Skip to content

10 Cara untuk Mengelakkan Sakit Jantung

Apakah cara terbaik untuk mengelakkan sakit jantung dan tips-tipsnya? Artikel ini akan membincangkan bagaimana cara untuk mengelakkan masalah sakit jantung ini dan juga makanan yang sesuai.

Penyakit jantung semestinya antara punca kematian senyap yang paling digeruni. Namun, ia sebenarnya dapat dielakkan. Hari ini, hampir setiap satu dari lima kematian terjadi disebabkan penyakit jantung. Walaupun terdapat beberapa faktor genetik yang memainkan peranan dalam terjadinya penyakit jantung, seperti jantina, umur dan sejarah keluarga, terdapat juga faktor luaran yang boleh menyumbang kepada terjadinya penyakit jantung. Faktor lain seperti diet, aktiviti fizikal adalah merupakan faktor luaran dan boleh diubah bagi mengurangkan risiko penyakit jantung.

Berikut merupakan amalan dan cara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kesihatan jantung dan mengelakkan sakit jantung.

1. Elakkan merokok dan penggunaan tembakau



Antara perkara terbaik yang terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit jantung adalah berhenti merokok dan penggunaan tembakau. Walaupun anda tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok atau dipanggil perokok pasif, anda juga perlu mengelakkan dari terdedah kepada asap rokok.

Bahan kimia dalam tembakau boleh merosakkan jantung dan saluran darah. Merokok juga mengurangkan kandungan oksigen dalam darah dan menyebabkan tekanan darah tinggi kerana jantung terpaksa bekerja dua kali ganda lebih kuat dari biasa bagi membekalkan oksigen ke seluruh badan dan otak. Selain daripada itu, asap rokok juga merosakkan paru paru dan saluran pernafasan dan boleh menyebabkan masalah sepeti asthma dan COPD.

Walaupun usaha untuk berhenti merokok adalah sukar dan mencabar, risiko anda untuk mendapat penyakit jantung menurun bermula dari hari pertama anda berhenti merokok. Selepas setahun berhenti merokok, risiko anda berkurangan sebanyal separuh berbanding mereka yang merokok.

2. Kekal aktif: Luangkan 30 minit sehari bagi melakukan aktiviti

Melakukan aktiviti fizikal setiap hari secara konsisten dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Aktiviti fizikal juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan dan mengurangkan risiko terjadinya penyakit lain yang berkaitan dengan berat badan seperti obesiti, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan kencing manis. Kesemua keadaan tadi juga memberi kesan kepada kesihatan jantung.

Jika anda sudah lama tidak aktif, anda mungkin perlu bermula dengan aktiviti senaman minima sebelum mencuba sesuatu yang lebih ekstrem dan lasak kerana mempunyai risiko mencederakan otot.



Anda boleh bermula dengan meluangkan 30 minit sehari melakukan aktivit senaman aerobik seperti berjalan di sekitar kawasan perumahan. Selpeas itu anda boleh mencuba melakukan larian selama 75 minit seminggu. Anda juga boleh ke gim bagi melakukan aktiviti senaman di sana menggunakan alatan seperti treadmill.

Walaupun anda bersenam buat masa yang pendek, ia sudahpun membuahkan hasil terhadap kesihatan jantung anda. Aktiviti seperti bercucuk tanam, berkebun, turun naik tangga juga boleh diamalkan. Anda tidak perlu melakukan aktiviti yang lasak namun mengamalkan senaman ringan dan sederhana secara konsisten lebih baik.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

3. Mengamalkan diet yang sihat untuk jantung

Diet yang seimbang dan sihat baik untuk jantung, tekanan darah dan kolesterol serta mengurangkan risiko penyakit kencing manis. Banyakkan pengambilan makana berikut:

  • Sayuran dan buahan
  • Kekacang dan legume
  • Daging dan ikan
  • Makanan rendah lemak dan rendah tenusu
  • Bijirin penuh
  • Lemak sihat seperti Minyak zaitun

Hadkan pengambilan makanan di bawah:

  • Garam
  • Gula
  • Karbohidrat
  • Alkohol
  • Lemak tepu dalam produck tenusu dan lemak trans dalam makan diproses dan segera

4.  Mengawal berat badan

Mempunyai berat badan berlebihan terutamanya di sekitar bahagian abdomen meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung. Ia juga boleh menyumbang kepada keadaan lain seperti tekanan darah tinggi, kolesterol  tinggi dan penyakit kencing manis.

Cara untuk mengenal pasti samada anda mempunyai berat yang sihat atau tidak adalah dengan mengira BMI anda. BMI yang melebihi 25 dikelaskan sebagai berat badan berlebihan dan sering dikaitkan dengan kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan risiko strok dan penyakit jantung.

Ukur lilit pinggan juga boleh digunakan bagi mengira jumlah lemak abdomen. Risiko penyakit jantung lebih tinggi sekiranya anda mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 101.6 cm bagi lelaki dan 88.9 cm bagi wanita.

Penurunan berat walaupun sedikit sudahpun membuahkan hasil. Penurunan sebanyak 3 hingga 5 % boleh mengurangkan kandungan lemak dalam darah, kandungan gula dan risiko penyakit kencing manis.



Boleh amalkan cara ini untuk kurangkan berat badan.

5. Mendapatkan tidur yang cukup.

Kurang tidur bukan sahaja menyebabkan anda mengantuk, malahan ia juga tidak baik untuk kesihatan. Mereka yang kurang tidur mempunyai risiko obesiti, tekanan darah tinggi , penyakit jantung dan depresi.

Dewasa memerlukan sekurangnya 7 jam tidur setiap malam. Jadikan tidur anda satu prioriti dan pastikan anda tidur awal serta bangun pada waktu yang sama setiap hari. Pastikan juga suasana bilik selesa bagi mendapatkan tidur yang berkualiti.

Jika anda sudahpun tidur secukupnya namun masih penat, bincang dengan doktor masalah anda kerana anda mungkin mempunyai penyakit obstructive sleep apnea iaitu keadaan yang menyebabkan risiko penyakit jantung. Antara tanda keadaan tersebut ialah tidur berdengkur, kesukaran bernafas ketika tidur dan terbangun untuk bernafas.

6. Mengawal stress

Sesetengah orang mengawal stres dengan cara yang tidak sihat seperti makan banyak, meminum arak dan merokok. Pengawalam stres yang baik seperti melakukan aktiviti fizikal, senaman ringan dan bermeditasi seperti yoga dapat membantu meningkatkan kesihatan anda.

7. Melakukan pemeriksaan kesihatan

Tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi akan merosakkan jantung dan saluran darah. Jika anda tidak melakukan pemeriksaan, keadaan tadi gagal dikenalpasti. Melakukan pemeriksaan secara kerap membantu anda menjaga kesihatan anda. Anda juga disyorkan melakukan pemeriksaan untuk saringan penyakit kencing manis.

8. Mengawal tekanan darah

Mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi perlu mengawal tekanan darahnya daripada aspek permakanan ataupun pengambilan ubat darah tinggi. Tekanan darah yang tidak terkawal akan merosakkan saluran darah dan menyebabkan lebih banyak kolesterol terkumpul pada dinding saluran darah.

Ini boleh menyebabkan salur darah menjadi keras dan masalah ini dinamakan sebagai atherosclerosis. Perkara ini juga boleh menyebabkan pembentukan plug atherosclerosis iaitu suatu unjuran pada saluran darah yang mudah pecah. Jika ia pecah, ia akan memulakan pembekuan darah dalam saluran darah hingga menyebabkan salur darah tersumbat. Jika ia berlaku di otak, pesakit akan mengalami angin ahmar. Jika ia berlaku dijantung, ia akan menyebabkan sakit jantung.



9. Mengawal Kencing Manis

Kencing manis yang terkawal akan mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Ini kerana jika gula dalam darah tinggi, ia akan merosakkan saluran darah sama seperti jika tekanan darah tinggi. Ia menyebabkan atherosclerosis dan sumbatan pada saluran darah. Kawal kencing manis melalui permakanan untuk pesakit kencing manis dan juga ubat ubatan.

10. Mengawal Bacaan Kolesterol

Bacaan kolesterol yang tinggi juga boleh meningkatkan risiko sakit jantung. Oleh itu, kawal bacaan kolesterol dengan mengamalkan tips dan permakanan ini yang bagus. Serta bagi mereka yang berisiko dan mengalami kolesterol tinggi, doktor mungkin akan mengesyorkan pengambilan ubat kolesterol untuk mengurangkan risiko sakit jantung.

Rujukan:

  1. Strategies to prevent Heart Attack – Mayoclinic
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven + 2 =