Skip to content

11 Manfaat susu ibu kepada anak dan Kelebihannya

Susu ibu dipercayai dapat memberikan nutrisi yang optimum kepada bayi. Susu ibu juga turut mengandungi kadar nutrien yang mencukupi di mana ia mudah untuk dicerna dan diserap untuk manfaat sistem badan bayi. Terdapat pelbagai manfaat susu ibu yang dapat diberikan kepada anak jika anda mengamalkan perkara ini. Walaubagaimanapun, menurut statistik, kadar penyusuan badan dikalangan wanita adalah sangat rendah iaitu kira-kira 30%. Oleh itu, anda digalakkan untuk menyusukan anak anda dengan susuan ibu. Jika ada masalah, boleh guna pengepam untuk mengepam susu ibu bagi tujuan penyimpanan

Manfaat susu ibu kepada anak

Berikut merupakan 5 manfaat susu ibu kepada bayi:

1. Susu badan menyediakan nutrisi yang lengkap kepada bayi

Kebanyakkan pihak atau badan kesihatan telah mengesyorkan pemberian susu badan yang eksklusif diberikan kepada bayi selama paling kurang hingga usia enam bulan. Kemudian, wujud pula galakkan untuk menyambung pemberian susu badan kepada bayi hingga usia satu tahun iaitu pada ketika pelbagai jenis makanan telah diperkenalkan kepada bayi.



Ketika hari pertama selepas bayi dilahirkan, badan ibu mengeluarkan cecair yang likat dan berwarna kuning yang dipanggil sebagai kolostrum. Kolostrum ini mempunyai kandungan protein yang tinggi, rendah gula serta kaya dengan kompaun yang berguna untuk tubuh bayi.

Kolostrum merupakan susu pertama bayi yang paling ideal dan ia juga membantu perkembangan saluran pencernaan bagi bayi pramatang. Setelah beberapa hari yang terawal berlalu, payudara ibu mula mengeluarkan lebih banyak kuantiti susu dan pada masa yang sama perut bayi sudah pun mulai membesar.

Satu-satunya yang mungkin menjadi kelemahan pada susu ibu adalah kurangnya kandungan vitamin D. Susu ibu tidak dapat membekalkan kandungan vitamin D yang cukup melainkan sekiranya ibu tersebut mengambil vitamin D dengan kadar yang tinggi.

Untuk mengatasi kelemahan ini, pemberian titisan vitamin D kepada bayi adalah digalakkan pada usia 2 hingga 4 minggu.

2. Susu badan mengandungi antibodi yang penting

Susu badan mempunyai kandungan antibodi yang dapat membantu bayi anda untuk melawan serangan virus dan bakteria. Kelebihan ini adalah lebih didapati pada kandungan kolostrum, iaitu susu awal.



Kolostrum membekalkan kandungan immunoglobulin A yang tinggi disamping beberapa jenis antibodi yang lain.

Badan ibu akan mula menghasilkan antibodi ketika ibu tersebut terdedah kepada serangan virus dan bakteria. Antibodi ini kemudiannya akan meresap ke dalam susu badan dan disalurkan kepada bayi sewaktu penyusuan.

Immunoglobulin A berfungsi melindungi bayi daripada terkena jangkitan dengan membentuk lapisan penghadang di dalam rongga hidung, tekak serta sistem penghadaman bayi.

Ibu yang mengamalkan pemberian susu badan dan mengalami jangkitan selesema akan meransang penghasilan antibodi. Antibodi ini seterusnya akan disalurkan kepada bayi untuk membantu melawan patogen yang menyebabkan bayi jatuh sakit.

Sebagai langkah pencegahan juga, sekiranya anda terkena jangkitan, anda seharusnya memastikan kebersihan diri dijaga dengan baik. Amalkan membasuh tangan dengan kerap dan hendaklah berusaha untuk mengelakkan bayi anda terkena jangkitan.

Susu formula sebenarnya tidak dapat menyediakan antibodi perlindungan yang diperlukan oleh bayi seperti yang didapati dalam susu ibu. Banyak kajian yang dilakukan mendapati bahawa bayi-bayi yang tidak diberikan susu badan adalah lebih cenderung terdedah kepada masalah kesihatan seperti pneumonia, cirit-birit dan jangkitan.

3. Susu badan dapat mengurangkan risiko penyakit

Pemberian susu badan adalah amat ditekankan berhubung dengan manfaatnya yang besar. Manfaat yang besar ini lebih didapati terutamanya pada mereka yang mengamalkan pemberian susu badan yang eksklusif iaitu apabila bayi mereka diberikan susu ibu sepenuhnya.

Pemberian susu badan yang eksklusif akan mengurangkan risiko jangkitan dan penyakit pada bayi termasuklah:



  • Jangkitan bahagian dalam telinga: Penyusuan badan yang eksklusif selama 3 bulan atau lebih dapat mengurangkan risiko terkena jangkitan bahagian dalam telinga sebanyak 50%.
  • Jangkitan salur pernafasan: Penyusuan badan eksklusif lebih daripada 4 bulan dapat merendahkan risiko kemasukkan ke hospital disebabkan penyakit ini dengan sebanyak 72%.
  • Selesema dan jangkitan: Penyusuan badan yang eksklusif selama 6 bulan dapat mengurangkan risiko sebanyak 63% kepada selesema yang lebih serius serta jangkitan pada telinga atau tekak.
  • Jangkitan dalam perut: Penyusuan badan dapat mengurangkan jangkitan dalam perut sebanyak 64%.
  • Kerosakkan tisu usus: Memberikan susu badan kepada bayi pramatang dapat mengurangkan kira-kira 60% penyakit necrotizing enterocolitis (NEC ).
  • Sindrom Kematian Bayi Mengejut (Sudden Infant Death Syndrome): Penyusuan badan dikenalpasti dapat mengurangkan risiko ini sebanyak 50% selepas bayi berusia sebulan, dan 36% dalam tahun pertama.
  • Alahan: Penyusuan badan yang eksklusif dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 hingga 4 bulan dapat dikaitkan dengan sebanyak 27-42% pengurangan risiko asma, penyakit berkaitan dengan kulit dan ekzema.
  • Penyakit celiac: Pemberian susu badan kepada bayi akan mengurangkan risiko terkena penyakit celiac sebanyak 52% ketika mereka pertama kali diberikan makanan mengandungi gluten.
  • Radang usus: Bayi yang diberikan susu badan selalunya dapat mengurangkan kadar mendapat radang usus ketika usia kanak-kanak sebanyak 30%.
  • Kencing manis: Penyusuan badan sekurang-kurangnya 3 bulan dihubung kait dengan pengurangan risiko diabetis type 1 sebanyak 30% dan diabetis type 2 sebanyak 40%.
  • Leukimia kanak-kanak: Penyusuan badan selama 6 bulan atau lebih dikaitkan dengan 15-20% pengurangan risiko leukimia kanak-kanak.

Selain daripada mengurangkan risiko terkena pelbagai penyakit, penyusuan badan juga didapati dapat mengurangkan tahap keseriusan penyakit-penyakit tersebut.

4. Susu badan membantu mencapai berat badan yang sihat

Penyusuan badan dapat membantu menaikkan berat badan yang sihat dan membantu mengelakkan masalah obesiti pada peringkat kanak-kanak. Terdapat kajian yang membuktikan bahawa kadar obesiti adalah 15-30% lebih rendah bagi bayi-bayi yang diberikan susu badan berbanding dengan bayi-bayi yang diberikan susu formula.

Tempoh sesuatu penyusuan badan juga adalah penting kerana 1 bulan penyusuan badan dapat mengurangkan risiko bayi anda daripada mendapat masalah obesiti pada masa depan sebanyak 4%.

Hasil kajian ini mungkin terkait dengan perkembangan bakteria perut yang berbeza. Bayi yang diberikan susu badan akan cenderung mempunyai lebih banyak bakteria perut yang bermanfaat serta memberikan kesan kepada simpanan lemak.

Bayi yang diberikan susu badan juga mempunyai lebih banyak leptin dalam sistem tubuh mereka berbanding bayi yang diberikan susu formula. Leptin ini merupakan kunci hormon yang berperanan sebagai mengawal selera makan dan simpanan lemak.

Tabiat bayi yang diberikan susu badan selalunya akan dapat mengawal sendiri jumlah susu yang diminum. Mereka akan memilih untuk minum pada waktu yang betul-betul lapar dan ini secara tidak lansung akan membina gaya pemakanan yang sihat.

5. Penyusuan badan boleh menjadikan kanak-kanak lebih pintar

Beberapa kajian telah mengemukakan bahawa mungkin terdapat perbezaan dalam pertumbuhan otak diantara bayi yang diberikan susu badan dan bayi yang diberikan susu formula.

Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kemesraan fizikal, sentuhan dan hubungan mata yang berlaku ketika penyusuan badan.



Kajian menunjukkan bayi yang diberikan susu badan mempunyai skor kecerdikkan yang lebih tinggi dan lebih terhindar daripada masalah tingkah laku dan pembelajaran ketika mereka sedang membesar.

Kesan ini akan lebih lagi terlihat pada bayi pramatang yang mana mempunyai isu risiko dalam perkembangan mereka yang lebih kritikal.

Penyelidikan telah membuktikan dengan jelas bahawa susu badan dapat memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan otak bayi pramatang dalam jangka masa yang panjang dan terbukti manfaat susu ibu adalah pelbagai.

6. Penyusuan badan dapat membantu ibu untuk mengurangkan berat badan

Walaupun penyusuan badan meningkatkan lagi tenaga yang diperlukan oleh seorang ibu iaitu sebanyak 500 kalori sehari, namun keseimbangan hormon bagi ibu yang menyusukan anak adalah berbeza daripada biasa.

Apabila terdapat perubahan kepada hormon, ibu yang menyusukan anak akan cenderung mempunyai selera makan yang tinggi dan makanan yang diambil akan lebih banyak digunakan oleh badan untuk menghasilkan susu.

Untuk 3 bulan pertama setelah melahirkan bayi, ibu yang menyusukan bayi akan mengalami pengurangan berat badan yang rendah berbanding ibu yang tidak menyusukan anak mereka bahkan mungkin berat mereka akan menjadi meningkat.

Walaubagaimanapun, selepas 3 bulan menyusukan bayi, ibu yang menyusukan bayi akan mengalami proses peningkatan pembakaran lemak dalam badan.

Pada waktu kira-kira 3 hingga 6 bulan setelah melahirkan bayi, ibu yang menyusukan anak akan menunjukkan kadar pengurangan berat badan yang lebih banyak berbanding ibu yang tidak menyusukan anak.



Namun, gaya pemakanan dan senaman adalah penting dan masih menjadi faktor utama dalam usaha mengurangkan berat badan tidak kiralah sama ada anda menyusukan anak ataupun tidak.

7. Menyusukan anak dapat membantu pengecutan rahim

Semasa mengandung, rahim seorang ibu membesar dan mengembang dari saiz sebiji buah pir hinggalah hampir-hampir memenuhi ruang abdomen.

Sebaik sahaja selepas melahirkan, rahim akan melalui proses pengecutan untuk kembali kepada saiz asal. Hormon yang dihasilkan semasa hamil, oksitosin, akan membantu dalam proses pengecutan rahim. Tubuh ibu yang hamil akan menyimpan hormon oksitosin yang tinggi dan kemudian hormon ini akan membantu semasa saat melahirkan bayi dan membantu mengurangkan pendarahan.

Hormon oksitosin juga meningkat semasa penyusuan badan. Ia dapat membantu menggalakkan rahim untuk mengecut dan mengurangkan pendarahan serta akan mengembalikan uterus kepada saiz asal.

Kajian menunjukkan bukti bahawa ibu yang memberikan susu badan secara umumnya akan kurang kehilangan darah setelah melahirkan bayi dan proses pengecutan rahim mereka menjadi lebih lancar dan cepat.

8. Ibu yang menyusukan bayi mempunyai risiko depresi yang lebih rendah

Depresi setelah melahirkan (postpartum depression) merupakan perkara boleh dialami oleh ibu setelah melahirkan bayi. Kira-kira 15% ibu mengalami depresi ini setelah melahirkan bayi.

Ibu yang mengamalkan penyusuan badan didapati kurang mendapat depresi setelah melahirkan berbanding dengan ibu yang tidak mengamalkan penyusuan badan setelah melahirkan.

Walaubagaimanapun, seorang ibu yang mengalami depresi awal iaitu sebaik sahaja selepas melahirkan juga didapati akan mengalami masalah untuk memberikan susu badan dan ia berlarutan dalam tempoh yang singkat.



Hormon oksitosin yang dirembeskan semasa penyusuan badan mempunyai kesan anti-kegelisahan (anti-anxiety) yang lama. Ia juga dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak dengan memberikan kesan terhadap kawasan otak tertentu yang membantu untuk merasa kenyamanan.

Satu kajian menunjukkan bahawa kadar penderaan dan pengabaian anak setelah melahirkan adalah 3 kali lebih tinggi bagi ibu yang tidak menyusukan anak mereka berbanding ibu yang menyusukan anak mereka. Namun, perlu diingatkan bahawa ia adalah hanya statistik kajian. Tidak memberikan susu badan tidak lah bermaksud anda telah mengabaikan anak anda.

9. Memberikan susu badan dapat mengurangkan risiko penyakit

Penyusuan badan didapati dapat memberikan ibu perlindungan jangka lama daripada kanser dan beberapa jenis penyakit.

Tempoh bagi seseorang wanita menyusukan anak mempunyai kaitan dengan pengurangan risiko mendapat kanser payudara dan kanser ovari.

Menurut kajian, wanita yang menyusukan anak lebih daripada 12 bulan sepanjang hidup mereka mempunyai risiko 28% lebih rendah untuk mendapat kedua-dua kanser payudara dan ovari. Setiap satu tahun tempoh penyusuan badan dikaitkan dengan 4.3% penurunan risiko terkena kanser payudara.

Kajian terbaru juga telah membuktikan bahawa penyusuan badan dapat mengelakkan masalah sindrom metabolik iaitu beberapa keadaan dimana ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan masalah kesihatan yang lain.

Wanita yang memberikan susu badan untuk tempoh 1 hingga 2 tahun sepanjang hayat mereka mempunyai risiko 10-50% lebih rendah untuk mendapat masalah tekanan darah tinggi, artritis, lemak dalam darah yang tinggi, serangan jantung dan kencing manis tahap 2.

10. Penyusuan badan dapat mengelakkan menstruasi

Penyusuan badan yang berterusan dapat menghentikan seketika proses ovulasi dan menstruasi (haid).



Penghentian seketika kitaran menstruasi merupakan kaedah semulajadi untuk menjarakkan antara kehamilan.

Sesetengah wanita menggunakan kaedah ini sebagai perancang kehamilan untuk tempoh beberapa bulan awal setelah melahirkan bayi.

Walaubagaimanapun, kaedah ini adalah bukan kaedah yang efektif sebagai perancang kehamilan.

11. Penyusuan badan dapat menjimatkan masa dan wang

Manfaat susu ibu yan paling utama ialah ia percuma dan memerlukan usaha yang minimal.

Dengan memilih untuk memberikan susu badan, anda tidak perlu:

  • Mengeluarkan duit untuk membeli susu formula.
  • Mengira kuantiti susu yang bayi anda minum setiap hari.
  • Mengambil tempoh masa yang lama untuk membersihkan dan mensteril botol susu.
  • Membancuh dan memanaskan botol susu terutama pada tengah malam.
  • Mencari jalan untuk memanaskan botol susu ketika keluar dari rumah.

Penyusuan badan sentiasa berada dalam suhu yang sesuai dan sedia untuk diberikan kepada bayi.

Perkara yang perlu diambil perhatian

Sekiranya anda tidak dapat menyusukan anak anda, memberikan susu formula tidaklah menjadi satu kesalahan. Ia juga dapat memberikan bayi anda pelbagai nutrient yang diperlukan.



Walaubagaimanapun, pemberian susu badan amatlah digalakkan kerana ia mempunyai pelbagai manfaat untuk bayi dan juga ibu.

Rujukan:

  1. Benefits of Breatstfeeding – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 5 =