Permakanan

10 Khasiat Buah Belimbing Mengikut Kajian

khasiat buah belimbing

Apakah Khasiat Buah Belimbing kepada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan khasiat buah belimbing, kandungan nutrisi dan komponen sihat di dalamnya.

Pengenalan

Siapa tidak kenal akan buah yang berwarna kuning dan berbentuk seperti bintang iaitu buah belimbing atau secara saintifiknya dikenali sebagai, Averrhoa Carambola. Buah belimbing merupakan buah tropikal yang berasal daripada Asia Tenggara dan juga India. Lazimnya, buah ini boleh dimakan secara mentah, dijadikan jeruk atau diproses untuk dijadikan jem [1].


Kandungan Nutrisi

Umum mengetahui bahawa setiap jenis buah-buahan membekalkan pelbagai sumber vitamin dan juga mineral. Namun begitu, buah juga turut menjadi salah satu sumber makanan yang akan membekalkan tenaga kepada individu secara signifkan, ini termasuklah buah belimbing. Rajah di bawah menunjukkan kandungan nutrisi bagi setiap 100g buah belimbing.

NUTRIENS100g BUAH BELIMBING
Karbohidrat5g
Protein0.7g
Lemak0.1g
Kalsium5mg
Zat Besi0.3mg
Kalium99mg
Fosforus12mg
Natrium6mg
Vitamin C25.8
Vitamin B10.07mg
Vitamin B20.07mg
Vitamin B31.1mg

Sumber : Malaysia Food Composition Database

Komponen Berkhasiat di dalam Buah Belimbing

Kaya dengan Phytochemical

Kajian farmakologikal telah menemukan bahawa buah belimbing tinggi dengan kandungan phytochemical seperti saponnins, flavonoids, alkaloid dan juga tannins [2]. Phytochemical adalah merupakan sejenis nutrien bioaktif yang terdapat di dalam buahan-buahan, sayur-sayuran dan juga bijirin.  

Disamping kandungan mineral serta vitamin lain yang memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan, phytochemical ini juga memberikan kebaikan yang sama kepada individu [3]. Kebanyakan kajian memfokuskan fungsi phytochemical sebagai bahan anti-oksidan dalam mengurangkan risiko penyakit kanser dan mengekalkan kesihatan secara keseluruhan [4].

10 Khasiat Buah Belimbing kepada Kesihatan

1. Bertindak sebagai Anti-oksidan

Selain daripada kaya dengan kandungan phytochemical dan vitamin C, buah belimbing juga tinggi dengan kandungan polifenol yang bertindak sebagai anti-oksidan. Fungsi utama anti-oksidan adalah dengan bertindak sebagai scavenger yang menangkap spesis oksigen reaktif (reactive oxygen species, ROS) yang mampu merosakkan DNA [2].

2. Memberi Kesan Anti-Keradangan

Buah belimbing berpotensi dalam memainkan fungsi sebagai bahan anti-radang disebabkan oleh kandungan bahan bioaktif seperti flavonoid dan juga polifenol. Walaubagaimanapun, kajian mendapati bahawa ekstrak daripada daun pokok belimbing yang dicampur dengan sejenis alkohol iaitu ethanol memberikan kesan yang lebih signifikan  [5].

3. Berpotensi dalam Mengekalkan Kesihatan Jantung/Kardiovaskular

Sebuah penemuan baru mendapati bahawa buah belimbing mengandungi flavonoid jenis flavone c-glycoside (carambola flavone) yang bertindak dalam mengekalkan kesihatan jantung. Walaubagaimanapun, kajian yang lebih mendalam terhadap carambola flavone masih perlu dijalankan lagi. Namun begitu, flavonoid sememangnya memainkan fungsi yang penting dalam mengurangkan risiko penyakit jantung. Ini termasuk mengurangkan risiko atherosclerosis dengan bertindak merencatkan proses oksidasi kolesterol (low density lipoprotein  cholesterol) [6].

Artikel Berkaitan: Tanda Serangan Sakit Jantung dan Rawatan

4. Kesan Hypoglycemic

Ekstrak daripada daun pokok belimbing mengandungi flavonoid, apigenin-6-c-fucopyranoside yang memberi kesan yang sama (mimic) seperti insulin yang dihasilkan oleh manusia. Kajian mendapati bahawa ianya berfungsi dalam mempengaruhi pengambilan gula (glukosa) di dalam darah, sintesis glikogen dan juga pemecahan glikogen [7].

5. Bertindak sebagai Analgesic

Kesan anti-oksidan yang didapati daripada buah belimbing mampu merencatkan penghasilan agen keradangan (pro-inflammatory agents) seperti cytokines dan juga prostaglandins [8].

6. Menurunkan Paras Kolesterol

Serat tidak larut air berfungsi dalam penyingkiran kolesterol (LDL-cholesterol) dan juga jus hempedu melalui proses perkumuhan. Kajian mendapati bahawa, pengambilan jus buah belimbing dalam kalangan individu warga emas telah membantu dalam menurunkan paras kolesterol [9].

Artikel Berkaitan: Punca kolesterol Tinggi dan Rawatan

7. Kaya dengan Vitamin C

Pengambilan buah belimbing dalam diet seharian mampu mencapai 36% daripada saranan jumlah pengambilan vitamin C untuk individu dewasa. Selain daripada berfungsi sebagai anti-oksidan, vitamin C juga memainkan peranan penting dalam pembentukkan kolagen serta membantu dalam penyerapan zat besi [10].

8. Mengurangkan Risiko Pembentukkan Tumor dan Kanser

Sebuah kajian mendapati bahawa buah belimbing mempunyai fungsi prophylactic terhadap pembentukkan sel kanser hati. Dalam kajian yang sama juga menemukan bahawa ekstrak buah belimbing berpotensi dalam mengurangkan aktiviti lipid peroxidation, meningkatkan aktiviti anti-oksidan yang mampu menghalang proses karsinogenesis pada hati [11].

Artikel Berkaitan: Tanda Kanser Hati dan Rawatan

9. Mengurangkan Risiko Ulser Usus

Salah satu punca yang menyebabkan berlakunya ulser pada usus adalah kerana proses tekanan oksidatif daripada radikal bebas di dalam tubuh. Kandungan flavonoid yang tinggi di dalam buah belimbing mampu mengurangkan proses tekanan oksidatif (lipid peroxidation) dengan memainkan fungsi sebagai anti-oksidan [12].

10. Anti-Mikrob

Kajian mendapati bahawa ekstrak panisaldehyde dan β-sitosterol daripada batang pokok belimbing mampu merencatkan pertumbuhan bakteria bawaan makanan dan juga air seperti Escherichia Coli dan Shigella Dysenteriae [13].

Kesimpulan

Walaupun buah belimbing dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada individu, namun harus diingatkan agar pengambilan buah-buahan perlu berdasarkan kepada saranan yang sepatutnya. Bagi pesakit kronik terutama sekali pesakit buah pinggang, jantung dan diabetes, anda dinasihatkan untuk mendapatkan konsultasi daripada pegawai perubatan terlebih dahulu.

Diharapkan artikel khasiat buah belimbing ini dapat memberikan maklumat kepada para pembaca mengenai khasiat dan kebaikan buah belimbing ini.

Khasiat Makanan Yang Lain

MaduJambu BatuKangkung
Bawang MerahNanasTomato
Minyak ZaitunBayam BrazilKurma
Daun KariAnggurEpal
KunyitKunyit Hitam
Ulam RajaBayam

Rujukan :

  1. M. J. Datiles, “Averrhoa Carambola.” CABI : Invasive Species Compendium, 2015, [Online].
  2. N. Muthu, S. Y. Lee, K. K. Phua, and S. J. Bhore, “Nutritional, Medicinal and Toxicological Attributes of Star-Fruits (Averrhoa carambola L.): A Review,” Bioinformation, vol. 12, no. 12, pp. 420–424, 2016
  3. S. N. Jimenez-Garcia et al., “Chapter 13 – Phytochemical and Pharmacological Properties of Secondary Metabolites in Berries,” in Handbook of Food Bioengineering, A. M. Holban and A. M. B. T.-T. F. Grumezescu, Eds. Academic Press, 2018, pp. 397–427.
  4. K.-J. Yeum and R. M. Russell, “Biological Functions of Plant Pigment Phytochemicals in Humans,” in Systems Biology of Free Radicals and Antioxidants, I. Laher, Ed. Berlin, Heidelberg: Springer Berlin Heidelberg, 2014, pp. 4023–4045.
  5. M. F. Otuki et al., “Analysis of the potential topical anti-inflammatory activity of Averrhoa carambola L. in mice,” Evidence-based Complement. Altern. Med., vol. 2011, no. May 2014, 2011
  6. L. Ciumărnean et al., “The effects of flavonoids in cardiovascular diseases,” Molecules, vol. 25, no. 18, pp. 1–18, 2020
  7. L. H. Cazarolli et al., “Anti-hyperglycemic action of apigenin-6-C-β-fucopyranoside from Averrhoa carambola,” Fitoterapia, vol. 83, no. 7, pp. 1176–1183, 2012
  8. S. Phukan and A. Ahmed, “Evaluation of the antimicrobial, analgesic and antioxidant activity of ethanolic extract of the leaves of Averrhoa Carambola,” Int. J. Pharm. Sci. Res., vol. 7, no. 4, pp. 1716–1723, 2016
  9. J. Leelarungrayub, A. Yankai, D. Pinkaew, R. Puntumetakul, J. J. Laskin, and R. J. Bloomer, “A preliminary study on the effects of star fruit consumption on antioxidant and lipid status in elderly Thai individuals,” Clin. Interv. Aging, vol. 11, pp. 1183–1192, 2016.
  10. Z. Arsad, N. Baine, and M. Johor, Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. 2010.
  11. R. Singh, J. Sharma, and P. K. Goyal, “Prophylactic role of Averrhoa carambola (Star Fruit) extract against chemically induced hepatocellular carcinoma in Swiss albino mice,” Adv. Pharmacol. Sci., vol. 2014, 2014, doi: 10.1155/2014/158936.
  12. A. R. Vastra, M. Y. Susilo, N. P. Prameswari, and B. Pratama, “THE POTENTIAL OF SWEET STARFRUIT AS A GASTROPROTECTOR OF GASTER DAMAGE DUE TO FREE RADICALS,” Indones. J. Glob. Heal. Res., vol. 2, no. 4, pp. 1–6, 2019
  13. D. Saha, D. J. Guite, and T. Das, “a Complete Review on the Pharmacological Evaluation of Averrhoa Carambolla Plant,” Guite al. World J. Pharm. Res., vol. 7, no. 11, pp. 199–210, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *