10 Khasiat Buah Delima Menurut Kajian

Pemakanan & Fitokimia Tropika

Khasiat Buah Delima (Punica granatum): Punicalagins, Antosianin & Kesihatan

Panduan perubatan komprehensif mengenai khasiat buah delima (Punica granatum), sebatian polifenol Punicalagins 3x ganda teh hijau, prebiotik Urolithins, Antosianin pelindung kardiovaskular, serta pengawalan tekanan darah.

Buah delima atau nama saintifiknya, Punica Granatum adalah merupakan buah yang berasal daripada negara Iran. Buah delima merupakan sejenis buah yang mampu tumbuh dan hidup dalam keadaan cuaca yang gersang mahupun separa gersang. Oleh sebab itu, buah ini juga boleh dijumpai di Utara India, China, Amerika Syarikat dan juga negara di kawasan Mediterranean. Buah delima merupakan buah yang unik di mana isinya adalah berbentuk seperti biji-bijian beri atau lebih dikenali sebagai aril. Aril merupakan bahagian isi yang boleh dimakan, ianya merupakan biji-biji yang dipenuhi air dan mempunyai variasi warna daripada putih sehingga merah gelap.

Ringkasan Pantas

  • Gelaran Superfood: 100g aril delima membekalkan 18.7g karbohidrat, 4g serat, 236mg Kalium, & 10.2mg Vitamin C.
  • Punicalagins & Antosianin: Kuasa antioksidan 3x ganda teh hijau, merencatkan kerosakan DNA sel & tekanan pengoksidaan.
  • 10 Manfaat Perubatan: Prebiotik *Bifidobacterium*, kawalan Kolesterol Tinggi, Sakit Jantung, & Alzheimer.
  • Tekanan Darah & Lemak: Turunkan risiko Darah Tinggi, rawat dislipidemia Obesiti, & lindung kulit sinar UVB.

1. Pengenalan

Buah delima atau nama saintifiknya, Punica Granatum adalah merupakan buah yang berasal daripada negara Iran. Buah delima merupakan sejenis buah yang mampu tumbuh dan hidup dalam keadaan cuaca yang gersang mahupun separa gersang. Oleh sebab itu, buah ini juga boleh dijumpai di Utara India, China, Amerika Syarikat dan juga negara di kawasan Mediterranean. Buah delima merupakan buah yang unik di mana isinya adalah berbentuk seperti biji-bijian beri atau lebih dikenali sebagai aril. Aril merupakan bahagian isi yang boleh dimakan, ianya merupakan biji-biji yang dipenuhi air dan mempunyai variasi warna daripada putih sehingga merah gelap.

2. Kandungan Nutrisi



Buah delima sememangnya kaya dengan pelbagai zat dan nutriens sehingga diberi gelaran “superfood”. Sudah pasti ianya dapat memberikan pelbagai kebaikan tambahan kepada individu yang mengambilnya. Rajah di bawah menunjukkan kandungan makro dan mikro-nutriens yang terdapat di dalam 100g biji delima (sumber: USDA Food Composition Database):

Komponen NutrisiKandungan Kuantiti (per 100g Aril)Peranan Fisiologi & Manfaat
Karbohidrat & Serat18.7 gram & 4.0 gramGlikemik sederhana & kesihatan pergerakan usus.
Kalium (Potassium)236.0 mgOsmotik cecair sel & kestabilan tekanan darah.
Fosforus & Magnesium36.0 mg & 12.0 mgPembentukan matriks tulang & metabolisme tenaga.
Vitamin C & Folat10.2 mg & 38.0 µgAntioksidan imuniti & sintesis DNA sel.
Protein & Lemak1.67 gram & 1.17 gramKomponen peptid semula jadi & asid lemak sihat.
Vitamin B1, B2 & Kalsium0.067mg, 0.053mg, & 10mgKofaktor metabolisme karbohidrat & struktur tulang.

3. Komponen Berkhasiat di dalam Buah Delima

Anthocyanins

Anthocyanins adalah merupakan sejenis flavonoid yang terdapat di dalam buah delima. Ia akan memberikan warna kepada daun, bunga dan juga biji buah delima. Walaubagaimanapun, didapati bahawa kandungan anthocyanins di dalam biji buah delima adalah lebih tinggi berbanding dengan daun serta buahnya.

Kajian mendapati bahawa, di dalam setiap biji buah delima (aril) terdapat enam jenis anthocyanins seperti monoglycosides cyanidin dan diglucosides cyanidin (pigmen merah), delphinidin (pigmen ungu) serta pelargonidin (pigmen oren). Kesemua anthocyanins ini ditemui pada semua spesis buah delima daripada pelbagai kawasan ia tumbuh dan hidup, tetapi kandungan keenam-enam jenis anthocyanins ini adalah berbeza mengikut spesis.

Umumnya, anthocyanins banyak memainkan peranan sebagai anti-oksidan dengan bertindak memberi perlindungan daripada penyakit kardiovaskular yang berpunca daripada tekanan oksidatif (oxidative stress). Fungsi anti-oksidan ini juga turut menjadikan anthocyanins sebagai bio-aktif yang mengurangkan pertumbuhan sel kanser dan tumor.

Sebatian BioaktifKumpulan KimiaFungsi BioPerubatan Utama
PunicalaginsEllagitannins UnikAntioksidan 3x ganda teh hijau & agen chelation DNA.
Antosianin (Anthocyanins)Flavonoid PigmenPigmen cyanidin, delphinidin, & pelindung vaskular LDL/HDL.
Ellagitannins & Asid EllagicPolifenol BioaktifTerbawa jadi urolithins prebiotik Bifidobacterium.
Pelargonidin & CyanidinPigmen Merah/OrenPerlindungan daripada sinar UV matahari (UVB).

4. 10 Khasiat Buah Delima Menurut Kajian



Berikut adalah 10 khasiat buah delima kepada kesihatan mengikut kajian saintifik:

1. Bertindak sebagai Prebiotik

Ellagitannins adalah merupakan sejenis polifenol bio-aktif yang terdapat di dalam buah berry seperti raspberry hitam, raspberry dan juga strawberi. Buah delima juga turut kaya dengan kandungan ellagitannins, bahkan ianya merupakan polifenol yang paling banyak terdapat di dalam biji delima [3]. Ellagitannins akan mengalami proses pemecahan kompoun (hidrolisis) dan menghasilkan asid ellagic.

Seterusnya, asid ellagic ini akan melalui proses metabolisma yang dilakukan oleh mikrobiota di usus. Hasil daripada proses ini, ia akan menghasilkan urolithins [4]. Kajian mendapati bahawa kedua-dua ekstrak dan jus buah delima mampu meningkatkan jumlah probiotik, Bifidobacterium di dalam usus [5].

2. Berpotensi dalam Rawatan Kanser (Chemoprevention)

Aril mengandungi bahan bio-aktif anti-oksidan yang sangat tinggi seperti polifenol dan flavonoid. Umum mengetahui bahawa anti-oksidan adalah scavenger terhadap radikal bebas dihasilkan oleh badan yang menyebabkan kanser. Walaubagaimanapun, kompoun polifenol juga turut memainkan peranan dalam merangsang proses kemusnahan/kematian (apoptosis) sel kanser [6].

Kajian mendapati bahawa ekstrak buah delima berpotensi untuk melawan penyakit kanser prostat, payudara, kulit dan juga paru-paru berdasarkan kepada mekanisma seperti yang telah disebutkan di atas [7].

3. Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular

Fungsi tersirat yang belum diketahui umum mengenai anti-oksidan adalah ianya menyokong tahap kesihatan sistem kardiovaskular. Kajian menemukan bahawa anthocyanins mempunyai ciri-ciri yang dapat menurunkan risiko penyakit kardiovaskular. Antaranya ialah melalui fungsi anti-oksidan, merencatkan aktiviti penghasilan radikal bebas serta agen vasodilators.

Kajian yang sama juga mendapati bahawa, pengambilan buah-buahan yang tinggi kandungan anthocyanins mampu menurunkan paras lemak (trigliserida), kolesterol ‘jahat’ (LDL) dan meningkatkan kolesterol ‘baik’ (HDL) [8].

Artikel Berkaitan: Kolesterol tinggi. Apakah punca-puncanya? | Tanda anda mengalami sakit jantung

4. Berpotensi untuk Melawan Penyakit Kanser (Punicalagins)

Tidak dapat dinafikan buah-buahan sememangnya kaya dengan pelbagai jenis kandungan polifenol. Sebanyak 50% daripada polifenol di dalam buah delima adalah terdiri daripada punicalagins. Sebuah kajian mendapati bahawa aktiviti anti-oksidan di dalam buah delima adalah tiga kali ganda berbanding dengan wine merah (daripada anggur) dan juga teh hijau.

Selain daripada aktiviti scavenging, punicalagins juga memainkan peranan di dalam aktiviti chelation. Di dalam kajian yang sama juga turut menemukan bahawa punicalagins memainkan peranan yang sangat signifikan dengan merencatkan kerosakan DNA akibat daripada tekanan oksidatif [9].

5. Memberi Kesan Anti Keradangan & Tahan Sakit (Antinoniception)

Ellagitannins dan juga anthocyanins adalah merupakan kompaun polifenol yang ditemui di dalam buah delima yang memainkan peranan terhadap keradangan serta rasa sakit (noniception) [10]. Di dalam kajian yang lain pula mendapati bahawa kandungan kompaun polifenol di dalam ekstrak buah delima dapat menurunkan paras interleukin di dalam sel usus [11]. Sungguhpun pelbagai kajian yang menemukan keberkesanan buah delima sebagai anti-oksidan, namun mekanisma anti-oksidan yang terdapat di dalamnya masih lagi belum diketahui.

6. Menyokong dan Melindungi Sistem Saraf (Neuroprotective)

Buah delima yang kaya dengan kompaun polifenolik berpotensi untuk melindungi individu daripada penyakit Alzheimer’s dan juga hypoxic-ischemic brain injury. Kajian mendapati bahawa kompaun ellagitannins akan memainkan peranan neuroprotective dengan merencatkan tekanan oksidatif, mengurangkan penghasilan cytokines (agen keradangan) dan juga protein apoptotic [12].

Artikel Berkaitan: Apa yang anda perlu tahu tentang alzheimers

7. Berpotensi Mengawal Tekanan Darah (Anti-Hypertensive)

Kajian telah mencadangkan buah delima agar dijadikan sebagai salah satu makanan yang baik untuk jantung yang sihat. Ini adalah kerana kesannya terhadap regulasi tekanan darah. Dalam kajian yang sama mendapati bahawa pengambilan jus buah delima segar secara konsisten dapat membantu menurunkan tekanan darah systolic dan diastolic [13].

Dalam kajian yang lain pula menemukan bahawa anthocyanins yang diperolehi melalui diet berkait dengan penurunan risiko penyakit darah tinggi sebanyak 8% [14]. Walaubagaimanapun, kajian yang lebih mendalam masih lagi perlu dijalankan terhadap keberkesanan jus buah delima dalam mengawal tekanan darah.

Artikel Berkaitan: Apa yang anda perlu tahu berkenaan tekanan darah tinggi

8. Bertindak sebagai Anti Bakteria

Salah satu khasiat buah delima adalah ia boleh bertindak sebagai anti-bakteria. Kompaun polifenol ellagitannins dan juga anthocyanins mendapat perhatian dalam pelbagai kajian termasuk sebagai anti bakteria. Kajian mendapati bahawa jus dan juga ekstrak buah delima memainkan peranan yang signifikan dalam merencatkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan karies gigi (Streptococcus Mutans & Rothia Dentocariosa) [15]. Dalam sebuah kajian lain pula turut mendapati bahawa buah delima mampu melawan jangkitan bakteria daripada makanan dan juga air seperti Salmonella Typhi, Vibrio cholerae, Yersinia enterocolitica, Shigella spp dan Listeria monocytogenes [16].

9. Berpotensi Menurunkan Paras Lemak

Secara keseluruhannya, tumbuhan buah delima mengandungi kadar kompaun polifenolik yang berbeza sama ada pada buah, daun dan juga bunganya. Ekstrak daripada daun dan juga bunga buah delima ditemui memainkan peranan dalam mengurangkan faktor risiko terhadap penyakit dyslipidemia dan juga kardiovaskular. Sebuah kajian menemui bahawa ekstrak buah delima berjaya menurunkan paras lemak di dalam haiwan yang dibekalkan dengan diet tinggi lemak dan kolesterol. Oleh yang demikian, buah delima telah dicadangkan sebagai bahan terbaik bagi kajian yang lebih mendalam terhadap masalah dyslipidemia [17].

Artikel Berkaitan: Berkenaan Obesiti. Apa yang anda perlu tahu?

10. Berfungsi dalam Penjagaan Kulit

Ellagitannins dan juga anthocyanins adalah bahan polifenolik yang utama terdapat di dalam buah delima serta memainkan peranan dalam melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari (UVB). Dalam fungsi ini, kedua-dua bahan ini memainkan tugas sebagai scavenger dan juga anti-oksidan. Sebuah kajian mendapati bahawa produk kecantikan yang berasaskan delima berpotensi untuk melindungi kulit daripada kesan buruk akibat daripada sinaran UVB matahari [18].

5. Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan di dalam sebiji buah delima begitu memberikan impak yang baik kepada kesihatan. Namun, kesan-kesan kebaikan seperti yang disebutkan di atas adalah berdasarkan kepada jumlah pengambilan yang tertentu. Setiap kandungan nutriens di dalam makanan akan bertindak balas dengan enzim-enzim yang terdapat di dalam tubuh manusia dan akan mempengaruhi kesannya terhadap kesihatan. Oleh itu, pengambilan makanan secara sederhana dan berdasarkan kepada keperluan adalah lebih baik.

Oleh itu, jika anda mengalami penyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi, anda perlulah meneruskan ubat yang diambil dan mendapatkan nasihat doktor perubatan.

Diharapkan artikel khasiat buah delima ini dapat memberikan anda sedikit sebanyak pengetahuan berkenaan khasiat buah delima ini dan kandungan di dalamnya.

6. Soalan Lazim (FAQ)

Q Mengapakah buah delima dianggap sebagai “Superfood” dalam dunia perubatan?

Delima kaya dengan sebatian polifenol unik seperti Punicalagins dan Ellagitannins yang mempunyai keupayaan antioksidan 3 kali ganda lebih tinggi berbanding teh hijau dan wine merah, berupaya menumpaskan radikal bebas kerosakan DNA sel.

Q Bagaimanakah sebatian Ellagitannins di dalam delima bertindak sebagai Prebiotik di usus?

Ellagitannins mengalami hidrolisis menjadi asid ellagic di perut, dan seterusnya ditukarkan oleh bakteria baik usus menjadi sebatian Urolithins. Proses ini merangsang pertumbuhan populasi probiotik Bifidobacterium di dalam usus besar.

Q Bagaimanakah sebatian Antosianin (Anthocyanins) di dalam delima melindungi saluran darah kardiovaskular?

Antosianin mengurangkan penimbunan lemak trigliserida dan kolesterol jahat (LDL) serta meningkatkan kolesterol baik (HDL). Antosianin juga bertindak sebagai agen vasodilator yang melebarkan salur darah dan merendahkan risiko tekanan darah tinggi.

Q Adakah jus buah delima berkesan merencatkan jangkitan bakteria mulut dan makanan?

Ya, polifenol di dalam jus delima merencatkan pertumbuhan bakteria karies gigi (Streptococcus mutans) serta membunuh kuman patogen bawaan makanan dan air seperti Salmonella typhi dan Vibrio cholerae.

Q Bagaimanakah ekstrak buah delima menyokong kesihatan otak dan mencegah penyakit Alzheimer?

Sebatian polifenol dan Ellagitannins di dalam delima melintasi sawar darah otak untuk mengurangkan pelepasan sitokin keradangan, merencatkan tekanan oksidatif, dan menghalang pembentukan protein apoptosis yang merosakkan sel saraf memori.

Rujukan

  1. Rahimi HR, et al. (2012). A comprehensive review of Punica granatum properties. Iran J Pharm Res. 11(2):385-400.
  2. Bar-Ya’akov I, et al. (2019). Anthocyanins, and hydrolyzable tannins in the pomegranate fruit. Front Plant Sci. 10.
  3. Sharma P, et al. (2017). Pomegranate for prevention and treatment of cancer: An update. Molecules. 22(1):1-18.
  4. Sahebkar A, et al. (2017). Effects of pomegranate juice on blood pressure. Pharmacol Res. 115:149-161.
  5. Ferrazzano GF, et al. (2017). In Vitro Antibacterial Activity of Pomegranate Juice. Evid Based Complement Alternat Med.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + twelve =

Scroll to Top