Skip to content

Fasa Kitaran Haid yang Normal

Apakah fasa normal untuk kitaran haid bagi seseorang wanita? Artikel ini akan membincangkan fasa-fasa tersebut dan beberapa masalah yang mungkin akan mengganggu kitaran haid.

Kebanyakan wanita pasti akan mula mengalami proses menstruasi sekitar umur 12-15 tahun. Menstruasi atau kitaran haid ialah perubahan yang berlaku setiap bulan kepada rahim dan ovari untuk tujuan pembiakan (reproduktif). Jangka masa kitaran haid dikira daripada hari pertama pendarahan sehingga hari pertama pendarahan kitaran seterusnya. Terdapat perbezaan jangka masa kitaran haid bagi setiap wanita, di mana secara purata, seseorang wanita mengalami kitaran haid antara 21-35 hari. Tempoh pendarahan biasanya berlaku selama 3-8 hari. Kitaran ini dikawal oleh hormon estrogen dan progesteron, iaitu sejenis hormon yang dikawal oleh kelenjar pitituari di bahagian otak serta ovari.

Fasa Kitaran Haid

Secara amnya, terdapat 4 fasa utama kitaran haid iaitu fasa haid, fasa folikular, fasa ovulasi dan fasa luteal.



Fasa haid

Fasa ini biasanya berlangsung dari hari pertama pendarahan sehingga hari ke-8. Pada waktu ini, pendarahan yang berlaku adalah disebabkan oleh lapisan rahim yang gugur melalui serviks dan vagina kerana tiada persenyawaan yang berlaku antara ovum dan sperma. Hormon estrogen dan progesterone juga adalah rendah di fasa ini.

Fasa folikular

Fasa ini lazimnya terjadi antara hari ke-6 hingga ke-14. Pada waktu ini, hormon estrogen meningkat dan berfungsi untuk membuatkan lapisan rahim (endometrium) menjadi tebal. Selain itu, hormon lain seperti Follicle-Stimulating Hormone (FSH) yang dikeluarkan oleh kelenjar pitituari otak akan meransang pertumbuhan folikel ovari. Pada hari ke-10 hingga ke-14, salah satu folikel yang berkembang itu akan membentuk sebuah telur (ovum) yang matang sepenuhnya.

Fasa ovulasi



Fasa ini berlaku kira-kira pada hari ke-14 bagi kitaran haid selama 28 hari. Peningkatan Luteinizing Hormone (LH) secara mendadak akan menyebabkan telur dikeluarkan daripada ovari. Proses ini dikenali sebagai ovulasi.

Fasa luteal

Fasa ini kemudiannya bersambung dari hari ke-15 hingga hari ke-28. Apabila telur mengalami proses ovulasi, ia akan bergerak melalui tiub falopian hingga tiba di bahagian dinding rahim. Hormon progesterone ketika ini akan meningkat bagi membantu menebalkan lapisan dinding rahim sebagai persiapan kehamilan.

Ini bermaksud, sekiranya telur disenyawakan oleh sperma dan menempel pada dinding rahim, wanita itu akan hamil. Namun sekiranya kehamilan tidak berlaku, paras estrogen dan progesteron akan berkurang dan lapisan rahim yang telah menebal itu akan gugur semasa haid.

Simptom Permulaan Kitaran Haid

Disebabkan kitaran haid merangkumi perubahan hormon terutamanya estrogen dan progesteron, seseorang wanita boleh mengalami gejala emosi dan fizikal.

Gejala emosi

Terdapat beberapa simptom dan gejala emosi yang mungkin akan dihadapi oleh mereka yang sedang datang haid. Ia adalah:

  • Mudah marah
  • Murung
  • Gelisah
  • Perubahan emosi
  • Lebih sensitif berbanding normal
  • Berasa letih
  • Selera makan bertambah atau berkurang
  • Teringin makanan manis

Gejala fizikal



Beberapa gejala fizikal pula adalah

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Faktor Umur Dalam Kitaran Haid

Kanak-kanak perempuan mula mengalami haid pada usia sekitar 12 tahun. Walau bagaimanapun, mereka boleh mengalami haid seawal usia 8 tahun atau selewatnya pada usia 16 tahun.

Seterusnya, apabila usia mencecah 50-an, seseorang wanita akan mengalami menopos. Dari sudut perubatan, menopos bermaksud tidak datang haid selama 12 bulan berturut-turut dan tidak mempunyai masalah kesihatan lain yang berlaku semasa menopos ini. Pada waktu ini, seorang wanita berhenti menghasilkan telur (ovum) dan tidak lagi dapat hamil.

Gejala Menopause

Terdapat beberapa klasifikasi bagi gejala menopos. Antaranya ialah:

Gejala vasomotor

  • Berasa panas
  • Muka menjadi merah
  • Berpeluh
  • Degupan jantung menjadi laju
  • Susah tidur

Gejala mental

  • Emosi tidak stabil
  • Berasa letih
  • Lebih sensitif
  • Kurang keinginan seks
  • Kurang daya ingatan

Gejala saluran kencing (urogenital)

  • Faraj menjadi kering dan gatal
  • Kerap kencing
  • Kencing tidak terkawal

Gejala tulang



  • Tulang menjadi nipis (osteoporosis)
  • Kurang ketinggian badan
  • Tulang mudah patah

Gejala lain

Haid yang Tidak Normal

Banyak isitilah perubatan yang digunakan untuk haid yang tidak normal:

  • Oligomenorea: Pendarahan haid yang jarang berlaku atau lebih daripada 35hari
  • Polimenorea : Pendarahan haid yang kerap berlaku iaitu kurang daripada 21hari
  • Menoragia: Pendarahan haid yang normal tetapi kuantiti pendarahan yang banyak iaitu melebihi 7 hari
  • Amenorea: Tidak datang haid sekurang-kurangnya 3-6 bulan
  • Intermenstrual Bleeding: Pendarahan yang berlaku antara satu haid dengan haid yang seterusnya
  • Pendarahan menopos: Pendarahan yang berlaku selepas disahkan mengalami menopos

Punca Haid yang tidak normal

Banyak faktor yang boleh menyebabkan punca haid menjadi tidak normal. Perubahan paras hormon seperti estrogen dan progesteron akan menganggu corak normal kitaran haid. Hal ini jelas menerangkan punca haid menjadi tidak teratur kepada sesetengah gadis yang sedang mengalami akil baligh atau wanita yang menghampiri menopos.

Punca lain yang boleh menyebabkan haid menjadi tidak normal:

Kebanyakan punca pendarahan haid yang tidak teratur yang dialami oleh wanita  adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Lazimnya pada peringkat ini, rawatan adalah secara menggunakan hormon untuk mengimbangi ketidakstabilan hormon yang berlaku.

Tetapi jika anda berada dalam lingkungan usia 40 tahun ke atas, pendekatan yang akan diambil adalah sedikit berbeza daripada usia sebelumnya kerana pada usia ini, kadar kekerapan wanita untuk mendapat penyakit organ reproduktif serta penyakit sistemik adalah lebih tinggi. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami pendarahan haid tidak normal bagi mendapatkan diagnosis yang betul serta rawatan yang sewajarnya.

Artikel Berkaitan: Darah Haid dari Sudut Muslim

Rujukan:



  1. Normal Menstruation (Monthly Period): Menstrual Cycle & Symptoms. (n.d.). Retrieved October 04, 2020, from Clevel and clinic
  2. Abdullah, M. T., Dr. (2014, September 09). Fisiologi Kitaran Haid. Retrieved October 04, 2020, from Portal myhealth
  3. Paimin, F., Dr. (2015, October 14). Menopos. Retrieved October 04, 2020, from Portal Myhealth
  4. Shaikh Ahmad Latfi, N. (2020, August 19). Haid Tidak Teratur – Adakah ia bahaya? Retrieved October 04, 2020, from The Diagnosa
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two + 16 =