Skip to content

Hati Berlemak: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah hati berlemak dan cara rawatannya?

Artikel ini akan membincangkan dengan mudah dan lengkap berkenaan hal ini, cara rawatan dan pencegahannya.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Jenis Hati Berlemak
  3. Tahapan
  4. Punca Hati Berlemak
  5. Simptom Hari Berlemak
  6. Ujian Pengesahan
  7. Rawatan
  8. Pencegahan

Sering kita dengar tentang kisah pesakit usia muda dan mengalami kegagalan buah pinggang lazimnya kerana mengambil suplemen untuk mencerahkan kulit di pasaran. Katanya produk tersebut mampu mencerahkan kulit seawal seminggu sahaja. Doktor hanya mampu geleng kepala, muda lagi tetapi sudah perlu dialisis. Selain pesakit kegagalan buah pinggang, terdapat juga pesakit kegagalan hati. Biasanya pesakit ini juga muda dan kebanyakan mereka adalah peminum alkohol tegar.



Saya pernah jumpa seorang pesakit lelaki berbangsa India, masih muda, baru sahaja bekerja. Dia dimasukkan ke hospital kerana dia mula mendapati kulitnya menjadi kekuningan. Apabila ujian dilakukan, rupanya dia sudah pun mengalami kerosakan hati. Bila ditanya mengenai kehidupan sosialnya, dia mengaku dia memang meminum alkohol hampir setiap hari semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Lagi lagi pula, dia adalah graduan universiti luar negara jadi akses kepada minuman keras sangatlah mudah. Gaya hidupnya juga tidak sihat, merokok dan kerap mengambil makanan diproses. Masih muda tetapi badan sudah rosak seperti mereka yang berusia.

Pengenalan


Hati berlemak dalam bahasa medikalnya disebut hepatic steatosis ataupun fatty liver disease. Ia terjadi apabila terdapat pengumpulan lemak dalam hati. Jumlah lemak yang sedikit jika terkumpul tidak mengapa, namun jika berlebihan buruk padahnya.

Hati adalah organ kedua terbesar dalam badan selepas kulit kita. Fungsinya pelbagai, dari memproses nutrien dari makanan seperti karbohidrat dan protein sehingga membuang toksin dari dalam darah. Oleh itu, apabila terdapat kerosakan pada hati, pelbagai masalah akan timbul.

Pengumpulan lemak pada hati yang terlalu banyak menyebabkan radang pada hati, yang boleh merosakkan struktur hati. Dalam kes yang teruk, apabila struktur hati terlalu rosak, ia boleh melarat kepada kegagalan fungsi hati.

Jenis-jenis Hati Berlemak


Terdapat beberapa jenis hati berlemak namun secara amnya ia dikelaskan kepada dua iaitu; alcoholic iaitu dengan pengaruh alkohol serta non alcoholic iaitu tanpa pengaruh alkohol.

  • Alcoholic fatty liver disease. Dimana terjadinya pengumpulan lemak pada hati dalam kalangan mereka yang meminum alkohol.
  • Alcoholic steatohepatitis. Dimana terjadinya radang pada hati yang disebabkan oleh pengumpulan lemak dalam kalangan mereka yang meminum alkohol.
  • Non alcoholic fatty liver disease iaitu pengumpulan lemak pada hati tanpa pengaruh alkohol.
  • Non alcoholic steatohepatitis iaitu radang pada hati yang disebabkan oleh pengumpulan lemak tanpa pengaruh alkohol.
  • Acute fatty liver of pregnancy iaitu sejenis komplikasi kepada wanita hamil. Ia  terjadi sewaktu trimester ketiga dan berbahaya kepada ibu dan bayi.


Semua jenis diatas apabila tidak dirawat radang yang terjadi boleh menyebabkan kerosakan pada struktur hati menjadikannya berparut. Ini dipanggil cirrhosis. Selepas cirrhosis, jika masih terdapat kerosakan pada hati, ia akan menyebabkan kegagalan fungsi hati..

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Tahap tahap Masalah Hati Berlemak


Masalah ini boleh terjadi dalam empat tahap iaitu:

  • Hati berlemak ringan. Ini terjadi apabila terdapat pengumpulan lebihan lemak pada hati tetapi tidak mendatangkan apa-apa kesan.
  • Steatohepatitis. Ini terjadi apabila lemak terkumpul tadi mengakibatkan radang pada hati.
  • Fibrosis. Hasil daripada radang tadi, hati boleh berparut.
  • Cirrhosis. Apabila parut pada hati sudah merebak sehingga struktur hati menjadi rosak.

Cirrhosis adalah tahap akhir dimana ianya boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati. Cirrhosis juga meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser hati.

Punca Hati Berlemak


Hati Berlemak terjadi apabila badan kita menghasilkan terlalu banyak lemak ataupun tidak mampu memproses lemak dengan berkesan. Lebihan lemak ini akan disimpan dia sel hati dan lama kelamaan menyebabkan hati berlemak.

Terdapat beberapa perkara yang boleh menyumbang kepada masalah ini dan yang paling kerap adalah alkohol. Selain itu terdapat beberapa punca yang lain seperti:

  • Obesiti
  • Kencing manis
  • Insulin tidak berfungsi
  • Kandungan lemak yang berlebihan dalam darah
  • Jangkitan virus hepatitis
  • Kesan sampingan ubatan seperti methotrexate
  • Wanita hamil
  • Turun berat badan secara mendadak

Simptom Hati Berlemak


Anda mungkin akan merasa lesu dan keletihan dan merasa sedikit sakit di bahagian atas belah kanan abdomen anda. Disitu terletaknya hati manusia.

Kebanyakan simptom yang terjadi disebabkan oleh komplikasi fatty liver. Memandangkan hati mempunyai pelbagai fungsi, kegagalan hati untuk berfungsi dengan baik akan menunjukkan tanda tanda seperti:



Ujian pengesahan


Jika doktor mengesyaki anda mempunyai fatty liver, doktor akan bertanya soalan mengenai sejarah penyakit hati dalam keluarga, pengambilan alkohol anda, masalah kesihatan lain yang mungkin dialami.

Kemudian, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal bagi melihat keadaan hati. Doktor dapat mengenal pasti sekiranya terdapat radang dan pembesaran pada organ hati. Doktor juga akan melakukan ujian lain seperti:

  • Ujian darah. Ini adalah untuk melihat hemoglobin anda dan kandungan sel darah yang lain.
  • Ujian fungsi hati bagi melihat parameter penting seperti AST dan ALT yang menunjukkan sama ada fungsi hati terjejas ataupun tidak
  • Ujian darah berkaitan fungsi hati yang lain seperti albumin, bilirubin, vitamin K dan aPTT serta INR. Mereka adalah parameter penting bagi melihat sekiranya sudah terdapat kegagalan fungsi hati.
  • Ujian pengimejan seperti ultrasound dan CT. Ini adalah untuk melihat struktur hati dengan lebih jelas.
  • Ujian biopsi tisu hati. Ini dibuat bagi menentukan tahap kerosakan pada hati.

Rawatan


Setakat ini, tiada ubat yang terbukti mampu merawat hati berlemak. Dalam kebanyakan kes, perubahan gaya hidup boleh mengurangkan kerosakan pada hati. Doktor akan menasihati anda untuk:

  • Mengurangkan pengambilan alkohol
  • Mengurangkan berat badan
  • Mengambil diet yang sihat
  • Mengawal bacaan gula bagi mereka yang mengalami kencing manis
  • Elakkan daripada pengambilan ubatan tradisional yang akan membebankan fungsi hati

Jika anda sudahpun mempunyai komplikasi dari masalah ini, anda mungkin memerlukan ubatan yang lain.

Hati berlemak boleh menyebabkan cirrhosis. Ia boleh melarat kepada kegagalan fungsi hati. Apabila anda mengalami kegagalan fungsi hati, anda mungkin memerlukan pemindahan hati.

Cara untuk mencegah masalah Hati berlemak


Perubahan gaya hidup ke arah yang lebih sihat merupakan langkah pertama mencegah fatty liver disease.

  • Turunkan berat badan anda secara sihat bagi mengurangkan kadar lemak dalam darah.
  • Kurangkan pengambilan alkohol bagi mengelakkan pengumpulan lemak.
  • Ubah diet yang terdiri daripada kandungan kalori yang rendah, kandungan lemak yang rendah.
  • Amalkan diet yang berasaskan tumbuhan termasuk buahan, sayuran dan bijirin.
  • Kurangkan pengambilan karbohidrat proses seperti nasi putih, roti putih.
  • Kurangkan kadar pengambilan lemak tepu dalam makanan seperti daging merah.
  • Beriadah sekurangnya 30 minit sehari.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan



  1. Fatty Liver– Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 − ten =