarahan yang berlaku dibahagian mulut, pesakit akan menjalani beberapa ujian iaitu:
1. Pengambilan kahak
Ujian kahak yang dilakukan selalunya adalah untuk melihat kuman yang menyebabkan penyakit Tibi (batuk kering). Ini kerana salah satu punca yang menyebabkan masalah ini adalah disebabkan penyakit tibi
2. X-ray dada
X-ray dada adalah salah satu prosedur yang dilakukan untuk melihat keadaan dalam paru-paru. Ia boleh menunjukkan samada pesakit mempunyai jangkitan paru-paru, Penyakit Tibi dan juga kanser
3. Biopsi
Biopsi adalah salah satu prosedur dimana tisu dibahagian paru-paru diambil untuk melihat samada pesakit mempunyai kanser ataupun tidak.
Rawatan batuk berdarah
Rawatan masalah ini bergantung kepada punca yang menyebabkannya. Sebagai contoh:
- Penyakit Tibi: Penyakit ini adalah disebabkan jangkitan kuman Mycobacterium tuberculosis. Rawatannya adalah pemberian antibiotik khas untuk membunuh kuman tersebut
- Kanser paru-paru: Perlu dirawat dengan pembedahan dan kemoterapi mengikut keperluan
- Ubat Batuk: Berfungsi untuk mengurangkan batuk dan kecederaan pada bahagian tekak
Rawatan-rawatan lain adalah lebih spesifik dan bergantung kepada punca dan cara rawatan setiap perkara tersebut
Rujukan:
- Hemoptysis: Evaluation and management. (2015). – American Family Physician
- Ittrich H, et al. (2017). The diagnosis and treatment of hemoptysis. Mayo
- Clinic Staff. (2015). Coughing up blood. – Mayoclinic
- Sumber featured image daripada buoyhealth.com