Skip to content

Telinga Berair: Punca, Simptom dan Rawatan

Adakah anda pernah mengalami telinga berair secara tiba-tiba? Ini mungkin sesuatu keadaan yang mungkin perlu diberi perhatian.

Dalam artikel ini akan menerangkan serba ringkas mengenai telinga berair.

Isi Kandungan
  1. Definisi
  2. Punca Telinga Berair
  3. Simptom
  4. Ujian Pemeriksaan
  5. Rawatan

Definisi

Secara normalnya, telinga kita akan mengeluarkan cecair yang dipanggil sebagai earwax. Earwax adalah cecair yang berfungsi untuk memastikan telinga dalam keadaan yang bersih dan sihat.



Earwax ini mungkin lebih dikenali sebagai tahi telinga yang berwarna perang muda atau jingga.

Namun, telinga berair ini boleh mendatangkan beberapa keadaan yang menandakan anda mempunyai penyakit yang lain. Antara cecair yang boleh keluar daripada telinga adalah, darah, cecair jernih dan nanah.

Telinga berair ini selalu dikaitkan dengan jangkitan daripada kuman. Jika anda mengalami telinga berair selepas mempunyai kecederaan atau hentakan di kepala, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti punca yang berlaku.

Punca Telinga Berair

Terdapat beberapa jenis cecair dan punca yang menyebabkan telinga berair:

1. Jangkitan Otitis Media (rongga telinga tengah)



Jangkitan pada rongga telinga tengah atau Otitis Media akan menyebabkan telinga berair. Otitis media ini berlaku apabila bakteria atau virus menjangkiti rongga telinga tengah yang berada di belakang gegendang telinga. Malah cecair yang keluar ini boleh menjadi darah dan berbau busuk jika berlaku jangkitan dalam tempoh yang lama (kronik).

Namun begitu, terdapat beberapa kesan lain jika berlaku jangkitan di rongga telinga ini, antaranya ialah otitis externa (telinga luar dan cuping telinga) dan mastoiditis (rongga-rongga mastoid).

Otitis media dengan cholesteatoma boleh menyebabkan komplikasi serius yang menyebabkan struktur telinga tengah dan tulang terhakis.

2. Bisul pada saluran telinga

Terkadang saluran telinga boleh dijangkiti kuman dan menyebabkan bisul terhasil. Apabila ia pecah, ia boleh menghasilkan nanah yang akan keluar daripada telinga.

3. Jangkitan kulat

Jangkitan kulat juga boleh terbentuk jika bahagian telinga kita selalu lembab mungkin disebabkan selalu beranang. Perkara ini akan memudahkan kulat untuk membiak di dalam telinga dan menyebabkan keradangan pada saluran telinga. Ia juga boleh menghasilkan cecair yang berwarna putih atau jernih tetapi berbau busuk.

4. Swimmers ear



Perenang-perenang kebiasaannya akan mengalami telinga berair dan menunjukkan kegatalan, kemerahan dan kelembapan saluran telinga. Jika telinga sentiasa berada dalam keadaan yang lembap dan berair ini boleh menyebabkan jangkitan kuman lebih mudah berlaku dan menyebabkan kuman masuk ke dalam rongga telinga serta menyebabkan jangkitan.

5. Trauma (kecederaan)

Jika berlaku kecederaan seperti hentakan di kepala, bunyi yang terlalu bising (acoustic trauma) atau perubahan tekanan yang mengejut (seperti dalam kapal terbang) ia boleh mengakibatkan gegendang telinga pecah atau berlubang. Korek telinga dengan menggunakan objek asing sehingga menyebabkan gegendang telingan pecah dan rosak juga boleh menyebabkan telinga berair.

6. Tumor

Tumor yang melibatkan cuping telinga dan saluran telinga adalah jarang berlaku. Tumor yang melibatkan telinga tengah biasanya berkaitan dengan lelehan, kesakitan telinga yang berterusan dan kelumpuhan otot muka.

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom

Terdapat beberapa simptom yang boleh terjadi pada mereka yang menghadapi masalah ini. Ia adalah:

  • Telinga sakit. Ini selalu terjadi bagi mereka yang menghadapi jangkitan bakteria seperti bisul dan juga acute otitis media
  • Kurang pendengaran. Ini boleh terjadi jika gegendang telinga pecah disebabkan jangkita acute otitis media. Ia juga boleh berlaku jika ada jangkitan kulat sehingga mana ia kulat tersebut menuhi saluran telinga
  • Telinga berdesing. Berlaku apabila ia melibatkan jangkitan di belakang gegendang telinga seperti acute otitis media
  • Vertigo. Satu keadaan dimana pesakit akan berasa keadaaan sekelilingnya berpusing. Boleh berlaku pada mereka yang mengalami jangkitan acute otitis media tetapi sangat jarang.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor apabila lelehan cecair yang keluar daripada telinga itu cecair yang berwarna putih, kuning atau kemerahan dan jika lelehan cecair itu melebihi tempoh 5 hari.



Jika lelehan itu mendatangkan kesakitan, telinga menjadi bengkak dan kemerahan, sukar untuk mendengar dengan jelas dan mempunyai sejarah mengalami kecederaan di kepala, maka anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor.

Ujian Pemeriksaan

Doktor akan melakukan beberapa prosedur untuk mengenal pasti punca yang berlaku. Satu instrumen yang dinamakan otoscope untuk melihat keadaan dalam telinga dan mengenal pasti punca yang berlaku. Satu ujian yang dinamakan sebagai tympanometry akan dijalankan untuk mengetahui keadaan rongga telinga tengah. Juga ujian pendengaran akan dilakukan untuk mengetahui tahap pendengaran anda.

Rawatan Telinga Berair

Rawatan yang akan diberikan adalah bergantung pada jenis punca yang berlaku. Dalam sesetengah keadaan, ia mungkin tidak memerlukan rawatan perubatan. Beberapa punca dan rawatan yang akan diberikan adalah:

  • Acute Otitis Media: Ubat Antibiotik akan diberikan untuk merawat jangkitan kuman di bahagian telinga. Apabila jangkitan kuman hilang, telinga pun akan menjadi kering.
  • Swimmers ear: Gunakan plug telinga ketika berenang. Ia akan mengelakkan air daripada masuk ke dalam telinga.
  • Jangkitan kulat: Pesakit seperti ini selalunya akan dirujuk ke pakar telinga kerana bahagian kulat tersebut perlu disedut. Kemudian, ubat titis anti-kulat akan dititiskan telinga untuk membunuh kulat.
  • Eczema: Krim Hydrocortisone
  • Bisul: Antibiotik dan ubat tahan sakit.

Jika rawatan ini tidak efektif, doktor akan menggunakan tiub telinga ke dalam telinga untuk mengeluarkan cecair yang ada dalam telinga.

Pembedahan akan disarankan jika anda mengalami lelehan telinga berulang untuk memperbaiki tahap pendengaran. Pembedahan tulang mastoid (mastoidectomy) antara pembedahan yang akan dilakukan untuk memperbaiki status pendengaran.

Namun begitu, jika keadaan anda semakin teruk dan tidak dapat sembuh, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan segera.

Artikel Berkaitan Telinga

Sakit TelingaTelinga Berair
Jangkitan TelingaGegendang Telinga Pecah
Telinga TersumbatTelinga Bernanah
Tahi Telinga KerasTelinga Berdesing
Telinga Gatal

Periksa Simptom anda Di Sini



Rujukan

  1. Healthline – Ear Discharge
  2. Medical News Today – Ear Discharge
  3. My Health – Telinga Berair
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen + thirteen =