Skip to content

10 Khasiat Buah Tin Yang Anda Perlu Tahu

Apakah khasiat buah tin pada kesihatan badan? Artikel ini akan membincangkan khasiat buah tin, kandungan nutrisi dan komponen berkhasiat dalamnya

Pengenalan  

Pokok tin atau nama saintifiknya Ficus Carica adalah sepsis tumbuhan berbunga Asia dalam keluarga Mulberi (Moraceae). Ia mengeluarkan buah yang boleh dimakan dikenali sebagai buah tin. Buah yang berasal dari Timur Tengah dan Asia Barat ini kini telah ditanam di seluruh dunia.

Di Malaysia, buah tin sering ditemukan dalam bentuk buah kering namun dek kerana popularitinya, ia telah ditanam secara komersil dan boleh didapati secara segar. Buah tin mempunyai kulit yang nipis berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi ungu atau keperangan setelah matang. Isinya lembut dan kebiasaannya berwarna merah.



Buah tin turut dikenali dalam pelbagai kepercayaan dan agama. Ia merupakan pohon pertama yang disebut di dalam kitab Bible. Dalam agama Buddha pula, ia adalah pokok dimana mereka mencapai tahap ‘pencerahan’. Buah tin juga merupakan antara buah yang yang disebut dalam Al-Quran, iaitu di dalam Surah At-Tin. Selain itu, terdapat juga kepercayaan seperti mencalit getah pokok tin untuk kehamilan yang diamalkan oleh wanita Kikuyu di Afrika dan larangan menebang pokok ini atau berjalan di bawahnya di Bolivia untuk mengelakkan penyakit.

Kandungan Nutrisi

Berikut merupakan kandungan nutrisi dalam sebiji buah tin. Ia kaya dengan pelbagai makronutrien dan mikronutrien penting yang diperlukan oleh tubuh badan.

Nutrien1 biji (50 g)%DV
Air (g)39.6 
Tenaga (kcal)37.02%
Protein (g)0.41%
Lemak (g)
– Asid lemak tidak tidak tepu (g)
–  Asid lemak omega-6 (mg)
0.1
0.1
72.0
0%

Karbohidrat (g)
– Serat (g)
– Jumlah gula (g)
9.6
1.4
8.1

3%
6%
Kalsium(mg)17.52%
Zat besi (mg)0.21%
Magnesium (mg)8.52%
Fosforus (mg)7.01%
Kalium (mg)116.03%
Natrium (mg)0.50%
Zinc (mg)0.11%
Manganese (mg)0.13%
Vitamin A (IU)71.01%
Vitamin C (mg)1.02%
Vitamin E (mg)0.10%
Vitamin K (mcg)2.33%
Thiamin (mg)0.032%
Riboflavin (mg)0.0252%
Niacin (mg)0.21%
Vitamin B6 (mg)0.13%
Folat (mcg)3.01%
Asid pentatonik (mg)0.11%
Choline (mg)2.3 
Phytosterol (mg)15.5 

DV ialah daily value (nilai harian) yang bermaksud jumlah nutrien dalam satu hidangan yang menyumbang kepada tenaga keperluan harian untuk 2000 kcal. Berdasarkan jadual di atas, sebiji buah tin mengandungi 37 kcal yang bersamaan 2% daripada 2000 kcal keperluan harian. 34.5 kcal adalah daripada sumber karbohidrat, manakala protein dan lemak kedua-duanya menyumbang kepada 1.3 kcal. Buah tin merupakan sumber serat, vitamin dan mineral yang sangat baik yang dapat memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Komponen Berkhasiat dalam Buah Tin

Buah tin mengandungi sebatian-sebatian bioktif, iaitu bahan semula jadi tumbuhan yang berfungsi sebagai antioksida, antimikrob, anti-radang, antitumor, dan pelbagai fungsinya yang lain. Kajian fitokimia pada buah tin menunjukkan bahan-bahan seperti sebatian fenolik, polifenol, phytosterols, asid organik, dan sebatian organik seperti hidrokarbon dan aliphatic alcohols daripada bahagian buah tin yang berbeza-beza. Ekstrak daripada isi buah, daun, kulit kayu dan buah tin kering mengandungi bahan-bahan seperti berikut:

  • Asid fenolik: caffeic acid, asid ferulik
  • Flavanol: quercetin
  • Antosianin: cyanidin, pelargonidin,
  • Asid organik: oxalic, citric, malic, quinic, shikimic, and fumaric acids
  • Sebatian organik: aldehyde, alcohol, ketone, sesquiterpenes, norisoprenoid
  • Komponen lain seperti psoralen eugenol dan bergapten

10 Khasiat Buah Tin Pada Kesihatan

1. Kebaikan Antioksida



Buah tin kaya dengan sebatian asli tumbuhan yang memberi manfaat kepada kesihatan manusia. Ia bertindak sebagai antioksidan dengan cara yang berbeza termasuklah sebagai agen pengurangan, penyumbang hydrogen, pemulih radikal bebas, pemadam oksigen tunggal dan lain-lain.  Antioksidan ialah bahan yang dapat melindungi sel daripada radika bebas, iaitu atom atau molekul bebas yang tidak stabil yang boleh merosakkan sel dan menyumbang kepada banyak penyakit.  

Enam jenis buah tin dengan warna yang berbeza (hitam, merah, kuning dan hijau) dikaji untuk mengetahui sifat antioksidanya. Menggunakan kaedah ‘ferric reducing antioxidant’, buah tin menunjukkan jumlah polifenol, flavonoid dan antosianin yang tinggi dan keupayaan antioksida yang maksima. Jumlah bahan aktif tersebut adalah berkait rapat dengan warna buah tin dan ditunjukkan antosianin merupakan bahan utama yang menyumbang kepada kira-kira 90% keupayaan aktiviti antioksida dalam buah tin.

Antosianin berupaya menurunkan tekanan darah, meningkatkan ketajaman penglihatan, merencat pertumbuhan sel barah dan pembentukan tumor, mencegah diabetes, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskukar (CVD) dan menggalakkan fungsi kognitif dan motor. Ia juga mempunyai aktiviti anti-radang dan anti-bakteria.

2. Mengurangkan Risiko Kanser

Banyak kajian yang telah dilakukan untuk mengkaji kesan buah tin terhadap sel kanser. Pelbagai bahagian pokok tin termasuk buah tin telah menunjukkan aktiviti antitumor terhadap sel-sel barah seperti usus, payudara, serviks dan hati.

Kajian menunjukkan pengambilan buah tin secara berkala dapat menurunkan risiko kanser usus. Serat dalam buah tin dapat membantu membuang sisa dalam badan dengan cepat, yang berfungsi dengan baik untuk mencegah kanser usus. Selain itu, biji buah tin yang banyak mengandungi kadar mukin yang tinggi berupaya melancarkan rembesan mukosa, membantu proses pembersihan dan pengeluaran lendir dalam perut yang boleh menyebabkan ulser peptik, gastritis dan kanser perut dan usus.

Kajian juga menunjukkan wanita yang mengambil lebih banyak serat dari awal usia mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit kanser payudara. Buah tin dan juga buah tin kering dipercayai mengandungi bahan-bahan yang membantu mencegah kanser payudara termasuk yang kebiasaanya terjadi selepas menopaus.

Dalam satu kajian lain menunjukkan aktiviti antikanser oleh sebatian benzaldehyde dan coumarin. Benzaldehid telah berjaya digunakan untuk merawat sel karsinoma pada manusia dimana ia mengubah sel kanser kepada sel yang normal. Coumarin juga telah digunakan dalam rawatan kanser prostat.



3. Antibakteria dan Antifungal

Kajian menunjukkan ekstrak daripada buah tin dapat mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh patogen. Ujian dijalankan ke atas semua jenis bakteria seperti Pseudomonas dan Staphylococcus membuktikan aktiviti antibakteria mereka yang berpotensi sebagai disinfektan dan penyahtoksik sekaligus melindungi daripada penyakit berbahaya.

Kajian yang menggunakan ekstrak metanol daripada buah tin menunjukkan aktiviti antibakteria yang kuat terhadap bakteria oral. Kesan gabungan ekstrak metanol dengan ubat antibiotik seperti ampicillin dan gentamicin bersinergi terhadap jangkitan bakteria pada bahagian mulut.

Ia bertindak sebagai agen antibakteria semula jadi yang melawan jangkitan tersebut. Selain itu, buah tin juga menunjukkan aktiviti antifungal yang berguna dalam merawat jangkitan kulat dan menyebabkan masalah kulit.

4. Sistem Pencernaan yang Sihat

Buah tin telah lama digunakan sebagai rawatan alternatif untuk masalah pencernaan seperti sembelit. Buah tin yang tinggi kandungan serat dapat membantu meningkatkan kesihatan usus dan sistem pencernaan dengan mengurangkan masalah sembelit dan berfungsi sebagai prebiotik, iaitu sumber makanan untuk bakteria sihat.

Kajian menunjukkan ekstrak buah tin membantu mempercepat pergerakan makanan ketika proses pencernaan, mengurangkan masalah sembelit dan merawat simptom radang usus. Satu kajian dijalankan ke atas 150 orang yang mempunyai masalah keradangan usus dan sembelit.

Mereka yang mengambil kira-kira 4 keping buah tin kering (45 gram) dua kali sehari menunjukkan penurunan gejala yang ketara termasuklah rasa sakit, kembung, dan sukar membuang air berbanding mereka yang tidak memakan buah tin. Selain itu, kajian lain yang dijalankan terhadap 80 individu yang menambah kira-kira 10 oz pes buah tin setiap hari selama 8 minggu dapat merawat masalah sembelit berbanding kumpulan kawalan.



5. Meningkatkan Kesihatan Jantung

Buah tin dapat mengawal tekanan darah dan kadar lemak dalam darah, yang seterusnya dapat membantu meningkatkan kesihatan vaskular dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa ekstrak buah tin berpotensi menurunkan tekanan darah daripada paras yang normal dan juga yang tinggi.

Selain itu, kajian dengan ekstrak daun tin menunjukkan penurunan kadar kolesterol dan trigliserida, dan peningkatan terhadap kolesterol baik (HDL). Trigliserida ialah lemak dalam darah yang boleh menyebabkan salur darah menyempit dan merupakan punca utama penyakit jantung. Selain itu, kandungan antioksidan yang tinggi dalam buah tin juga berupaya menyingkirkan radikal bebas dalam badan yang boleh menyekat saluran arteri dan menyebabkan penyakit jantung seperti penyakit koronari arteri.

6. Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Pengambilan natrium atau garam yang berlebihan dan kalium yang kurang akan mengganggu keseimbangan sodium-potassium di dalam badan dan boleh meningkatkan risiko darah tinggi. Buah tin yang tinggi kandugan kalium membantu mengembalikan keseimbangan ini. Kajian menunjukkan pengambilan buah tin dalam diet harian membantu menurunkan tekanan darah. Serat dalam buah tin mengurangkan risiko tekanan darah tinggi manakala kalium pula membantu mengawal tekanan darah. Selain itu, omega-3 dan omega-6s dalam buah tin juga membantu dalam mengekalkan tekanan darah.

7. Kulit yang Sihat

Buah tin mengandungi pelbagai vitamin dan antioksidan yang berfungsi dalam menjaga kesihatan kulit. Vitamin A dan C berfungsi sebagai antioksidan yang bertanggungjawab dalam mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV matahari dan juga menghasilkan kolagen, mengurangkan garis-garis halus untuk melambatkan proses penuaan dan kesan kulit awet muda.

Buah tin terbukti mempunyai kesan yang baik pada kulit, terutamanya untuk mereka yang mengalami dermatitis sentuh alergi, kulit gatal yang kering akibat alahan. Satu kajian terhadap 45 kanak-kanak dengan dermatitis mendapati bahawa krim ekstrak buah tin yang digunakan dua kali sehari selama 2 minggu lebih berkesan untuk merawat gejala dermatitis daripada krim hidrokortison, rawatan biasa.



Kajian lain menunjukkan gabungan ekstrak buah, termasuk ekstrak buah tin terbukti menunjukkan kesan antioksidan pada sel kulit, mengurangkan pemecahan kolagen, dan memperbaiki kedut pada kulit.

8. Rambut yang Sihat

Buah tin sangat popular dalam industri penjagaan rambut kerana ekstraknya digunakan untuk membuat perapi rambut yang sangat berkesan. Ekstrak buah tin memberikan kelembapan pada kulit kepala dan membantu meluruskan rambut. Buah tin menjadikan lambut lebih ringan, lembap dan segar. Selain itu, buah tin juga berupaya merawat masalah rambut gugur yang biasanya berlaku kerana kekurangan nutrien-nutrien penting untuk rambut. Buah tin mengandungi nutrien yang yang diperlukan seperti magnesium, vitamin C, dan vitamin E yang mendorong pertumbuhan rambut. Nutrien penting yang terdapat dalam buah ini merangsang peredaran darah di kulit kepala untuk mempercepat pertumbuhan rambut.

9. Kesihatan Tulang

Buah tin pelbagai mineral yang penting untuk tulang yang sihat seperti kalsium, kalium, dan magnesium. Pengambilan buah tin membantu dalam meningkatkan kepadatan tulang, menyebabkan tukang menipis dan rapuh seiring bertambahnya usia. Kalsium merupakan mineral penting untuk tulang yang sihat dan kuat. Ia penting untuk mengekalkan jisim tulang yang diperlukan untuk menyokong kerangka. Tulang ialah tempat penyimpanan utama kalsium dalam badan.

Tubuh hanya mendapat kalsium yang diperlukannya melalui makanan atau dari makanan tambahan. Tubuh juga sentiasa menggunakan kalsium dalam fungsi otot, saraf dan jantung. Kekurangan kalsium dalam badan menyebabkan kemerosotan jisim tulang. Seterusnnya, tulang akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi untuk menyokong kerangka badan. Kalium juga penting untuk mencegah kehilangan kalsium dari badan melalui air kencing yang akan menyebabkan tulang menipis.

10. Melegakan Sakit Tekak

Salah satu khasiat buah tin adalah ia mengandungi kandungan mucus tinggi yang boleh membantu menyembuhkan dan melindungi diri daripada sakit tekak. Mucus yang dihasilkan di kerongkong mengandungi sel-sel imun yang melindungi seseorang daripada virus, bakteria, alergen dan juga bahan asing. Buah tin yang segar, sama ada dimakan terus atau diminum sebagai jus memberi kelegaan ketika batuk dan rasa sakit. Ia juga membantu mengurangkan bengkak dan kerengsaan yang dialami ketika menghidap tonsilitis.



Diharapkan artikel khasiat buah tin ini dapat memberikan maklumat sedikit sebanyak kepada para pembaca berkenaan khasiat buah tin dan juga kelebihannya.

Khasiat Buah yang Lain

Buah TembikaiBuah Betik
Buah KulimBuah Belimbing
Buah BidaraBuah Kiwi
Buah MarkisaBuah Jambu Air
Buah CikuBuah Tin
Buah PisangBuah Anggur
Buah EpalBuah Nanas
Buah DelimaBuah Jambu Batu
Buah Zaitun

Rujukan:

  1. Caporuscio, J. (2019, December 4). Can figs be beneficial to our health? Retrieved February 18, 2021, from Medical News Today
  2. Figs, raw. (n.d.). Retrieved February 15, 2021, from Nutrition Data
  3. Gani, G., Fatima, T., Qadri, T., Beenish, Jan, N., & Bashir, O. (2018, March). Phytochemistry and pharmacological activities of fig (Ficus carica): A review. International Journal of Research in Pharmacy and Pharmaceutical Sciences, 3(2), 80-82.
  4. Guha, S. (2015, October 15). Health benefits of anthocyanins. Journal of Food Processing & Technology.
  5. Is the humble fig more than just a fruit? (2013, May 2). Retrieved February 19, 2021, from Science Daily
  6. Mawa, S., Husain, K., & Jantan, I. (2013). Ficus carica L. (Moraceae): Phytochemistry, Traditional Uses and Biological Activities. Evidence-based complementary and alternative medicine, 2013, 1-8.
  7. Meldahl, M. (2021, January 21). 29 Amazing Benefits Of Figs For Skin, Hair And Health. Retrieved February 18, 2021, from Stylecraze
  8. Shoemaker, S. (2020, June 3). All You Need to Know About Figs. Retrieved February 18, 2021, from Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − 2 =