Skip to content

Ruam panas: Punca, Simptom dan Rawatan

Terdapat pelbagai ruam yang wujud. Ada yang menyebabkan ketidakselesaan dan ada jugak yang menyebabkan kesakitan. Ruam panas merupakan salah satu ruam yang selalu berlaku pada kita. Ruam panas pada bayi pula sudah tentu akan menyebabkan kerisauan kepada ibubapa.

Ruam ini selalunya berlaku pada bayi, kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia akan berlaku apabila suhu persekitaran lebih tinggi dan mempunyai kelembapan udara yang tinggi. Seseorang itu boleh mengalami ruam panas apabila liang romanya tersumbat dan peluh tidak boleh keluar dari liang tersebut.

Punca kepada ruam ini selalunya disebabkan geseran pada bahagian kulit. Orang dewasa selalunya mengalami ruam panas di kawasan yang selalu bergeser sebagai contoh pada peha bahagian dalam ataupun dibahagian lengan.



Manakala, bayi pula selalunya mengalami ruam ini dibahagian leher. Ia juga boleh berlaku dibahagian kulit yang berlipat seperti di ketiak, siku dan juga pada bahagian peha.

Punca kepada ruam panas

Ruam ini selalunya berlaku apabila liang roma tersumbat dan peluh tidak boleh disingkirkan keluar dari kulit. Pesakit juga selalunya akan berpeluh lebih dari biasa disebabkan suhu persekitaran yang tinggi.

Beberapa punca tersebut adalah:

  • Musim panas
  • Bersenam
  • Penggunaan pakaian yang memerangkap peluh
  • Penggunaan losyen dan krim yang tebal

Bayi lebih mudah menghadapi ruam ini disebabkan liang romanya belum lagi terbentuk sepenuhnya.

Faktor risiko

Terdapat beberapa faktor risiko yang akan mendedahkan seseorang itu dengan masalah ini. Ia adalah:

  • Bayi
  • Kanak-kanak kurang dari 4 tahun
  • Atlet
  • Obese
  • Pesakit yang lumpuh

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bila perlu berjumpa dengan doktor?



Ruam panas jarang menyebabkan sesuatu komplikasi yang berbahaya. Selalunya ia akan hilang dengan sendirinya tanpa melakukan apa-apa rawatan.

Akan tetapi, anda perlulah berjumpa dengan doktor jika anda mengalami:

  • Demam
  • Menggigil
  • Sakit yang teruk
  • Nanah daripada ruam

Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat diagnosa diagnosa lain yang mungkin menunjukkan simptom yang sama. Ia adalah:

  • Folliculitis
  • Jerawat
  • Ekzema
  • Alahan
  • Reaksi disebabkan pengambilan ubat

ARTIKEL BERKAITAN: JERAWAT

Rawatan Ruam panas dirumah

Selalunya ruam panas tidak memerlukan rawatan spesifik dari doktor. Kerana ia boleh pergi dengan sendirinya setelah beberapa hari.

Beberapa perkara boleh dibuat untuk merawat ruam ini dirumah

  • Basuh kawasan ruam yang terlibat menggunakan sabun. Kemudian, lap menggunakan kain pada kawasan tersebut dengan hanya menekan-nekan kawasan tersebut tanpa menyapunya
  • Sentiasa berada dalam kawasan yang sejuk (sebagai contoh bilik yang mempunyai penghawa dingin)
  • Elakkan geseran diantara kulit. Penggunaan kapas disyorkan di kawasan tersebut
  • Letakkan pek ais dikawasan ruam yang terlibat selama beberapa minit
  • Ambil air secukupnya agar badan tidak terlalu panas
  • Pakai pakaian yang longgar untuk memberi pengudaran pada kulit

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:



  1. Does your child have heat rash? Cool it down – here’s how. (2016). – Clevelandclinic
  2. Mayo Clinic Staff. (2018). Heat rash.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 − 7 =