Ubat Varenicline (Champix): Kegunaan & Kesan Sampingan

ubat varenicline (champix)

Apakah kegunaan ubat varenicline yang juga dikenali sebagai champix ini? Artikel ini membincangkan kegunaan dan kesan sampingan ubat ini.

Pengenalan

Tabiat berhenti merokok semestinya menjadi ‘trend’ azam baru untuk semua perokok tegar di luar sana. Ketagihan inilah yang amat sukar untuk dikawal bagi mereka yang sememangnya tidak boleh berpisah dengan rokok seterusnya, menyebabkan azam tersebut tidak berjaya.

Merokok bukan sahaja memberikan kesan berbahaya kepada kesihatan fizikal pesakit dan orang di sekitarnya, malah ia juga menyebabkan ketagihan nikotin yang berpanjangan kepada pesakit. Varenicline merupakan ubat yang mampu membantu perokok tegar di luar sana untuk mengurangkan kekerapan merokok mereka secara beransur-ansur dan tidak berhenti secara mengejut.



Kebiasaannya, ubat tablet varenicline ini akan berkesan sekiranya semasa pesakit masih merokok. Pesakit perlu tetapkan tarikh target untuk berhenti merokok dalam masa seminggu ke dua minggu pertama rawatan. Dalam masa lima minggu pertama menggunakannya, pesakit juga hendaklah kurangkan kekerapan merokok mereka secara berperingkat dan cuba berhenti merokok dalam masa lima minggu tersebut.

Penggunaan

Berbalik kepada topik perbincangan artikel ini, di pasaran, Varenicline hanya terdapat dalam dos tablet sahaja. Cara pengambilannya, hendaklah ditelan ubat secara keseluruhan. Jangan hancurkan atau kunyah ketika makan dan telan bersama air minuman seperti biasa.

  • Dos permulaan ialan 0.5mg sekali sehari selama tiga hari.
  • Kemudian selepas hari ke-empat sehingga hari ke-tujuh, dos akan dinaikkan kepada 0.5mg dua kali sehari. Pilih masa pengambian ubat ini secara tetap seperti pagi dan petang pada waktu yang sama setiap hari.
  • Pada hari ke-lapan dan berikutnya, dos akan menjadi 1mg, makan dua kali sehari. Lazimnya rawatan menggunakan tablet Varenicline ini mengambil masa 12 minggu.

Jika terlupa mengambil dos, jangan gandakan dos untuk menggantikan dos yang terlupa. Ambil dos seterusnya seperti biasa.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Cara Ubat Berfungsi

Varenicline merupakan rawatan farmakologi yang melibatkan pengunaan ubat bagi merawat ketagihan nikotin. Varenicline merupakan agonis separa reseptor nikotin tertentu. Ia boleh membantu pesakit berhenti merokok dengan mengekalkan tahap hormon dopamin yang sederhana untuk mengatasi dan mengurangkan kepuasan merokok.

Varenicline selamat untuk diambil bersama atau dimakan bersama kombinasi ubat-ubatan terapi yang lain selain daripada nicotine(NRT) dan cimetidine (ubat perut). Bukan itu sahaja, malah kontraindikasi dengan makanan dan alkohol juga tidak dikesan.

Nama Brand Varenicline

  • Champix

Kesan Sampingan



Lazimnya kesan sampingan ini hanya akan dilami semasa minggu pertama selepas terapi ini bermula. Hendaklah diingatkan bahawa tahap kesan sampingan bagi setiap individu adalah berbeza dan ada juga sesetengah individu tidak mengalaminya. Namun, berikut adalah antara senarai kesan sampingan Varenicline:

  • Mual (kerap berlaku)
  • Selsema, gangguan mimpi, insomnia, dan sakit kepala (sangat biasa)
  • mulut terasa kering,
  • ketidak selasaan perut,
  • Muntah,
  • Cirit-birit,
  • Sembelit,
  • Kurang atau naik selera makan,
  • Keletihan,
  • Sengal-sengal otot,
  • Bronchitis dan
  • Sinusitis

Interaksi antara ubat

Peningkatan kesan sampingan mungkin berlaku sekiranya diambil bersama nikotin tampalan transdermal dan juga pengambilan ubat Cimetidine.

Peringatan

  • Potensi berlaku serangan jantung kepada pesakit yang sedia ada penyakit berkaitan jantung.
  • Wanita hamil dan menyusukan anak tidak boleh menggunakan   
  • Sekiranya pesakit yang menggunakan varenicline mengalami perubahan mood atau tingkah laku, hendaklah berhenti mengambilnya dan hubungi doktor dengan segera.
  • Jika pesakit mengalami kesan sampingan seperti keletihan dan mengantuk, pengendalian mesin dan juga memandu kenderaan perlu dielakkan.
  • Penyesuaian dos diperlukan untuk warga emas dengan kekurangan fungsi buah pinggang seperti menjalani hemodialisis dan lain-lain yang berkaitan.

Penyimpanan

Produk ini tidak memerlukan keadaan penyimpanan yang khas. Seperti ubat-ubatan tablet yang lain, jangan simpan ubat di tempat yang suhunya melebihi daripada suhu bilik. Pastikan ubat sentiasa berada dalam keadaan yang kedap untuk melindunginya daripada kerosakan akibat lembapan.

Info tambahan

Menurut risalah FBM, perkhidmatan ini melibatkan dua jenis rawatan iaitu farmakologi dan non farmakologi. Oleh itu, perkhidmatan istimewa disediakan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia melalui program Khidmat Berhenti Merokok (KBM) untuk membimbing mereka yang sedang mencuba untuk berhenti merokok dalam pengurusan rawatan Farmakoterapi Berhenti Merokok (FBM). Prosedur ini digunapakai oleh semua fasiliti farmasi yang menjalankan FBM di klinik kesihatan KKM dan hospital KKM.

Terdapat dua agen yang akan dicadangkan oleh pegawai farmasi iaitu, rawatan penggantian Nicotine (Nicotine based therapies, NRT) dan rawatan yang tidak menggunakan penggantian Nicotine seperti penggunaan ubat Varenicline, ‘sustain release’ burpropion dan nortriptyline. Lazimnya NRT akan menggunakan kaedah seperti gula-gula getah, patch, lozenge dan ‘inhaler’.

Rujukan:

  1. Varenicline – Medscape
Advertisements

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five − two =

Scroll to Top