Apakah punca kepada jangkitan selesema burung dan rawatannya? Artikel ini akan membincangkan masalah ini dengan lengkap
Pengenalan
Adakah anda pernah dengar mengenai selsema burung?
Selsema burung (bird flu) atau avian influenza (H5N1) yang melibatkan manusia di China. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), H5N1 telah dikesan menjangkiti manusia pada tahun 1997 dan telah membunuh 60% orang yang telah dijangkiti. Di dalam artikel ini akan menerangkan berkaitan selsema burung dengan lebih terperinci simptom dan rawatan yang perlu diambil.
Definisi
Selsema burung atau dalam bahasa perubatannya dipanggil sebagai bird flu atau avian influenza adalah satu penyakit virus yang bukan hanya menjangkiti burung sahaja, malah boleh menjangkiti manusia dan haiwan yang lain. Namun, kebanyakannya akan berlaku kepada burung sahaja.
Avian flu mempunyai dua jenis iaitu (H5N1) atau (H7N9). H5N1 adalah jenis selesema burung yang kerap terjadi. Jenis ini akan memberi kesan yang buruk kepada burung sehingga boleh menyebabkan kematian kepada burung yang dijangkiti.
Wabak selesema burung merupakan penyakit pernafasan pada populasi avian iaitu termasuk ayam, burung, itik, ayam turki, angsa dan lain-lain.
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Punca Selesema Burung
Selsema burung ini berpunca apabila penyakit ini menjangkiti manusia apabila mempunyai kontak dengan burung yang terkena jangkitan sama ada melalui najis, daripada hidung, mulut atau mata.
Siapakah golongan yang berisiko?
H5N1 mempunyai keupayaan untuk hidup di permukaan najis atau alir liur dalam tempoh 10 hari. Apabila berlaku sentuhan pada najis dan air liur itu, ia akan menjangkiti manusia.
Golongan yang berisiko untuk menghidapi avian flu:
- Penternak ayam dan burung.
- Pelancong yang melawat tempat yang mempunyai jangkitan.
- Terdedah kepada burung yang berpenyakit.
- Makan masakan telur yang kurang masak.
- Petugas kesihatan yang merawat pesakit yang mempunyai selsema burung.
- Pakaian, sarung kaki, kasut dan peralatan yang tercemar
Simptom Selesema Burung
Tanda-tanda gejala yang berlaku jika seseorang dijangkiti selsema burung ini selalunya hampir sama seperti demam kebiasaannya, tetapi ia boleh menjadi lebih teruk jika melibatkan jangkitan di saluran pernafasan yang boleh membawa kepada kematian.
Kajian menunjukkan selsema burung ini mampu memberi kesan kepada organ yang lain seperti otak dan saluran pencernaan. Ini menunjukkan jangkitan selsema burung ini mampu membawa kepada kematian.
Antara gejala yang akan dihadapi ialah:
- Demam.
- Batuk dan sakit tekak.
- Hidung berair.
- Sakit otot dan badan.
- Mudah penat.
- Sakit kepala.
- Mata kemerahan.
- Susah untuk bernafas.
- Najis berdarah.
- Jangkitan paru-paru.
Selsema burung ini berbeza daripada selsema yang biasa kerana virus yang biasa menjangkiti manusia adalah virus H1N1, H1N2 dan H3N2 berbanding dengan selsema burung iaitu H5N1.
Virus seperti H1N1 akan menyebabkan batuk dan selsema yang ringan sahaja, namun jika virus H5N1 ini manusia tidak mempunyai daya tahan semula jadi untuk melawan virus ini kerana virus ini merupakan virus yang baru dijumpai dalam kalangan manusia.
Ujian Pemeriksaan
Ujian darah dan sampel yang diambil dari hidung dan tekak pesakit antara kaedah yang digunakan untuk menyiasat dan mengenal pasti punca yang menyebabkan pesakit mempunyai gejala avian flu ini.
Real-time polymerase chain reaction (RT-PCR) antara teknik yang digunakan untuk mengambil sampel di hidung dan tekak pesakit. Namun begitu, terdapat beberapa langkah yang diambil daripada doktor untuk mengetahui keadaan pesakit dengan lebih terperinci seperti X-ray dan auskultasi.
Rawatan Selesema Burung
Adalah perlu untuk kita maklum bahawa selsema burung ini tidak mampu dirawat dengan pengambilan antibiotik kerana selsema burung ini berpunca daripada virus bukan daripada bakteria.
Ubat Anti Viral
Doktor akan memberikan ubat antiviral seperti oseltamivir dan zanamavir. Fungsi ubat ini adalah untuk mengurangkan virus ini daripada membiak di dalam badan, dan ubat ini perlu diberikan dalam tempoh 48 jam.
Terlebih penting kepada mereka yang sihat untuk mengamalkan langkah pencegahan dalam mengelakkan jangkitan selsema burung ini terutama bagi mereka yang sering mengembara ke luar negara.
Sebelum lawatan:
- Layari laman web www.cdc.gov/travel/seasia.htm Diseases Control and Prevention (CDC) Travelers Health bagi kawalan dan pencegahan penyakit
- Layari laman web www.cdc.gov/flu/aviab/index.htm bagi senarai kawasan yang dikenal pasti avian influenza dan lain-lain maklumat berkaitan
- Membawa kit kesihatan.
- Berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
Semasa lawatan
- Elakkan dari mengunjungi ladang ternakan dan pasar.
- Sentiasa membasuh tangan dengan sempurna.
- Masak daging dan telur dengan sempurna.
Selepas lawatan
- Awasi kesihatan anak anda dalam tempoh 10 hari
- Berjumpa doktor jika anak anda jatuh sakit dalam tempoh ini.
RUJUKAN:
- Center for Disease Control And Prevention – Avian Influenza
- Healthline – Avian Influenza
- Web Md – Avian Influenza
- Medline Plus – Bird Flu
- My Health – Selsema burung