Skip to content

Mata Juling: Punca, Simptom dan Rawatan

Adakah anda pernah melihat mata seseorang yang tidak selari antara satu sama lain? Sebelah mata kanan menghadap ke kanan, kiri, atas atau bawah, manakala mata kiri menghadap ke depan, begitu juga sebaliknya. Apabila kita bercakap dengan orang sebegini dengan melihat matanya, kita juga tidak pasti dia melihat ke arah mana. Ada kala ia akan menyebabkan kita kurang fokus apabila melihat matanya. Mungkin ini satu keadaan yang dialami oleh seseorang yang boleh dikatakan sebagai mata juling.

Bagaimanakah boleh terjadinya mata juling ini? Di dalam artikel ini akan dikongsikan serba sedikit mengenai mata juling atau dikenali sebagai strabismus.

Apa itu Mata Juling?

Mata juling atau strabismus berlaku apabila kedua belah mata tidak berada dalam keadaan selari pada satu masa yang sama atau juga dikenali sebagai cross-eyed. Ia berlaku apabila sebelah mata memandang ke dalam (esotropia), memandang ke luar (exotropia), ke atas (hypertropia) atau ke bawah (hypotropia).



Mata juling ini selalu terjadi disebabkan oleh otot mata yang lemah untuk mengawal pergerakan mata. Terdapat enam otot yang melekat pada setiap belah mata bagi mengawal pergerakan mata. Dalam keadaan normal, kedua belah mata ini akan bergerak secara serentak dan bersama-sama ke satu titik yang dikenal pasti pada satu tempat.

Keadaan ini boleh berlaku sepanjang masa atau berlaku dalam beberapa keadaan, seperti dalam keadaan penat, sakit, selepas membaca dalam tempoh yang lama atau melihat sesuatu objek dalam jarak yang dekat.

Strabismus ini selalu terjadi bermula sewaktu bayi atau kanak-kanak, selalunya bermula umur tiga tahun. Tetapi tidak terkecuali juga boleh berlaku pada kanak-kanak, remaja dan orang tua.

Jika tidak dirawat seawal  yang mungkin, strabismus ini boleh menyebabkan keadaan lebih buruk berlaku.

Jenis Mata Juling

Strabismus atau mata juling ini boleh dikategorikan dengan beberapa keadaan:

  • Esotropia: Sebelah mata memandang ke dalam
  • Exotropia: Sebelah mata memandang ke luar
  • Hypertropia: Sebelah mata memandang ke atas
  • Hypotropia: Sebelah mata memandang ke bawah


Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca Mata Juling

Kebanyakan punca yang berlaku adalah disebabkan otot yang berfungsi mengawal pergerakan mata dalam keadaan yang lemah atau lumpuh. Rabun dekat (hyperopia) juga antara punca yang boleh menyebabkan mata juling yang menyebabkan mata bergerak ke dalam.

Punca yang berlaku kepada kanak-kanak adalah disebabkan oleh penyakit yang lain seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, Hydrocephalus dan barah otak.

Punca yang lain:

  • Pembiasan cahaya mata yang tidak dibetulkan.
  • Penglihatan yang lemah pada sebelah mata.
  • Stroke
  • Trauma seperti kecederaan pada kepala.
  • Masalah saraf.
  • Penyakit Graves.

Simptom

Simptom bagi mata juling ini adalah mudah untuk dikenal pasti, antaranya ialah:

  • Keadaan dua belah mata tidak berada dan memandang dalam keadaan selari dan sejajar.
  • Kedua belah mata tidak bergerak secara bersama.
  • Memandang ke arah yang berlainan ketika melihat cahaya yang terang.
  • Memusingkan kepala untuk melihat sesuatu objek.

Bayi yang normal, kebiasaannya juling disebabkan oleh penglihatan yang belum matang dan masalah ini selalunya akan hilang ketika bayi membesar.

Kesan daripada mata juling ini ia boleh memberi kesan yang buruk dalam tempoh yang lama.

  • Amblyopia (mata malas): Mata malas adalah keadaan di mana mata tidak dapat melihat dalam keadaan sempurna kerana otak lambat untuk memproses maklumat bagi menghantar signal ke mata. Jika tidak dirawat dengan cepat (sebelum kanak-kanak berumur 10 tahun), ia boleh menyebabkan pandangan kabur yang berkekalan.
  • Binocular vision (Penglihatan teropong): Iaitu penglihatan tiga dimensi diperlukan untuk menganggar kedalaman atau ketebalan sesuatu objek akan terjejas disebabkan oleh mata juling.

Penyiasatan

Pakar optometris mempunyai beberapa cara untuk mengenal pasti punca dan keadaan mata yang berlaku akibat daripada juling ini.



  • Sejarah pesakit: Doktor akan mengambil maklumat dan sejarah pesakit mengenai apa-apa simptom yang dihadapi.
  • Visual Acuity (ketajaman penglihatan): Doktor akan menilai sejauh mana ketajaman penglihatan yang terkesan. Untuk ujian yang dilakukan adalah, pesakit diminta untuk membaca beberapa huruf yang ditunjukkan dalam keadaan dekat dan jauh.
  • Pembiasan: Doktor akan mengawal pembiasan untuk menentukan kanta yang sesuai untuk mengatasi masalah pembiasan yang berlaku.
  • Pemeriksaan kesihatan mata: Doktor akan melihat keadaan struktur mata di luar dan dalam mata pesakit untuk mengenal pasti jika ada punca lain yang menyebabkan strabismus ini.

Rawatan Mata Julitng

Rawatan bagi mata juling sangat penting untuk menjaga fungsi mata dapat bekerja dengan normal. Doktor akan menyarankan beberapa kaedah yang sesuai untuk merawat dan membetulkan masalah mata juling ini:

  • Cermin mata: Diperlukan untuk merawat penyakit rabun dekat (hyperopia)
  • Kanta prisma: Prisma digunakan untuk mengatasi cahaya yang masuk ke dalam cahaya dan mengawal pergerakan mata yang bergerak hanya kepada objek bergerak sahaja.
  • Terapi visual: Doktor akan sediakan ubat yang sesuai untuk merawat penyakit yang lain. Terapi visual ini adalah lebih kepada untuk melatih mata dan otak supaya bergerak dengan lebih tersusun.
  • Pembedahan mata:  Pembedahan mata boleh mengubah panjang atau posisi otot itu dan akan menyebabkan masa berjalan dengan sebab ini juga.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Healthline – Strabismus
  2. Strabismus.Org
  3. Cleveland clinic – Strabismus Crossed eye
  4. Stanford Health Care – Strabismus
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen + 6 =