Kekurangan hormon tiroid menyebabkan masalah yang dikenali sebagai hipotiroid. Ia akan menyebabkan beberapa simptom seperti lambat tindak balas ketika melakukan aktiviti fizikal dan mental.
Kekurangan hormon tiroid pada kanak-kanak pula akan menyebabkan perkembangan fizikal dan mental mereka lambat. Malah ia boleh menyebabkan mereka terencat akal. Maka, bayi perlu dirawat dan dipantau oleh doktor seawal usia mereka.
Masalah Hipotiroid
Hipotiroid adalah masalah endokrin yang selalu berlaku dan ia disebabkan kurangnya penghasilan hormon tiroid. Ia selalunya berlaku kerana kalenjar tiroid tidak dapat menghasilkan hormon tiroid yang secukupnya.
Hormon tiroid terdiri daripada 2 jenis iaitu hormon thyroxine dan juga hormon triiodithyronine. Majoriti hormon yang dihasilkan oleh kalenjar tiroid adalah thyroxine. Oleh kerana itu, jika seseorang itu dikatakan mempunyai kekurangan hormon tiroid, dia akan diberikan oleh doktor ubat yang dinamakan sebagai levothyroxine bagi menggantikan hormon thyroxine di dalam badan.
Kurangnya penghasilan hormon tiroid juga boleh disebabkan perkara yang lain seperti kurangnya hormon perangsang tiroid(thyroid stimulating hormon) yang dihasilkan oleh kalenjar pituitari. Pembaca perlu tahu bahawa kalenjar tiroid perlu mempunyai rangsangan daripada hormon perangsang tiroid yang dihasilkan oleh kalenjar pituitari pada otak. Selepas itu, barulah kalenjar tiroid dapat menghasilkan hormon thyroxine.
Jika kalenjar pituitari mengalami masalah, hormon perangsang tiroid akan semakin berkurangan dan menyebabkan kalenjar tiroid mengalami kekurangan penghasilan hormon tiroid. Sebagai tambahan, dalam penghasilan hormon thyroxine, unsur iodin di dalam makanan juga diperlukan. Jika unsur tersebut kurang, ia akan menyebabkan masalah hipotiroid kerana hormon thyroxine tidak dapat dihasilkan.
Bagaimana Hipotiroid berlaku?
Terdapat beberapa cara bagaimana hipotiroid terjadi. Ia boleh disebabkan:
- Masalah hipotalamus
- Masalah kelanjar pituitari
- Masalah Tiroid
Hipotalamus merupakan salah satu struktur di dalam otak dan ia mempunyai pelbagai fungsi. Tetapi dalam perkara yang melibatkan kalenjar tiroid ia berfungsi untuk menghasilkan hormon thyrotropin.
Hormon ini akan merangsangkan kalenjar pituitari untuk menghasilkan hormon perangsang tiroid. Kemudian barulah kalenjar tiroid akan menghasilkan hormon tiroid iaitu hormon thyroxine
Jika terdapat masalah pada salah satu tahapan tersebut ia akan mengganggu proses penghasilan hormon thyroid. Sebagai contoh jika terdapat ketumbuhan pada bahagian hipotalamus ataupun kalenjar pituitari yang menyebabkan penghasilan hormon thyrotropin ataupun hormon perangsang tiroid terganggu, sudah tentu ia akan menyebabkan penghasilan hormon tiroid juga terganggu dan semakin berkurangan.
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Punca hipotiroid
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan hipotiroid. Beberapa punca yang berkait dengan masalah tiroid itu sendiri adalah:
- Keradangan tiroid autoimun
- Keradangan tiroid selepas bersalin
- Hipotiroid disebabkan pengambilan ubat
- Hipotiroid iatrogenic
1. Keradangan tiroid autoimun (Hashimoto thyroiditis)
Penyebab utama yang selalu menyebabkan hipotiroid adalah keradangan tiroid autoimun. Dalam masalah ini, sel pertahanan badan sendiri akan mengeluarkan antibodi yang akan menyerang sel tiroid. Ini akan menyebabkan kerosakan kalenjar tiroid hingga mana ia tidak lagi mampu mengeluarkan hormon thyroxine.
Bukan setakat itu, sel darah putih juga akan memasuki tisu tiroid dan cuba menghapus sel tiroid yang ada. Sebab itu penyakit ini juga dipanggil sebagai ‘chronic lymphocytic thyroiditis’.
Dimana lymphocytic berasal daripada perkataan lymphocyte iaitu sejenis sel darah putih. Chronic pula bermaksud penyakit yang berlaku dalam jangka masa yang lama dan thyroiditis bermaksud keradangan thyroid.
Ia membawa maksud keradangan tiriod yang disebabkan kemasukan sel lymphocyte(sejenis darah putih) yang akan merosakkan tisu tiroid.
2. Keradangan tiroid selepas bersalin
Ada beberapa keadaan dimana, wanita yang baru bersalin menghadapi keradangan tiroid seolah-olah seperti masalah ‘Hashimoto Thyroiditis’. Dan selalunya pesakit tersebut sebelum ini mempunyai masalah ‘Diabetes Mellitus Type 1’ iaitu kencing manis jenis 1. Ia merupakan salah satu masalah autoimmune juga.
3. Pengambilan ubat
Berikut adalah beberapa jenis ubat yang dikatakan mempunyai potensi penyebab kepada hipotiroid. Ia adalah:
- Amiodarone
- Thalidomide
- Lithium
- Stavudine
- Rifampin
- Phenytoin
- Carbamazepine
- Phenobarbital
- Sulfisoxazole
Radiasi pada leher kerana menjalani rawatan kanser pada bahagian tersebut boleh menyebabkan hipotiroid. Ini kerana ia boleh menyebabkan kematian pada sel dikawasan tersebut.
4. Kekurangan unsur iodin di dalam makanan
Ada beberapa kawasan terutamanya di kawasan bukti mempunyai masalah kekurangan unsur iodin di dalam makanan. Perlu diketahui bahawa iodin merupakan salah satu unsur yang diperlukan untuk menghasilkan hormon tiroid. Jika unsur tersebut sedikit, maka penghasilan hormon adalah tidak mencukupi dan menyebabkan simptom hipotiroid.
Bagi yang bukan tinggal dibukit selalunya mereka mendapat makanan daripada laut dan sungai yang mempunyai kandungan unsur iodin yang mencukupi.
5. Genetik
Komponen genetik seseorang juga memainkan peranan penting dalam masalah hipotiroid kerana mereka yang mempunyai penyakit autoimun yang lain juga mempunyai risiko untuk terkena keradangan tiroid autoimun(Hashimoto thyroiditis).
Malah jika ada keluarga yang menghadapi masalah autoimun, ahli keluarga lain juga mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi masalah yang sama.
6. Hipotiroid berpusat
Masalah hipotiroid berpusat bermaksud masalah itu berpunca samada daripada struktur hipotalamus ataupun kalenjar pituitari di bahagian otak. Beberapa penyebab yang boleh menyebabkan masalah hipotiroid adalah:
- Adenoma pituitari: Ia merupakan ketumbuhan pada kalenjar pituitari
- Tumor otak yang menekan struktur hipotalamus
- Keradangan pada kalenjar pituitari
- Sindrom Sheehan : Selalunya berlaku selepas bersalin
Kesemua masalah ini akan mengganggu sama ada penghasilan thyrotropin atau hormon perangsang tiroid yang akan menyebabkan kelenjar tiroid tidak mampu menghasilkan hormon tiroid lagi.
Prognosis(Kesudahan masalah hipotiroid)
Hipotiroid yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kencing manis, kolesterol tinggi, kegemukkan dan sebagainya. Pada akhirnya, ia boleh menyebabkan masalah metabolik yang serius dan juga kematian.
Masalah hipotiroid pada kanak-kanak yang tidak dirawat pula boleh menyebabkan terencat akal yang kekal. Malah pertumbuhan badan kanak-kanak tersebut juga akan terencat.
Tetapi dengan rawatan, ia mampu mengelakkan perkara-perkara tersebut
Simptom dan tanda hipotiroid
Pesakit hipotiroid selalunya mengalami masalah lambat tindak-balas fizikal dan mental. Kadang-kadang pesakit tidak mempunyai masalah tersebut tetapi dapat dilihat simptom-simptom yang lain.
Simptom-simptom bagi hipotiroid adalah:
- Rasa letih dan tidak bertenaga
- Bertambah berat badan walaupun tidak banyak makan
- Kurang selera makan
- Tidak tahan sejuk
- Kulit kering
- Rambut gugur
- Asyik mengantuk
- Asyik lupa
- Sembelit
- Haid tidak teratur
Jika keadaan hipotiroid terlampau teruk, ia boleh menyebabkan satu keadaan yang dipanggil sebagai ‘Myxedema coma’. Selalunya pesakit ini akan mempunyai
- Kesedaran mental yang terganggu
- Konfius
- Suhu badan yang rendah
- Degupan jantung yang lambat
- Saiz jantung yang besar
- Terdapat cecair di dalam abdomen yang menyebabkan perutnya menjadi busung.
Diagnosa-diagnosa yang lain
Terdepat beberapa penyakit yang menunjukkan simptom yang sama iaitu:
Penyiasatan
Ada beberapa penyiasatan yang boleh dilakukan untuk mengetahui seseorang itu mempunyai masalah hipotiroid beserta penyebabnya.
1. Hormon thyroxine(T4 atau T3)
Untuk mengetahui seseorang itu mempunyai masalah hipotiroid ataupun tidak, pengambilan hormon thyroxine adalah perlu. Jika hormon tersebut adalah rendah daripada jumlah yang normal, ini bermaksud pesakit mempunyai masalah hipotiroid.
2, Hormon Perangsang Tiroid(Thyroid stimulating hormon)
Selalunya ketika mana mengambil darah pesakit, 2 ujian ini akan digabungkan sekali iaitu pengambilan darah untuk melihat hormone thyroxine berserta hormon perangsang tiroid. Hormon perangsang tiroid adalah hormon yang dihasilkan oleh kalenjar pituitari.
Ia bertindak untuk merangsang kalenjar tiroid untuk menghasilkan hormon thyroxine. Penting untuk mengetahui hormon perangsang tiroid ini kerana punca kepada masalah hipotiroid tersebut boleh dikenalpasti.
Jika bacaan hormon perangsang tiroid tinggi dalam pesakit hipotiroid, ini bermakna masalahnya adalah pada kalenjar tiroid itu sendiri. Apabila kalenjar tiroid tidak menghasilkan hormon thyroxine pada kadar yang normal, ini akan memaksa kalenjar pituitari untuk menghasilkan hormon perangsang tiroid dengan lebih banyak untuk menyuruh kelanjar tiroid menghasilkan hormon thyroxine.
Jika bacaan hormon perangsang tiroid rendah dalam pesakit hipotiroid, ini bermakna masalahnya adalah samada pada kalenjar pituitari mahupun hipotalamus yang menyebabkan hormon perangsang tiroid tidak banyak dihasilkan. Contoh masalah tersebut adalah adenoma pituitari, kanser otak yang menolak struktur hipotalamus dan beberapa yang lain.
3. Kajian antibodi yang menyerang kalenjar tiroid
Pengambilan sampel darah untuk melihat bacaan antibodi yang menyerang tiroid adalah penting untuk mengetahui sama ada pesakit mempunyai masalah autoimun seperti ‘Hashimoto thyroiditis’
Bacaan yang kita selalu ambil adalah Anti-TPO(thyroid peroxidase) dan juga anti-thyroglobulin. Kedua-dua bacaan ini selalunya tinggi jika seseorang itu mempunyai penyakit Hashimoto thyroiditis.
5. Pengimejan
Jika bacaan hormon perangsang tiroid rendah tanpa mempunyai sebab yang lain, selalunya pengimejan akan dibuat untuk melihat keadaan kalenjar pituitari dan otak. Terutamanya jika pesakit disyaki mempunyai kanser ataupun ketumbuhan dibahagian tersebut.
Ct-Scan mahupun MRI boleh digunakan untuk memeriksa kawasan otak.
Rawatan
Secara asasnya rawatan untuk pesakit yang mempunyai masalah hipotiroid iaitu kekurangan hormon tiroid ini adalah dengan memberi ubat hormon tiroid. Ubat yang selalu digunakan untuk merawat perkara tersebut adalah Levothyroxine.
Apabila rawatan tersebut dimulakan, pengambilan darah untuk mengetahui bacaan hormon thyroxine dalam darah perlu dibuat dalam masa 1-3 bulan. Ia penting kerana bacaan tersebut menunjukkan sama ada dos ubat levothyroxine yang diberikan cukup, berlebihan ataupun kurang. Dari situ, doktor akan ubah suai dos ubat tersebut.
Rawatan yang lain
Jika punca kepada masalah tersebut adalah ketumbuhan di otak, doktor yang merawat akan memberi cadangan sama ada perlu dibuat pembedahan ataupun tidak bergantung kepada banyak faktor. Setiap keputusan perlulah dibincangkan dengan doktor.
Bacaan seterusnya: Hipertiroid
Rujukan:
- Wolter P, Dumez H, Schoffski P. Sunitinib and hypothyroidism. N Engl J Med. 2007 Apr 12. 356(15):1580; author reply 1580-1
- Bothra N, Shah N, Goroshi M, et al. Hashimoto’s thyroiditis: Relative recurrence risk ratio and implications for screening of first degree relatives. Clin Endocrinol (Oxf). 2017 Mar 8
- Paschke R, Ludgate M. The thyrotropin receptor in thyroid diseases. N Engl J Med. 1997 Dec 4. 337(23):1675-81
- Woeber KA. Iodine and thyroid disease. Med Clin North Am. 1991 Jan. 75(1):169-78.
- Garber JR, Cobin RH, Gharib H, et al. Clinical practice guidelines for hypothyroidism in adults: cosponsored by the American Association of Clinical Endocrinologists and the American Thyroid Association. Thyroid. 2012 Dec. 22(12):1200-35.
- Jonklaas J, Bianco AC, Bauer AJ, et al. Guidelines for the treatment of hypothyroidism: prepared by the american thyroid association task force on thyroid hormone replacement. Thyroid. 2014 Dec. 24(12):1670-751
- sumber featured image: