Skip to content

Bengkak Kelenjar: Punca, Simptom Dan Rawatan

Apakah punca dan rawatan kepada masalah bengkak kelenjar?

Artikel ini akan menerangkan dengan lengkap berkenaan punca kepada masalah ini berserta cara untuk mengetahui punca-puncanya dan rawatan.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca Bengkak Kelenjar
  3. Simptom Bengkak Kelenjar
  4. Ujian Pengesanan Punca
  5. Rawatan

Pengenalan


Lymph node, atau dalam bahasa melayunya iaitu kelenjar limfa adalah antara organ badan kita yang mempunyai peranan penting dalam sistem imun badan. Kelenjar limfa akan mengenalpasti dan menyerang sebarang virus, bakteria atau bendasing yang merbahaya.



Kalenjar limfa wujud secara menyeluruh di badan kita dan kebanyakannya wujud di bahagian leher, bawah dagu, dan belakang telinga. Manakala antara yang ada di luar kawasan kepala dan leher ialah ketiak dan pangkal paha. Disamping itu, terdapat juga kalenjar yang tidak mampu untuk rasa menggunakan tangan kita seperti kalenjar yang terletak di dalam abdomen dan juga di bahagian dalam dada.

Punca Bengkak Kelenjar


Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan bengkak kelenjar. Antaranya ialah:

1. Jangkitan Kuman

Jangkitan ini boleh disebabkan virus, bakteria, protozoa atau kulat. Kuman ini akan masuk ke dalam kalenjar limfa dan menyebabkan keradangan dan bengkak di kawasan tersebut.Beberapa jangkitan yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku adalah:

2. Masalah Imun atau Penyakit Autoimun



Perkara ini berlaku apabila sel pertahanan badan sendiri menyerang sel badan. Perkara ini menyebabkan keradangan dikawasan yang diserang sebagai contoh dalam masalah ini keradangan dan bengkak tersebut berlaku di bahagian kelenjar.

Terdapat beberapa penyakit autoimun yang boleh menyebabkan perkara ini. Ia adalah:

3. Kanser

Kebanyakan kanser boleh menyebabkan bahagian Kalenjar limfa ini membengkak terutamanya apabila kanser tersebut telah merebak di bahagian kalenjar.

Beberapa jenis kanser yang menyebabkan masalah ini ialah

  • Limfoma
  • Leukemia
  • Kanser – kanser yang lain dimana sel kanser tersebut telah merebak ke kalenjar

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simpom Bengkak Kelenjar


Kelenjar kita terletak hampir dengan permukaan kulit kita. Selalunya anda boleh rasai sendiri kelenjar anda yang membengkak dengan menggunakan jari anda sahaja.

Antara simptom yang anda dapat kesan ialah:

  1. Kelenjar anda membengkak sebesar saiz biji kacang, atau mungkin lebih besar.
  2. Kelenjar tersebut rasa seperti pepejal lembut.
  3. Merasa sakit.

Anda mungkin juga akan mempunyai simptom yang lain:



  1. Sebarang simptom jangkitan saluran pernafasan.
  2. Demam.
  3. Berpeluh pada waktu malam.

Periksa Simptom anda Di Sini

Ujian Pemeriksaan


Terdapat beberapa perkara yang akan dilakukan oleh doktor untuk mengetahui punca yang menyebabkan masalah ini berlaku.

1. Sejarah kelenjar bengkak.

Doktor selalunya akan memerlukan maklumat daripada pesakit tentang bila dan bagaimana kelenjar pesakit membengkak. Ini penting untuk doktor anda tahu tentang jalur masa dan tempoh penyakit kelenjar bengkak anda.

Selalunya pesakit yang mengalami simptom yang lain seperti sakit tekak, demam, sakit di bahagian telinga, batuk yang lama mungkin menunjukkan pesakit sedang mengalami jangkitan kuman. Oleh itu, ia akan memberi petunjuka kepada doktor untuk melakukan pemeriksaan atau ujian yang seterusnya.

2. Pemeriksaan fizikal.

Doktor anda akan memeriksa kelenjar anda yang bengkak di permukaan kulit anda. Antara yang diperiksa ialah saiz dan tahap kekerasan kelenjar. Melalui tempat kelenjar pesakit membengkak, disertai dengan simptom-simptom yang lain, doktor dapat petunjuk tentang apakah punca penyakit pesakit.

Pesakit yang mengalami bengkak kelenjar disebabkan kanser selalunya tidak merasa sakit pada kanser tersebut. Bagi jangkitan kuman pula, selalunya kelenjar itu akan sakit dan permukaan kulitnya akan lebih panas dari biasa.



3. Ujian darah

Melalui ujian ini, doktor dapat memastikan punca kepada bengkak kelenjar pesakit. Langkah ini juga dapat menunjukkan sama ada anda telah kena jangkitan kuman atau tidak.

Pemeriksaan darah juga boleh menentukan sama ada bilang sel darah di dalam badan berada pada jumlah yang normal atau tidak. Selalunya mereka yang mengalami leukemia mempunyai sel darah putih yang tinggi daripada normal

4. X-ray atau CT scan

Ini dapat membantu untuk mengesan punca jangkitan kuman atau sebarang kanser yang menyebabkan bengkak kelenjar.

5. Biopsi Kelenjar Limfa

Doktor akan mendapatkan sampel daripada kelenjar pesakit untuk dibuat pemeriksaan dengan menggunakan mikroskop. Cara ini dapat memastikan punca kepada masalah kelenjar tersebut sama ada terdapat jangkitan kuman ataupun disebabkan kanser

Rawatan


Rawatan untuk bengkak kelenjar berbeza mengikut punca penyakit tersebut.



1. Jangkitan Kuman

Bergantung kepada jangkitan kuman. Jika ia disebabkan bakteria, antibiotik akan digunakan untuk membunuh bakteria tersebut. Jika ia disebabkan jangkitan virus, selalunya penyakit tersebut akan baik dengan sendirinya apabila sistem imun badan membina pertahanan badan kepada virus tersebut.

2. Masalah imun atau penyakit autoimun

Doktor selalunya akan menggunakan beberapa jenis ubat untuk mengawal sistem imun badan supaya ia tidak menyerang sel-sel badan. Pesakit juga perlu berterusan mengikuti temujanji dengan doktor pakar agar setiap daripada simptom yang berlaku dapat di rawat oleh doktor.

3. Kanser

Bengkak kelenjar akan sembuh setelah doktor rawat kanser pesakit. Cara rawatan tersebut bergantung atas jenis dan tahap kanser tersebut, sama ada melalui pembedahan, radiasi, atau chemoteraphy.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:



Buku:

  1. Prof. Dr. Magdy Ishak Atallah MD (2012). Concise Textbook of Internal Medicine.
  2. Dr. Ahmed Mowafy (2019). In Capsule Series Internal Medicine: Hematology. 4th edition. University Book Centre Sayed Mahmoud.

Laman web:

  1. Swollen Lymph nodes. Medline Plus
  2. Swollen Lymph nodes. Mayoclinic
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven + three =