Skip to content

Telinga Bernanah: Punca dan Rawatan

Bagaimanakah masalah telinga bernanah boleh berlaku dan apakah rawatan untuk masalah ini.

Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap berkenaan masalah ini, punca telinga bernanah berserta rawatan kepada masalah ini.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca Telinga Bernanah
  3. Rawatan Telinga Bernanah
  4. Cara untuk mengelakkan masalah ini

Pengenalan


Telinga bernanah selalunya berpunca daripada jangkitan telinga yang berlaku pada bahagian dalam telinga. Ia boleh disebabkan nanah yang terbentuk di belakang gegendang telinga ataupun pada saluran telinga.



Ia selalunya disebabkan jangkitan bakteria pada kawasan tersebut. Jika telinga anda mengeluarkan nanah, anda perlu berjumpa doktor dengan segera.

Ia juga boleh disebabkan benda asing yang tersekat di dalam saluran telinga. Perkara ini sering terjadi pada kanak-kanak kerana tabiatnya yang suka memasukkan sesuatu ke dalam lubang.

Manakala nanah yang keluar daripada gegendang telinga pula selalunya mempunyai simptom yang lain seperti selesema. Ini kerana selesema boleh menyebabkan saluran dibahagian belakang gegendang telinga tersumbat. Perkara ini boleh menyebabkan jangkitan kuman dan juga telinga bernanah.

Punca Telinga Bernanah


Masalah telinga bernanah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Mereka yang mengalami masalah ini mungkin sedang mengalami penyakit yang serius.

Berikut merupakan beberapa punca kepada masalah telinga ini. Ia adalah:



1. Jangkitan kuman di bahagian telinga

Jangkitan ini selalunya berlaku dibahagian belakang gegendang telinga. Penyakit ini dinamakan sebagai acute otitis media. Masalah ini selalunya berlaku pada kanak-kanak.

Punca kepada jangkitan ini selalunya disebabkan bakteria ataupun virus. Terdapat beberapa simptom bagi mereka yang mengalami masalah ini. Ia adalah:

  • Sakit telinga
  • Keluar nanah daripada telinga
  • Kurang pendengaran
  • Hilang keseimbangan badan ketika berdiri
  • Demam

Jika nanah dibelakang gegendang telinga terlalu banyak hingga menyebabkan tekanan pada gengendang telinga, ia boleh menyebabkan gegendang telinga itu bocor dan mengeluarkan nanah.

2. Swimmer’s ear (Telinga perenang)

Mereka yang selalu berenang lebih mudah menghadapi masalah ini. Selalunya ia melibatkan bahagian saluran telinga sahaja. Mereka yang selalu berenang boleh menyebabkan air terperangkap di dalam saluran telinga selepas berenang. Ini akan menyebabkan bakteria dan kulat lebih mudah membiak di kawasan tersebut.

Saluran telinga juga lebih mudah dijangkiti bakteria apabila seseorang itu selalu menggunakan putik kapas(cotton bud) ataupun alatan lain untuk mengorek telinga. Amalan ini boleh mencederakan lapisan kulit pada saluran telinga dan mendedahkan bahagian tersebut kepada jangkitan telinga.

Jika anda mengalami masalah ini, anda akan mempunyai simptom:



3. Cyst

Cholesteatoma adalah ketumbuhan yang tidak normal dania berlaku dibahagian belakang gegendang. Ketumbuhan ini bukanlah kanser tetapi ia boleh merosakkan tisu disekeliling jika tidak dirawat.

Ia selalunya bermula dengan cyst iaitu kantung yang berisi air. Kemudian ia akan membesar dan memberi kesan kepada kawasan sekeliling.

Jika kawasan cholesteatoma itu besar, ia boleh merosakkan tulang dibahagian dalam telinga hingga boleh menyebabkan seseorang itu pekak, mengalami simptom vertigo dan juga lumpuh otot muka.

Beberapa simptom lain yang boleh berlaku adalah:

  • Sakit bahagian telinga
  • Telinga bernanah
  • Merasakan tekanan di dalam telinga

4. Bendasing dalam telinga

Bendasing dalam telinga boleh tersekat di dalam telinga dan menyebabkan kerosakan dibahagian tersebut. Perkara ini selalunya berlaku pada kanak-kanak.

Beberapa barang yang selalu tersekat dalam telinga kanak-kanak adalah:



  • Mainan yang kecil
  • Manik
  • Makanan
  • Serangga
  • Butang
  • Putik kapas

Ibubapa boleh cuba untuk mengeluarkan bendasing tersebut jika ianya tidak terlalu dalam. Tetapi jika ia dalam, maka pesakit perlulah dibawa berjumpa dengan doktor.

5. Pecah gegendang telinga

Pecah gegendang telinga boleh disebabkan jangkitan kuman. Ia juga boleh berlaku disebabkan trauma(sebagai contoh ditampar dengan kuat) ataupun termasuk bendasing.

Beberapa simptom yang mungkin berlaku adalah:

  • Sakit telinga
  • Pendarahan daripada telinga
  • Masalah pendengaran
  • Jangkitan sinus

Gegendang telinga yang pecah akan memudahkan lagi kuman daripada bahagian luar masuk ke dalam bahagian telinga dan menyebabkan telinga bernanah

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Rawatan Telinga Bernanah


Rawatan untuk masalah telinga bernanah adalah bergantung kepada punca masalah tersebut. Ia adalah:

1. Jangkitan Kuman di telinga

Untuk masalah ini, pesakit memerlukan rawatan antibiotik untuk membunuh bakteria tersebut.



Jika keadaan ini berlaku kerap, pesakit mungkin memerlukan tiub tympanostomy iaitu satu tiub yang berfungsi untuk mengeluarkan kandungan nanah daripada belakang gegendang telinga.

Ini memerlukan prosedur pembedahan untuk memasukkan tiub kecil tersebut

2. Swimmer’s ear

Bagi pesakit yang mengalami jangkitan bakteria atau kulat, pesakit perlulah menerima antibiotik dan juga antifungal.

Pesakit perlulah mengelakkan diri daripada berenang buat sementara waktu ataupun menggunakan penutup telinga ketika berenang.

3. Cholesteatoma

Dalam masalah ini, pembedahan perlu dibuat untuk membuang bahagian yang telah mengalami cholesteatoma tersebut

4. Bendasing



Pesakit perlu dibawa berjumpa dengan doktor untuk mengeluarkan bendasing tersebut.

5. Gegendang telinga pecah

Selalunya gegendang telinga akan pulih dengan sendirinya tanpa memerlukan apa-apa rawatan. Tetapi jika gegendang telinga itu masih pecah, pesakit boleh menjalani pembedahan untuk membetulkan balik bahagian tersebut.

Cara untuk mengelakkan masalah ini.


Ada beberapa perkara yang boleh dibuat oleh anda bagi mengelakkan masalah telinga bernanah.

1. Guna penutup telinga ketika berenang

Penutup telinga ini akan menghalang air daripada masuk ke dalam telinga. Ini akan mencegah daripada jangkitan bakteria ataupun kulat yang mungkin akan dibawa ketika anda berenang

2. Elakkan korek telinga

Mereka yang mempunyai tabiat mengorek telinga boleh mencederakan saluran telinga. Perkara ini akan boleh menyebabkan jangkitan kuman pada bahagian tersebut dan menyebabkan penghasilan bisul mahupun nanah



3. Rawat Selesema

Jika anda mengalami selesema yang teruk hingga menyebabkan telinga anda merasa tersumbat, maka anda perlu merawat masalah selesema tersebut. Ini kerana jika telinga rasa tersumbat, ia mungkin bermaksud terdapat jangkitan kuman yang menyebabkan nanah penuh dibelakang gegendang telinga anda

Artikel Berkaitan Telinga

Sakit TelingaTelinga Berair
Jangkitan TelingaGegendang Telinga Pecah
Telinga TersumbatTelinga Bernanah
Tahi Telinga KerasTelinga Berdesing
Telinga Gatal

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Earaches and otitis media. (2018). entnet.org//content/earaches-and-otitis-media
  2. Ear infections. (2015). kidshealth.org.nz/ear-infections
  3. Ear tubes. (2018). entnet.org//content/ear-tubes
  4. Mayo Clinic Staff. (2018). Ear infection (middle ear).
  5. Should your child see a doctor? Ear — Discharge. (2017).
Advertisements

2 thoughts on “Telinga Bernanah: Punca dan Rawatan”

    1. Telinga bernanah selalunya disebabkan jangkitan bakteria. Oleh itu, ubat yang sesuai adalah ubat antibiotik. Tetapi puan perlulah diperiksa di klinik terlebih dahulu untuk melihat keadaan di dalam telinga dan mengesahkan sama ada ia disebabkan jangkitan bakteria ataupun berpunca daripada perkara lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 3 =