Skip to content

10 Khasiat Buah Betik Menurut Kajian

Apakah khasiat buah betik kepada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan khasiat betik, kandungan nutrisi dan komponen sihat di dalam buah ini.

Pengenalan

Buah betik atau nama saintifiknya, Carica Papaya merupakan buah yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Buah ini berasal daripada negara Mexico Selatan dan juga Amerika, seterusnya para pedagang daripada Sepanyol telah membawa biji benih pokok betik ke Filipina. Bermula dari saat itu, buah betik mula dikenali di sekitar Asia terutama Malaysia dan juga Indonesia. Buah betik merupakan antara tumbuh-tumbuhan yang boleh hidup di Kawasan sub-tropikal dan tropikal [1].

Kandungan Nutrisi

Betik sememangnya kaya dengan pelbagai sumber nutrien yang memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan. Rasa manis yang datang daripada buah betik adalah kerana kandungan karbohidrat ringkas (fruktosa)  sebagai sumber tenaga utama. Jadual di bawah menunjukkan kandungan nutrien yang terdapat di dalam 100g buah betik.

100g Buah BetikKandungan Nutrien
Karbohidrat7.1g
Protein1.5g
Lemak0.1g
Serat0.5g
Kalsium11mg
Zat Besi0.7mg
Fosforus7.0mg
Kalium39.0mg
Vitamin C71.0mg
Vitamin B10.03mg
Vitamin B20.07mg
Vitamin B30.1mg

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Komponen Berkhasiat di dalam Buah Betik



Vitamin C

Buah betik merupakan salah satu buah yang kaya dengan sumber vitamin C. Sepotong buah betik yang bersamaan dengan berat 160g mampu membekalkan sumber vitamin C sebanyak 112.8mg. Bahkan buah betik merupakan buah ketiga yang mengandungi jumlah vitamin C yang tinggi selepas buah jambu batu dan buah longan (mata kucing) [2].

Vitamin C merupakan salah satu komponen penting dalam pembentukkan (sintesis) kolagen di dalam tubuh manusia. Vitamin ini berfungsi sebagai co-factor yang membantu di dalam proses hydroxylation pro-kolagen [3]. Secara umumnya, kolagen amat penting dalam memberikan kekuatan struktur kepada tulang termasuk tulang rawan, ligamen dan tendon. Selain itu, ianya juga berfungsi dalam menambahbaik tahap ketegangan kulit [4].

10 Khasiat Buah Betik kepada Kesihatan

1. Kaya dengan Kesan Anti-Oksidan

Vitamin C sememangnya tidak asing lagi dalam memainkan peranan sebagai anti-oksidan. Vitamin ini akan bertindak sebagai scavenger terhadap radikal bebas yang terdapat di dalam plasma tubuh. Seterusnya, ia akan melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat spesis oksigen reaktif (reactive oxygen species) [3].



2. Menyokong Sistem Pencernaan

Papain adalah merupakan sejenis enzim yang dihasilkan oleh getah (latex) buah betik. Papain merupakan sejenis enzim yang terlibat di dalam aktiviti pencernaan protein (proteolytic) yang terdapat di dalam makanan [5].

Kajian mendapati bahawa aktiviti enzim papain ini aktif pada setiap tahap kematangan buahnya, namun, aktiviti ini sangat tinggi ditemukan pada buah yang lebih masak dan menunjukkan tahap pencernaan protein yang tinggi.

Disamping itu, aktiviti enzim ini juga tidak terjejas terhadap pesekitaran berasid di dalam perut manusia. Ini menguatkan lagi fungsinya di dalam pencernaan protein [6].

3. Bertindak sebagai Anti-Kanser

Lycopene adalah merupakan sejenis karotinoid yang terhasil secara semulajadi dan ianya merupakan sejenis pigmen yang memberi warna kemerahan kepada makanan terutama sekali buah-buahan.

Buah betik adalah merupakan salah satu buah-buahan yang mengandungi kadar lycopene yang tinggi [7]. Lycopene memainkan peranan sebagai anti-kanser dengan bertindak sebagai anti-oksidan yang menghalang kematian/kerosakan sel (apoptosis) [8].

4. Mengekalkan Kesihatan Mata



Buah betik kaya dengan vitamin A dan juga karotinoid yang memainkan fungsi sebagai anti-oksidan. Ia bertindak dalam mengurangkan risiko masalah penglihatan (age-related macular degeneration) dalam kalangan warga emas [9].

5. Meningkatkan Tahap Imunisasi Tubuh

Peranan vitamin C dalam proses penghasilan kolagen membantu menguatkan lagi sistem pertahanan terbesar di tubuh manusia iaitu kulit. Disamping itu, sel darah putih juga merupakan salah satu komponen penting di dalam sistem imunisasi tubuh.

Kajian mendapati bahawa vitamin C akan terkumpul di dalam sel darah putih dan memainkan fungsi dengan bertindak sebagai scavenger terhadap spesis oksigen reaktif (reactive oxygen species) yang akan merosakkan sel darah putih [10].  

6. Bertindak sebagai Painkiller

Buah betik banyak digunakan secara tradisional sebagai salah satu alternatif dalam merawat luka. Sebuah kajian mendapati bahawa ekstrak daripada biji buah betik mampu mengurangkan bengkak (edema) dan juga keradangan. Ini adalah kerana kandungan polifenol, flavonoid dan juga alkaloid yang terdapat di dalam buah betik mampu merencatkan penghasilan prostaglandin [11].

Dalam sebuah kajian lain juga menemukan kombinasi antara enzim papain, bromelain, vitamin C dan juga rutin mampu mengurangkan risiko kesakitan dan keradangan. Walaubagaimanapun, fungsi ini tidaklah setanding dengan ubat penahan sakit [12].

7. Menyokong Tahap Kesihatan Jantung



Salah satu fungsi vitamin C sebagai anti-oksidan adalah dengan menghalang proses oksidasi kolesterol jahat (LDL-Cholesterol) [13]. Proses oksidasi kolesterol ini boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular [14].

8. Komponen Penjagaan Kulit

Disamping vitamin C, buah betik juga mengandungi jumlah lycopene yang sangat tinggi. Lycopene begitu popular dalam penjagaan kulit. Kajian mendapati bahawa pengambilan lycopene samada secara semulajadi melalui makanan ataupun produk penjagaan kulit mampu memberi perlindungan kepada kulit daripada kerosakkan akibat pendedahan kepada cahaya matahari.

Dalam kajian yang sama juga mendapati bahawa lycopene mampu meningkatkan tahap kesihatan kulit dan mengurangkan kadar kedutan [15].

9. Anti-Mikrob

Salah satu khasiat buah betik adalah ia boleh bertindak sebagai anti-mikrob. Buah-buahan sememangnya kaya dengan pelbagai phytochemical yang memainkan peranan dalam mengurangkan risiko jangkitan kuman.

Dalam sebuah kajian menemukan bahawa ekstrak daripada daun buah betik merencatkan aktiviti bakteria seperti S.Aureus, E. Coli dan juga C. Albicans [16].

10. Sumber Serat yang Baik



Saranan pengambilan buah-buahan sebanyak dua hidangan sehari adalah salah satu cara untuk meningkatkan pengambilan serat di dalam diet. Buah-buahan sememangnya kaya dengan serat termasuklah buah betik. Pengambilan serat dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung.

Selain itu, serat juga memainkan peranan yang penting dalam sistem pencernaan manusia seperti mengurangkan masalah sembelit [17].

Artikel Berkaitan: Punca Sembelit dan Rawatan

Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan buah betik memberikan pelbagai kebaikan kepada individu, walaubagaimanapun, makanan bukanlah ubat yang menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Oleh itu, pengambilan yang sederhana dan berdasarkan kepada saranan adalah sangat penting bagi setiap individu. Bagi pesakit-pesakit kronik pula adalah penting untuk sentiasa mendapatkan nasihat dan juga rekomendasi berkenaan kesesuaian diet daripada pakar perubatan.

Diharapkan artikel khasiat buah betik ini dapat memberikan maklumat kepada para pembaca berkenaan kebaikkan dan khasiat buah betik ini kepada kesihatan manusia.

Khasiat Buah yang Lain

Buah TembikaiBuah Betik
Buah KulimBuah Belimbing
Buah BidaraBuah Kiwi
Buah MarkisaBuah Jambu Air
Buah CikuBuah Tin
Buah PisangBuah Anggur
Buah EpalBuah Nanas
Buah DelimaBuah Jambu Batu
Buah Zaitun

Rujukan :

  1. M. J, “Papaya.” 1987, [Online].
  2. Z. Arsad, N. Baine, and M. Johor, Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. 2010.
  3. G. Grosso et al., “Effects of vitamin C on health: A review of evidence,” Front. Biosci., vol. 18, no. 3, pp. 1017–1029, 2013, doi: 10.2741/4160.
  4. K. Gelse, E. Pöschl, and T. Aigner, “Collagens – Structure, function, and biosynthesis,” Adv. Drug Deliv. Rev., vol. 55, no. 12, pp. 1531–1546, 2003, doi: 10.1016/j.addr.2003.08.002.
  5. E. Amri and F. Mamboya, “Papain, a plant enzyme of biological importance: A review,” Am. J. Biochem. Biotechnol., vol. 8, no. 2, pp. 99–104, 2012, doi: 10.3844/ajbbsp.2012.99.104.
  6. M. M. G. O. GARCES ORTOGA, “EFFECT OF PROTEOLYTIC ENZYME AND FIBER OF PAPAYA FRUIT ON HUMAN DIGESTIVE HEALTH,” 2011.
  7. E. N. Story, R. E. Kopec, S. J. Schwartz, and G. K. Harris, “An update on the health effects of tomato lycopene,” Annu. Rev. Food Sci. Technol., vol. 1, pp. 189–210, 2010, doi: 10.1146/annurev.food.102308.124120.
  8. C. Trejo-Solís et al., “Multiple Molecular and Cellular Mechanisms of Action of Lycopene in Cancer Inhibition,” Evidence-Based Complement. Altern. Med., vol. 2013, p. 705121, 2013, doi: 10.1155/2013/705121.
  9. A. Rahman, “Health Benefits, Chemistry and Mechanism of Carica Papaya a Crowning Glory,” Adv. Nat. Sci., vol. 6, no. 3, pp. 26–37, 2013, doi: 10.3968/j.ans.1715787020130603.1642.
  10. A. C. Carr and S. Maggini, “Vitamin C and immune function,” Nutrients, vol. 9, no. 11, pp. 1–25, 2017, doi: 10.3390/nu9111211.
  11. M. Z. Ahmed and S. Ramabhimalah, “Anti-inflammatory activity of aqueous extract of Carica papaya seeds in albino rats,” Biomed. Pharmacol. J., vol. 5, no. 1, pp. 173–177, 2012, doi: 10.13005/bpj/340.
  12. T. Acharya, M. Trivedi, D. Mehta, S. Chhaiya, and S. Gandhi, “A comparative study of effect on reducing pain, inflammation and side effect of combination of enzymes (bacterial proteases, papain, bromelain, vitamin C and rutin) versus conventional non-steroidal anti-inflammatory drugs (diclofenac) in patients of clos,” Int. J. Basic Clin. Pharmacol., vol. 5, no. 3, pp. 1017–1021, 2016
  13. A. K. Adams, E. O. Wermuth, and P. E. McBride, “Antioxidant vitamins and the prevention of coronary heart disease,” Am. Fam. Physician, vol. 60, no. 3, pp. 895–904, 1999.
  14. P.-Y. Zhang, X. Xu, and X.-C. Li, “Cardiovascular diseases: oxidative damage and antioxidant protection.,” Eur. Rev. Med. Pharmacol. Sci., vol. 18, no. 20, pp. 3091–3096, Oct. 2014.
  15. L. Rescio, A. Maio, and P. Cazzola, “Lycopene, photoprotection and skin care: The benefits of organic quality,” J. Plast. Dermatology, vol. 6, pp. 37–47, Jan. 2010.
  16. G. Subramanian, B. B. Tewari, and R. Gomathinayagm, “Antimicrobial Properties of Carica papaya (Papaya) Different Leaf Extract against E. coli, S. aureus and C. albicans,” Am. J. Pharmacol. Pharmacother., vol. 1, no. 1, pp. 25–39, 2014, [Online].
  17. J. W. Anderson et al., “Health benefits of dietary fiber.,” Nutr. Rev., vol. 67, no. 4, pp. 188–205, Apr. 2009, doi: 10.1111/j.1753-4887.2009.00189.x.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen + 11 =