Skip to content

Batuk: Punca dan Jenis Ubat Batuk

Semua daripada kita akan mengalami masalah batuk walaupun sekali dalam seumur hidup. Selalunya simptom ini tidak memberikan masalah besar kepada seseorang. Tetapi jika batuk tersebut berpanjangan ataupun teruk, ia sedikit sebanyak mengganggu kehidupan pesakit tersebut.

Batuk adalah satu keadaan dimana seseorang itu dengan secara paksa mengeluarkan sesuatu daripada tekaknya akibat ketidakselesaan seperti gatal tekak, rasa sakit, rasa bengkak atau mempunyai kahak dibahagian tekak. Ia merupakan satu refleks yang normal dimana jika ada kerengsaan dibahagian tekak, ia akan menghantar isyarat ke otak iaitu pusat batuk. Otak dengan secara automatiknya mengecutkan otot dibahagian dada untuk batuk bagi menghilangkan rasa ketidakselesaan.

Bahkan perkara ini merupakan mekanisma untuk melindungi paru-paru dan saluran pernafasan daripada dimasukkan benda asing seperti virus, bakteria ataupun objek asing. Ini kerana bahan-bahan ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru atau tercekik jika ia terlalu besar.



Gejala batuk ini merupakan sesuatu yang biasa jika seseorang itu mengalami jangkitan virus dibahgian tekak. Akan tetapi jika ia disertai dengan simptom lain seperti sesak nafas, batuk berdarah dan demam yang tinggi, ia mungkin petungjuk kepada suatu penyakit yang berbahaya. Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika mengalami gejala seperti ini.

Punca batuk

Batuk boleh dikategorikan kepada akut dan juga kronik. Jenis akut adalah simptom yang berlaku kurang daripada 3 minggu. Manakala, masalah yang lebih daripada 8 bulan pula dikategorikan sebagai batuk yang kronik.

Punca batuk yang akut:

Jenis masalah yang akut pula boleh dibahagikan kepada 2 iaitu disebabkan jangkitan kuman ataupun tidak

  • Jangkitan kuman: selalunya masalah jenis ini akan menyebabkan pesakit mengalami demam, rasa sejuk, sakit-sakit badan, sakit tekak dan selesema. Ia juga menyebabkan seseorang itu mempunyai kahak
  • Bukan disebabkan jangkitan kuman: Simptom ini berlaku apabila seseorang terdedah pada bahan kimia ataupun bahan yang menyebabkan iritasi pada tekak.

Punca batuk kronik

  • Asma yang tidak terkawal
  • Bronchitis
  • Gastroesophageal reflux disease(GERD). Keadaan ini berlaku dimana asid didalam perut naik ke bahagian esofagus hingga ke bahagian tekak. Ini menyebabkan iritasi pada bahagian tekak dan menyebabkan batuk berlaku.
  • Sinusitis
  • Chronic obstructive air way disease(COAD). Penyakit ini berlaku disbebakan orang yang merokok
  • Cystic fibrosis
  • Ubat tekanan darah tinggi jenis ACEI(angiotensin converting enzyme inhibitor)
  • Tuberculosis/TB
  • Kanser paru-paru

Bila ingin berjumpa dengan doktor?



Batuk adalah suatu simptom yang selalu dihadapi oleh kita. Jika masalah ini baru berlaku sehari dua dan tidak terlampau serius, rawatan dirumah sahaja sudah cukup untuk masalah tersebut.

Akan tetapi ada beberapa keadaan yang anda perlu berjumpa dengan doktor. Ianya adalah;

  • Batuk berdarah
  • Mengalami masalah sesak nafas
  • Nafas yang berbunyi
  • Simptom yang melebihi seminggu
  • Batuk berterusan hingga muka menjadi merah atau biru(untuk kanak-kanak)
  • Terlampau letih

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ujian Pemeriksaan

Majoriti daripada masalah ini tidak memerlukan apa-apa penyiasatan terutamanya jenis simptom yang akut. Jika pemeriksaan fizikal mendapati pesakit hanya mengalami jangkitan tekak sahaja, maka tidak perlu sebarang penyiasatan seperti x-ray

Akan tetapi, jika pemeriksaan fizikal menjumpai bunyi yang tidak normal pada paru-paru seperti bunyi buih yang pecah(crepts), penyiasatan mungkin akan diteruskan

X-ray

X-ray akan dibuat sekiranya terdapat penemuan yang tidak normal dalam pemeriksaan paru-paru. Ia dapat mengenal pasti pesakit mempunyai jangkitan paru-paru(pneumonia) ataupun tidak.

Jika pesakit mempunyai simptom melebihi 2 minggu, pesakit juga akan disuruh menjalani x-ray dada untuk mengesan masalah pada paru-paru. Ini penting untuk mengesan penyakit tuberculosis(TB)

Pengambilan sampel kahak



Pengambilan sampel kahak selalunya dilakukan pada pesakit yang mengalami simptom melebihi 2 minggu. Ia selalunya dibuat untuk mengesan kuman yang menyebabkan penyakit Tuberculosis

Spirometri

Alat ini selalu digunakan untuk melihat kebolehan seseorang untuk menghembuskan nafas. Ia berguna untuk mengesan pesakit yang mengalami masalah asma dan juga chronic obstructive airway disease(COAD)

Jenis ubat batuk yang selalu digunakan

Terdapat beberapa jenis ubat yang selalu digunakan. Ianya adalah:

Ubat Pengeluar Kahak(Expectorant)

Ubat jenis ini bertindak untuk mencairkan kahak supaya ia senang untuk dikeluarkan. Kahak yang likat akan menyebabkan iritasi dibahagian tekak yang menyebabkan refleks batuk berlaku.

Pengambilan ubat ini akan meningkatkan aktiviti lysosome yang menyebabkan mucopolisakarida dalam kahak terurai.

Contoh ubat:



  • Bromhexine
  • Ambroxol
  • Guaifenesin

Ubat tahan batuk

Ianya berfungsi dengan merencat pusat batuk dibahagian otak.

Contoh ubat adalah:

  • Codeine
  • Dextromethorphan

Akan tetapi ubat jenis codeine telah diharamkan penggunaannya pada kanak-kanak

Anti-histamine

Ada sesetengah simptom ini disebabkan pesakit mengalami selesema. Oleh itu, ubat yang selalu diberikan adalah ubat anti-histamine yang berfungsi untuk mengurangkan selesema tersebut.

Ubat anti-histamine generasi pertama selalu digunakan kerana ia juga boleh merencat pusat batuk(cough centre) di bahagian otak.

Contoh ubat:



  • Diphenhydramine
  • chlorpheniramine

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Cough – NIH
  2. Silvestri RC, et al. Evaluation of subacute and chronic cough in adults.
  3. Benich JJ, et al. Evaluation of the patient with chronic cough. American Family Physician. 2011;84:887.
  4. Takeda H, Misawa M, Yanaura S. A role of lysosomal enzymes in the mechanism of mucolytic action of bromhexine. Jpn J Pharmacol. 1983 Apr;33(2):455-61.
  5. Bolser, D. C. (2006). Cough Suppressant and Pharmacologic Protussive Therapy: ACCP Evidence-Based Clinical Practice Guidelines. Chest, 129(1 Suppl), 238S–249S. http://doi.org/10.1378/chest.129.1_suppl.238S
  6. Sumber featured image: india.com
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 3 =