Skip to content

Telinga Gatal: Punca, Simptom dan Rawatan

Telinga gatal merupakan salah satu masalah yang akan mengganggu seseorang kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang sangat sensitif.

Anda mungkin secara kronik menghadapi masalah ini disebabkan telinga anda yang sensitif. Tetapi masalah ini juga mungkin boleh menunjukkan anda sedang mengalami penyakit yang lain seperti jangkitan telinga.

Punca Telinga Gatal

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah telinga gatal. Ia adalah:

1. Kulit kering



Jika telinga anda tidak menghasilkan tahi telinga yang mencukupi, ia akan menyebabkan saluran tersebu menjadi kering dan akan menyebabkan masalah inl. Tahi telinga(ear wax) mempunyai fungsi untuk melembabkan lubang telinga dan juga untuk memerangkap habuk yang masuk ke dalam telinga.

Jika ia terlalu teruk, anda akan dapat melihat kulit kering yang terkeluar daripada lubang telinga anda

2. Keradangan kulit dalam saluran terlinga ( dermatitis)

Keadaan ini berlaku disekitar lubang telinga yang sedang mengalami keradangan. Perkara ini berlaku disebabkan alahan yang mungkin berpunca daripada penggunaan sesuatu bahan seperti penggunaan anting-anting ataupun produk kosmetik.

3. Otitis externa (Jangkitan pada saluran telinga)

Jangkitan pada saluran telinga yang mungkin disebabkan bakteria atau kulat selalunya akan menyebabkan telinga menjadi gatal dan juga sakit.

4. Penggunaan alat bantu dengar

Alat ini boleh menyebabkan air terperangkap di dalam telinga. Ia juga boleh menyebabkan badan menghadapi alahan kepada bahan alat bantu dengar telinga itu. Kedua-dua ini boleh menyebabkan masalah telinga gatal.

5. Psoriasis



Psoriasis adalah masalah autoimun dimana sel imun badan sendiri akan menyerang tisu badan yang lain. Selalunya ia menyerang bahagian kulit. Jika ia menyerang pada bahagian kulit telinga, maka pesakit juga akan merasa gatal dibahagian tersebut

Simptom yang berkaitan dengan masalah telinga gatal

Rasa gatal telinga yang teruk selalunya akan mempunyai simptom-simptom yang lain seperti:

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Rawatan Telinga Gatal


Masalah ini selalunya disebabkan masalah yang berlaku pada kulit dalam saluran telinga. Rawatan adalah untuk merawat masalah kulit ini. Beberapa penyebabnya adalah:

  • Kurangnya penghasilan tahi telinga
  • Air masuk ke dalam telinga
  • Bendasing ataupun habuk yang masuk ke dalam telinga.

Jika masalah ini disebabkan alahan, elakkan penggunaan bahan yang anda syaki menyebabkan masalah tersebut termasuklah anting-anting.

Beberapa rawatan lain yang boleh digunakan adalah:

  • Ubat titis antibiotik– ia digunakan jika pesakit mengalami jangkitan bakteria pada bahagian telinga
  • Baby oil untuk melembabkan kulit
  • Ubat antibiotik pil – jika jangkitan kuman tersebut teruk, doktor mungkin akan memberikan antibiotik pil kepada anda
  • Ubat titis anti-kulat – jika masalah telinga gatal itu disyakit disebabkan kulat, ubat ini akan diberikan kepada anda.

Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?

Untuk mengelakkan masalah ini, elakkan membersihkan telinga daripada menggunakan bahan-bahan ini iaitu:

  • Menggunakan putik kapas
  • Menggunakan besi

Penggunaan alatan ini boleh merosakkan kulit saluran telinga. Ia akan menyebabkan rasa gatal selepas itu.



Artikel Berkaitan Telinga

Sakit TelingaTelinga Berair
Jangkitan TelingaGegendang Telinga Pecah
Telinga TersumbatTelinga Bernanah
Tahi Telinga KerasTelinga Berdesing
Telinga Gatal

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. About antibiotic use and resistance. (2015, April 17) – CDC
  2. Cerumen impaction (earwax buildup and blockage). (2013, December 20). – Clevel and Clinic
  3. Kesser, B. W. (n.d.). Dermatitis of the ear canal (chronic otitis externa).
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 + nine =