Skip to content

Barang yang perlu ada dalam First Aid Kit (Peti Pertolongan Cemas)

Kotak First aid kit atau peti pertolongan cemas merupakan salah satu perkara penting yang perlu ada di kebanyakan tempat kerana seseorang itu boleh memberikan rawatan awal kepada pesakit sebelum sampai ke klinik ataupun hospital.

Bahkan dengan rawatan yang betul, sesuatu kecederaan yang tidak serius tidak memerlukan untuk dibawa berjumpa dengan doktor jika anda sendiri tahu untuk merawatnya dan mempunyai kelengkapan first aid kit yang mencukupi.

Disini kami buat senarai barang peti pertolongan cemas yang penting dan perlu ada di dalam peti tersebut.

1. Plaster



Plaster ini merupakan barangan asas yang semua first aid kit perlu ada. Ia boleh digunakan untuk menutup luka-luka kecil yang tidak mengalami pendarahan yang teruk.

Cara guna:

Jika terdapat luka kecil yang kurang daripada 2cm, anda boleh gunakan plaster ini.

Selalunya luka jenis ini adalah disebabkan:

  1. Luka ketika menggunakna pisau
  2. Terkena duri
  3. Melecet

Jika seseorang mengalami luka, pesakit perlulah membasuh kawasan luka tersebut dengan air yang banyak. Pastikan luka tidak mengandungi apa-apa kekotoran terlebih dahulu. Lap disekeliling kawasan luka itu supaya ia tidak basah dan boleh dilekatkan dengan plaster ini.



Selalunya, luka kecil seperti ini tidak terlalu kotor. Oleh itu, tidak perlu mencuci luka tersebut menggunakan antiseptik seperti iodin ataupun perlu meletakkan acraflavine pada luka itu.

Jika ia kotor sebagai contoh luka yang dimasuki habuk, batu atau tanah, anda boleh mencucinya dulu menggunakan iodin.

Melecet pada kaki

Ada juga individu yang melecet pada kaki terutamanya bila berlari jauh ataupun mendaki gunung/bukit. Anda boleh gunakan plaster ini untuk ditampalkan pada kawasan kaki bagi mengelakkan kaki anda melecet lebih teruk.

Cadangan plaster: Hansaplast

2. Bandage

Terdapat 2 jenis bandage iaitu bandage biasa dan bandage segitiga/triangular bandage/Kain anduh. Kami terangkan penggunaan bandage biasa ini dulu.

Terdapat beberapa penggunaan untuk alatan ini iaitu:

  • Membalut luka
  • Membalut kawasan yang bengkak

Membalut luka



Jika luka melebihi 2cm, pesakit mungkin memerlukan penggunaan bandage bagi menutup kawasan luka tersebut.

Tetapi sebelum itu, bersihkan kawasan luka menggunakan antiseptik dan tutupkan luka itu dengan gauze(Kain kasa perubatan). Kemudian balut dengan bandage untuk memberi sedikit tekanan pada bahagian luka agar pendarahan di kawasan tersebut berhenti

Membalut kawasan yang bengkak

Jika seseorang itu jatuh dan menghasilkan bengkak dikawasan tersebut, beberapa perkara perlu dilakukan untuk mengelakkan bengkak itu semakin besar dan teruk.

Salah satunya adalah dengan memberi tekanan(Compression) pada bahagian yang bengkak. Ini akan mengelakkan pendarahan yang lebih banyak di bawah kulit dan menyebabkan bengkak tidak terlalu besar.

Oleh itu, gunakan bandage ini untuk membalut kawasan bengkak itu. Ikatkan secara sederahan ketat untuk mengelakkan perjalanan darah terganggu.

Cadangan bandage:

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

3. Kain anduh(Triangular Bandage)

Terdapat pelbagai fungsi untuk alat ini dan dalam artikel ini kami akan menceritakan 3 fungsi sahaja.



  • Sebagai anduh ketika patah tulang tangan atau patah tulang selangka(clavicle)
  • Membalut luka atau membalut kawasan lebam
  • Digunakan sebagai mask(topeng)

Patah tulang tangan atau selangka

Seseorang yang patah tulang tangan akan merasakan tidak selesa dan sakit untuk membiarkan tangannya tergantung begitu sahaja.

Ini kerana tulang yang patah itu akan bergesel diantara satu sama lain dan menyebabkan sakit di bahagian tersebut.

Jadi cara untuk menstabilkan kawasan yang patah itu adalah dengan menggunakan anduh ini. Ikatkan ia dileher dan gantung tangan pesakit dalam anduh tersebut.

Mask(topeng)

Dalam jerebu sebagai contoh dan pada ketika itu anda tiada mask, anda boleh gunakan anduh ini. Ikat anduh tersebut dibahagian hidung dan mulut. Basahkan sedikit di bahagian mulut supaya partikel kecil boleh ditapis sebelum disedut masuk ke dalam paru-paru.

Cadangan kain anduh: Triangular bandage

4. Gauze(kain kasa perubatan)

kain kasa perubatan gauze

Kain kasa atau gauze ini selalunya digunakan untuk menutupi luka yang besar. Ia juga boleh digunakan untuk membersihkan luka yang kotor.



Gauze ini terdiri daripada jejaring benang dan ia tidak tercabut bila ditarik daripada luka. Terkadang ada yang menggunakan cotton(kapas) untuk menutupi luka. Keadaan ini akan menyebabkan serpihan kapas akan melekat pada luka apabila ia dibuka.

Oleh itu, gunakan gauze berbanding cotton ketika menutupi luka

Cadangan Kain kasa: Smith and Nephew plain Gauze

5. Cotton(Kapas)

Kapas pula selalunya digunakan untuk membersihkan luka. Jika luka tersebut tidak terlalu kotor maksudnya tidak mempunyai benda asing seperti tanah, kaca, batu dan sebagainya, luka tersebut boleh dibasuh dengan air biasa dan cotton digunakan untuk membersihkan kawasan tersebut.

Jika luka itu kotor, gunakan air bersih untuk membersihkan kekotoran terlebih dahulu. Kemudian sapu dengan larutan antiseptik(iodin) menggunakan cotton untuk membunuh kuman dibahagian tersebut.

Cadangan kapas: Sterile cotton ball

6. Povidone iodine

Ia merupakan larutan yang berwarna kuning. Larutan ini mengandungi unsur iodin yang berfungsi untuk membunuh kuman(antiseptik) di kawasan luka.

Jika kawasan luka itu besar dan kotor, gunakan larutan ini untuk membersihkan luka tersebut.



Cadangan produk: Povidone iodine

7. Krim pemanas

Krim pemanas ini selalunya digunakan untuk merawat sakit otot dan juga kekejangan otot.

Seseorang yang sakit otot dan tidak mempunyai luka pada bahagian tersebut, maka anda boleh menggunakan krim ini untuk mengurangkan sakit dibahagian tersebut.

Cadangan Krim Pemanas: Flanil

8. Gunting

Gunting penting untuk memotong gauze, bandage dan sebagainya. Oleh itu, jangan lupa untuk meletakkan ia dalam kotak first aid anda.

9. Micropore

Micropore ini macam selotip yang digunakan untuk melekatkan beberapa perkara seperti melekatkan gauze pada kulit, melekatkan bandage supaya ia tercabut dan apa-apa yang berkaitan.

Cadangan: Micropore

Ubat-Ubatan

Sebarang ubat-ubatan adalah dilarang untuk diletakkan di dalam Peti Pertolongan kecemasan mengikut garis panduan Penyediaan Peti Pertolongan Kecemasan.



Ubat-ubat dalam senarai dibawah ini HANYA DISYORKAN jika terdapat staf perubatan yang terdiri daripada doktor ataupun pembantu pegawai perubatan sahaja yang boleh mendiagnos atau mengenal pasti penyakit yang sedang di alami oleh seseorang individu.

Ia seeloknya diletakkan di dalam bekas yang berasingan dengan Peti Pertolongan Cemas ini.

1. Paracetamol

Ubat paracetamol ini merupakan ubat yang wajib ada dalam kotak first aid sebab ia boleh memberikan rawatan awal terutamanya bagi mereka yang baru sahaja demam.

Bahkan ia juga boleh digunakan sebagai ubat tahan sakit

Cadangan:

2. Ponstan(Mefenamic Acid)

Ponstan ini merupakan salah satu jenis ubat tahan sakit. Ia boleh digunakan untuk mengurangkan sakit-sakit otot, sakit disebabkan luka dan sebagainya.

Pastikan anda tidak mempunyai alahan dengan ubat tahan sakit

3. Ubat gastrik

Ubat gastrik yang boleh digunakan adalah jenis antacid iaitu berfungsi untuk meneutralkan asid di dalam perut. Anda boleh cuba simpan tablet Gelusil yang mengandungi Magnesium trisilicate di dalamnya.



Anda juga boleh cuba gaviscon dalam paket kecil ini. Gunakan ia bila perlu sahaja

Cadangan: Gaviscon small pack

4. Loratadine

Loratadine digunakan untuk mereka yang menghadapi selesema dan alahan.

5. Maxolon(metoclopramide)

Ubat metocloparamide pula digunakan sebagai ubat tahan muntah. Jika ada yang mengalami keracunan makanan dan muntah-muntah, maka ubat ini sesuai diguanakan

6. Lomotil(Diphenoxylate dan Atropine)

Lomotil pula adalah ubat yang digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.

Kesimpulan

Kotak first aid kit atau peti pertolongan cemas merupakan salah satu barang yang penting dan memerlukan komitmen seseorang itu untuk menjaganya.

Jika ada kekurangan perkakasan di dalam itu, cepat-cepat isi ia balik supaya orang ramai boleh menggunakan ia.

Boleh dapatkan ubat-ubatan ini di farmasi dan bertanyakan soalan kepada ahli Farmasi. Farmasi Allcare, Bandar Baru Bangi

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + 5 =