Skip to content

10 Khasiat Buah Longan Kepada Kesihatan

Apakah khasiat buah longan kepada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan kandungan nutrisi, komponen sihat dan khasiat buah longan kepada kesihatan.

Pengenalan

Longan atau nama saintifiknya dikenali sebagai Dimocarpus longan. Ia kelihatan seperti buah beri atau anggur dan rasanya sedikit berair dan manis. Longan banyak diusahakan secara komersial oleh negara- negara seperti Thailand, Vietnam, India, China dan Australia.

Longan turut diusahakan secara komersial di negara kita, Malaysia. Selain sebagai minuman buah yang segar, populariti buah longan dalam perubatan juga diakui. Perubatan tradisonal cina menggunakan isi buah longan untuk meningkatkan imunisasi badan, menggalakkan metabolisma darah dan melegakan insomnia.

Kandungan Nutrisi



Buah longan rendah dengan kalori juga sedikit kandungan karbohidrat. Walaubagaimanapun, longan boleh menjadi sumber kalium dan vitamin C yang sangat baik, magnesium, fosforus, dan mangan.

Buah ini juga mempunyai polifenol antioksidan tertentu yang boleh meningkatkan kesihatan keseluruhan badan. Rajah dibawah menunjukkan kandungan nutrisi untuk 100g buah longan.

Makronutrien

Tenaga60 kcal
Karbohidrat15.14 g
Protin1.31 g
Lemak0.1

Mikronutrien

Serat1.1 g
Kalsium1 g
Zat Besi0.1 g
Magnesium10 mg
Kalium 266 mg
Fosforus 21 mg
Mangan 0.05 mg
Vitamin C84 mg

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Kandungan Berkhasiat dalam Buah Longan

Bung, biji, pulpa, dan keseluruhan buah longan mengandungi sebatian bioaktif, yang kebanyakannya masih dalam kajian. Buah longan, pulpa, dan ekstraknya mengandungi sumber antioksidan, seperti asid ellagic, quercetin, kaempferol, polisakarida dan vitamin C yang boleh meningkatkan imuniti.



Adenosin terlibat dalam tidur dan relaksasi. Adenosin juga dihasilkan secara semula jadi dalam badan dan disyaki meningkatkan tidur nyenyak dan mempunyai mekanisma yang bertentangan dengan kafein. Asid klorogenik juga menyokong penurunan berat badan dan melindungi jantung. Disamping itu, sebatian Corilagin masih dikaji untuk kesannya terhadap penurunan tekanan darah.

10 Khasiat Buah Longan untuk Kesihatan

1. Menguatkan Sistem Imun

Buah longan adalah sumber vitamin C iaitu antioksidan yang baik dan mempamerkan sifat anti-mikrobial yang kuat. Buah ini memainkan peranan utama dalam menguatkan imuniti badan dan mencegah penyakit. Vitamin C mempunyai keupayaan yang kuat untuk membantu melindungi tubuh daripada kesan berbahaya radikal bebas [1].

Terdapat kajian yang menyokong bahawa memakan buah longan boleh membantu dalam mekanisma pertahanan sistem imun dengan menghasilkan sel darah putih yang mencukupi. Tambahan pula, teh dan herba yang dibuat dengan buah longan berkesan mencegah masalah pernafasan, sakit tekak, selsema dan demam [2].

2. Berpotensi Mencegah Kanser

Buah longan mempunyai kadar polifenol yang tinggi. Sebatian polifenol seperti asid gallic berfungsi untuk menghapuskan radikal bebas yang menjadi punca berlakunya kanser. Mana- mana bahagian seperti buah, bunga, dan biji buah longan mempunyai sumber antioksidan yang sama kuat.

Perubatan tradisional Cina telah menggunakan ekstrak biji longan yang mengganggu sintesis DNA dan memberi tekanan dalam pembentukan tumor, seterusnya memusnahkannya.

Oleh itu, pengambilan buah-buahan longan atau serbuk ekstrak biji secara sistematik boleh menghalang sel-sel kanser payudara, kolorektal, hati, paru-paru dan serviks [3].



Secara umumnya, banyak bahan mempunyai kesan anti-kanser dalam sel, namun ini tidak bermakna mereka mempunyai nilai perubatan. Para saintis percaya bahawa sebatian fenolik, flavonoid, dan polisakarida yang terdapat dalam bunga, buah, atau biji mungkin mempunyai beberapa nilai, tetapi ini masih tidak pasti dan memerlukan lebih banyak kajian.

3. Merawat Insomnia

Dalam perubatan tradisional Cina, buah longan telah digunakan untuk merawat insomnia. Kajian pada tahun 2014 yang diterbitkan dalam Current Neuropharmacology, menunjukkan bahawa buah longan boleh meningkatkan kadar tidur dan tempoh tidur [4].

4. Bagus untuk Kesihatan Kulit

Buah longan mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi, dan berkesan menghalang tanda-tanda penuaan. Ia memperbaiki pigmentasi, jeragat, garis halus dan kedutan. Selain itu, buah ini juga membantu dalam pembentukan kolagen. Hasilnya, ia memudahkan pembentukan sel kulit baru. Oleh itu, ia mengekalkan kulit yang sihat.

Satu kajian menyokong dakwaan bahawa vitamin C dalam buah longan mengurangkan kerosakan kulit akibat tekanan oksidatif. Jelaslah, buah longan baik untuk kesihatan kulit. 

5. Merawat Anemia

Perubatan herba asli bersama- sama ekstrak longan digunakan dalam perubatan tradisional Cina untuk menyembuhkan anemia yang sukar dikawal serta gangguan berkaitan darah yang lain. WHO juga mengesyorkan pengambilan zat besi yang mencukupi sesuai dengan keperluan mereka. Pengambilan makanan kaya zat besi, seperti buah longan boleh meningkatkan tahap zat besi dalam badan, sekali gus mengelakkan risiko anemia.



6. Sistem pencernaan lebih sihat

Buah longan samada segar dan kering mempunyai serat yang membantu pergerakan usus yang betul. Ia juga membantu dalam meningkatkan bakteria usus, dengan itu memastikan sistem pencernaan lebih sihat. Pengambilan serat juga menghalang masalah penghadaman lain, seperti sembelit, cirit-birit, sakit perut dan kembung perut.

7. Membantu meningkatka Fungsi Memori

Buah longan boleh membantu menyokong fungsi kognitif dan ingatan. Kajian haiwan menunjukkan bahawa buah longan boleh meningkatkan pembelajaran dan ingatan dengan meningkatkan kadar kelangsungan neuron yang belum matang [5].

8. Mengurangkan Kemurungan

Kemurungan yang kebiasaannya dianggap ringan, sebenarnya adalah gangguan kesihatan mental seperti rasa bimbang atau takut yang cukup kuat untuk menghalang aktiviti harian seseorang. Kajian menunjukkan bahawa buah longan boleh membantu merawat kebimbangan [4]. Dalam perubatan tradisional Cina, teh longan dimakan untuk memberi rasa relaks.

9. Membantu menurunkan berat badan

Pengambilan buah longan boleh membantu menurunkan berat badan kerana kandungan kalorinya yang rendah. Kajian pada tahun 2019 yang diterbitkan dalam Journal of Medicinal Plants Studies menunjukkan bahawa buah longan boleh membantu menyekat selera makan, sekaligus menggalakkan penurunan berat badan [6].



10. Mengawal Tekanan Darah

Kandungan kalium dalam longan sangat baik dalam menurunkan tekanan darah. Kalium bertindak sebagai vasodilator, yang bermaksud, ia membantu mengurangkan ketegangan pada dinding saluran darah dan melancarkan darah melalui arteri. Oleh itu, mengurangkan tekanan daripada sistem kardiovaskular dan menurunkan tekanan darah.

Kesimpulannya, buah longan rendah kalori dan dianggap sebagai makanan super kerana kepelbagaiaan khasiat yang dimiliki.

Rujukan

  1. Carr, A. C., & Maggini, S. (2017). Vitamin C and Immune Function. Nutrients, 9(11), 1211.
  2. Hemilä H. (1992). Vitamin C and the common cold. The British journal of nutrition, 67(1), 3–16.
  3. Lin CC, Chung YC, Hsu CP. Potential roles of longan flower and seed extracts for anti-cancer. World J Exp Med. 2012 Aug 20;2(4):78-85.
  4. Shi Y, Dong JW, Zhao JH, Tang LN, Zhang JJ. Herbal Insomnia Medications that Target GABAergic Systems: A Review of the Psychopharmacological Evidence. Curr Neuropharmacol. 2014 May;12(3):289-302.
  5. Park, S. J., Park, D. H., Kim, D. H., Lee, S., Yoon, B. H., Jung, W. Y., Lee, K. T., Cheong, J. H., & Ryu, J. H. (2010). The memory-enhancing effects of Euphoria longan fruit extract in mice. Journal of ethnopharmacology, 128(1), 160–165.
  6. Shahrajabian, M. Hesam & Sun, Wenli & Cheng, Qi. (2019). Modern pharmacological actions of Longan fruits and their usages in traditional herbal remedies. Journal of Medicinal Plants Studies. 7. 179-185.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 − 2 =