Skip to content

Herba pun boleh menyebabkan buah pinggang rosak, kaki bengkak

Seorang wanita berumur 60 tahun dimasukkan ke dalam wad perubatan disebabkan mengalami bengkak air pada seluruh badan dan bahagian perutnya yang besar(busung). Dalam istilah perubatan kita katakan bengkak air ini sebagai edema

Tetapi jika ianya berlaku pada seluruh badan, ia dipanggil sebagai ‘anasarca’. Selalunya ada 3 punca bengkak air yang berlaku pada badan iaitu:

Jadi aku tengok nota yang ditulis oleh doktor daripada jabatan kecemasan.



Pesakit ini telah mengalami bengkak air selama 6 bulan. Bengkak air tersebut bermula daripada kaki terlebih dahulu. Kemudian diikuti perutnya pula mula membusung. Dan tangan pun membengkak

Pemeriksaan pula mendapati pesakit mempunyai tanda tanda masalah kegagalan hati yang kronik dimana pesakit tersebut mempunyai

  • Mata kekuningan
  • Tapak tangan tidak boleh dibuka sepenuhnya (Dupuytren’s contracture)
  • Mempunyai salur darah yg besar di kulit bahagian pusatnya(caput medusae)
  • Kaki Bengkak

Keputusan darah menunjukkan bacaan Alanine transaminase, alkaline phosphatase dan bilirubin yang tinggi menunjukkan terdapatnya kerosakan yang teruk pada hati.

Bahkan untuk ujian buah pinggang juga menunjukkan pesakit telah mengalami kegagalan buah pinggang. Dengan bacaan urea dan creatinine yang tinggi, pesakit ini tak lama lagi mesti wajib menjalani dialisis(cuci buah pinggang)

Keadaan rosak hati terlebih dahulu kemudian diikuti dengan kerosakan pada bahagian buah pinggang ini dipanggil sebagai hepato-renal sindrom. Sesorang yang mengalami kegagalan hati kebanyakkannya akan diikuti dengan kerosakan pada buah pinggang.

Tetapi apakah punca yang menyebabkan pesakit mengalami masalah kegagalan hati ini?



Jadi, setelah aku bertanyakan banyak soalan kepada wanita tersebut, lalu aku bertanyakan berkenaan satu perkara yang wajib ditanya kepada mereka yang mengalami kegagalan hati ini.

“Puan ada ambil makanan atau ubat-ubatan tradisional seperti jamu atau makanan kesihatan yang lain?”

“Ada. Saya selalu mengambil jamu untuk lutut kaki saya yang selalu sakit. Lepas saya ambil ubat tu sakit saya semakin berkurangan. Tapi datang pula penyakit lain”. Jelas wanita tersebut.

“Berapa lama dah ambil jamu tu puan?”, tanya aku lagi.

“Dah dekat setahun dah doktor”, jawab wanita tersebut.

Adeh. Barangkali jamu tu mungkin banyak steroid itulah yang menyebabkan sakit lutut wanita tersebut mudah baik + hatinya juga rosak. Bahkan kita tidak tahu apa lagi yang terkandung dalam jamu tu hingga ia boleh merosakkan hati wanita tersebut.

Nasihat untuk pembaca semua, elakkan atau kurangkan penggunaan jamu dalam jangka waktu yang lama. Jika doktor bagi ubat dalam jangka waktu yang lama pun selalunya mesti ada pantauan daripada pihak doktor, inikan pula jamu yang tidak diketahui ramuan di dalamnnya.

Btw, wanita ini sebenarnya telah meninggal dunia disebabkan pendarahan yang teruk di bahagian saluran permakanan. Pesakit muntah darah pada keesokan harinya.



Ia disebabkan satu penyakit yang dipanggil sebagai ‘esophageal varices’ dimana terdapat pembesaran pada saluran darah dibahagian bawah esofagus, ianya boleh pecah dan pendarahan tang serius akan berlaku. Perkara ini merupakan salah satu komplikasi kegagalan hati yang kronik.

Pendek kata anda berisiko untuk mengalami pendarahan seperti ini jika anda ada masalah kegagalan hati.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × one =