Skip to content

Hilang Suara: Punca, Simptom dan Rawatan

Mungkin anda pernah mengalami situasi kehilangan suara ketika bangun pagi dan mula berfikir perkara yang telah anda lakukan pada hari sebelumnya. Adakah ianya sekadar kehilangan suara biasa atau merupakan sesuatu yang lebih serius? Artikel pada kali ini membincangkan tentang punca hilang suara dan cara rawatannya.

Pengenalan

Setiap hari, kita menggunakan suara sebagai salah satu cara untukberkomunikasi sama ada di tempat kerja, semasa makan atau apa-apa sahaja aktiviti yang dilakukan. Suara merupakan satu bunyi yang terhasil daripada getaran peti suara (vokal kod).

Semasa bercakap, peti suara akan menjadi tertutup supaya udara mengalir melalui tisu dan mengeluarkan suara. Tinggiatau rendah nada yang dikeluarkan bergantung kepada saiz dan bentuk peti suara anda.



Setelah mengetahui bagaimana peti suara anda berfungsi, anda mungkin masih tertanya-tanya “mengapa saya kehilangan suara?’. Berikut adalah beberapa sebab yang mungkin menyebabkannya.

Punca Hilang Suara

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah hilang suara ini berlaku. Ia adalah:

1. Demam

Selesema boleh menyebabkan tekak menjadi radang dan sakit. Kemudian, ia juga mengakibatkan pita suara anda membengkak sehingga mempengaruhi bunyi getaran yang dihasilkan. Hasilnya, suara anda boleh bertukar menjadi serak.

2. Terlalu banyak menggunakan suara



Setiap kali anda bercakap mahupun bernyanyi, secara tidak langsung anda menggunakan otot di bahagian tekak dan mulut. Sama seperti otot di bahagian lain, apabila digunakan secara berlebihan akan menyebabkan otot menjadi letih, tegang mahupun tercedera. Keadaan ini boleh membawa kepada perubahan suara.

3. Merokok

Asap rokok menyebabkan iritasi kepada peti suara dan boleh membawa kepada masalah suara dalam jangka masa panjang. Kajian menunjukkan bahawa perokok mempunyai risiko untuk mengalami gangguan suara sebanyak tiga kali ganda lebih tinggi berbanding orang biasa. Merokok juga mendedahkan anda kepada risiko untuk mendapat ketumbuhan kecil di peti suara, yang disebut sebagai polip. Polip boleh mengakibatkan suara menjadi serak dan garau.

4. Alahan

Selain daripada hidung berhingus, gatal mata dan bersin, alahan juga boleh menyebabkan perubahan pada suara. Ini terjadi apabila:

  • Reaksi alahan membawa kepada pembengkakan pita suara
  • Postnasal drip iaitu apabila bendalir mengalir dari hidung ke dalam tekak sehingga menyebabkan iritasi pada pita suara
  • Apabila anda mengalami batuk dan cuba untuk berdeham sehingga pita suara menjadi tegang
  • Ubat anti-histamin yang bertindak dengan mengeringkan tekak anda. Ini bahaya kerana tekak memerlukan kondisi yang lembap untuk berfungsi secara normal.

5. Rheumatoid Arthritis (RA)

Rheumatoid Arthritis ialah penyakit autoimun yang menyebabkan kesakitan, bengkak dan kekejangan pada sendi. Sebanyak 1 daripada 3 orang yang mengalami Rheumatoid Arthritis mendapat masalah suara termasuk sakit tekak dan kehilangan suara kerana Rheumatoid Arthritis juga menyerang bahagian sendi kecil seperti di muka dan tekak.

6. Masalah kelenjar tiroid



Salah satu fungsi kelenjar tiroid adalah untuk mengawal produksi hormon tiroid. Masalah kesihatan seperti hipotiroid atau hipertiroid boleh menganggu produksi suara. Sebagai contoh, tahap hormon tiroid yang rendah dalam hipotiroid akan menyebabkan berlakunya pengumpulan cecair di bahagian peti suara. Dalam hipertiroid pula, apabila kelenjar tiroid membesar, ia akan memberi tekanan kepada peti suara serta membuatkannya mejadi sempit dan memberi kesan dalam penghasilan suara.

7. Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)

GERD berlaku apabila terdapat pembalikan asid dari perut ke dalam saluran esofagus. Gejala utama yang mungkin anda alami ialah pedih ulu hati, tetapi GERD juga mampu melemahkan nada suara anda. Ini kerana asid perut merupakan sejenis bahan iritasi kepada permukaan perut, esofagus dan peti suara. Keadaan ini sekaligus menyebabkan suara menjadi serak, lelah dan pengumpulan bendalir di dalam tekak.

8. Radang laring (laryngitis)

Apabila anda kehilangan suara, punca yang paling kerap adalah disebabkan oleh radang laring. Radang laring berlaku apabila laring (peti suara) menjadi iritasi dan meradang. Ini terjadi apabila anda menggunakan suara secara berlebihan atau ketika mengalami jangkitan, terutamanya jangkitan virus. Selain itu, radang laring boleh juga disebabkan oleh menghirup asap atau bahan kimia. Jika anda menghidapi asthma dan sering menggunakan ubat sedutan asthma (inhaler), pastikan anda mencuci tempat sedutan dengan betul supaya tidak dijangkiti kuman.

9. Nodul, polip dan cyst

Walaupun pakar masih tidak pasti mengapa ketumbuhan benign ini boleh timbul di peti suara, namun mereka percaya bahawa penggunaan suara secara berlebihan boleh menjadi salah satu puncanya. Kadang kala, ketumbuhan ini boleh hilang dengan sendiri jika anda memberi rehat yang cukup pada peti suara. Tetapi, jika ia mengakibatkan perubahan suara yang signifikan, doktor berkemungkinan besar akan mengesyorkan pembedahan untuk membuang ketumbuhan itu.

10. Penyakit sistem saraf



Penyakit saraf seperti Parkinson boleh mempengaruhi otot di bahagian muka dan tekak. Ini kerana Parkinson menganggu bahagian otak yang berfungsi untuk mengawal pergerakan dan koordinasi. Hampir 90% pesakit Parkinson mendapat gangguan pertuturan atau suara.

11. Kanser peti suara

Kehilangan suara atau suara serak dalam jangka masa yang lama boleh menjadi petanda bagi kanser laring. Gejala yang lain termasuklah:

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ujian Pemeriksaan

Pemeriksaan yang selalu dilakukan adalah dengan memeriksa bahagian tekak untuk melihat sama ada ia dijangkiti ataupun tidak. Tekak yang merah atau tonsil yang bengkak menunjukkan terdapat jangkitan kuman di bahagian tekak.

Terdapat ujian-ujian lain yang boleh dilakukan untuk mengesan punca kepada masalah ini.

1. Pemeriksaan darah

Pemeriksaan darah iaitu Full blood count adalah untuk melihat sel darah putih di dalam darah. Jika ia tinggi, ini menunjukkan terdapat jangkitan kuman pada pesakit.



2. Endoscope

Adalah prosedure dimana kamera dimasukkan ke bahagian tekak untuk melihat struktur peti suara. Ia penting untuk mengetahui sama ada peti suara mengalami masalah atau tidak

3. Ultrasound atau MRI

Jika disyaki ia berpunca daripada thyroid, ultrasound scan atau MRI boleh dilakukan untuk melihat saiz kelenjar tiroid yang mengganggu peti suarau tersebut.

Rawatan Hilang Suara

Berikut merupakan beberapa jenis rawatan yang boleh anda cuba bagi mengembalikan suara. Antaranya ialah:

1. Rehatkan suara

Perkara terbaik yang boleh anda lakukan kepada pita suara yang cedera ialah dengan memberikan mereka masa berehat. Anda boleh cuba untuk kurangkan percakapan atau tidak bercakap dalam satu hingga dua hari. Kegatalan dan keradangan tekak memerlukan masa untuk pulih.

2. Ubat tahan sakit



Makan ubat tahan sakit atau anti radang seperti steroid untuk melegakan sakit serta radang tekak.

3. Elakkan ubat titis hidung

Secara normal,sudah tentu anda ingin mengambil ubat titis hidung ketika demam. Tetapi sekiranya demam anda telah menyebabkan radang laring, anda dinasihatkan untuk mengelak pengambilan ubat ini kerana ia boleh mengeringkan tekak dan saluran hidung.

4. Bincang dengan doktor mengenai ubat anda

Pengambilan ubat steroid membantu untuk mengurangkan keradangan. Bincang dengan pakar tentang ubat ini kerana anda mungkin memerlukan preskripsi daripada doktor.

Doktor mungkin akan melakukan penyiasatan lain seperti ujian kamera untuk melihat bahagian peti suara anda. Jika terdapat punca-punca lain seperti kanser dan sebagainya, ia akan memerlukan rawatan yang lebih spesifik

5. Minum air

Minum air yang banyak dan berehat dapat membantu merawat masalah kehilangan suara atau sakit tekak. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.



6. Berkumur dengan air garam

Air garam membantu untuk melegakan iritasi pada bahagian tekak. Cuba berkumur dengan air geram sebanyak 2 hingga 3 kali sehari sehingga suara anda kembali.

7. Makan lozenges

Lozenges ialah sejenis ubat yang dijadikan dalam bentuk gula-gula. Ia berfungsi untuk memberi kelegaan dan keselesaan pada rongga tekak yang mengalami iritasi.

8. Pakai pelembap udara

Secara semulajadi, kerongkong anda akan menjadi kering pada waktu malam. Apabila mulut dan tekak menjadi kering, ia akan menyebabkan berlakunya iritasi. Guna pelembap udara semasa tidur untuk mengelakkan keadaan ini daripada berlaku.

9. Kunyah gula-gula getah

Mengunyah gula-gula getah akan meningkatkan pengeluaran air liur yang sekaligus mengekalkan kelembapan mulut dan tekak. Ambil gula-gula getah tanpa gula untuk mengelakkan kalori tambahan. Terdapat juga gula-gula getah yang khas untuk merawat mulut kering, yang boleh didapati di farmasi.



10. Berhenti merokok

Asap rokok dan vape merupakan suatu iritasi kepada tekak. Cuba untuk berhenti merokok atau menghisap vape dalam masa beberapa hari. Kandungan nikotin akan melambatkan lagi proses pemulihan iritasi.

11. Jangan minum alkohol

Alkohol juga menyebabkan mulut dan tekak menjadi kering sehingga membawa kepada iritasi.

Kesimpulan

Masalah hilang suara boleh dirawat menggunakan cara yang telah dinyatakan. Tetapi jika keadaan anda masih tidak pulih atau menjadi semakin teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan diagnosis dan rawatan yang sewajarnya.

Masalah mulut yang lain

Mulut BerbauKanser Gusi
Lidah PendekTonsil Bengkak
Kanser TekakKanser Tonsil
Hilang SuaraHilang Deria
Masalah BruxismRanula

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Why Am I Losing My Voice? (2015, December 11). WebMD.
  2. Mohammad Ali. (2016, March 10). Jom Jaga Suara! PORTAL MyHEALTH. Portal Myhealth
  3. Osborn, C. O. (2019, March 7). How to get your voice back quickly when you have laryngitis. Healthline.
Advertisements

4 thoughts on “Hilang Suara: Punca, Simptom dan Rawatan”

  1. Mohamad arifin bin yatim

    Saya sdh mau dekat seminggu sakit tekak..bagaimana lagi saya harus buat saya sdh ikut cara cara untuk rehat kan tekak tetapi masih sama..

    1. Jika begitu, perlu dapatkan pemeriksaan daripada doktor untuk lihat punca kepada sakit tekak tersebut tuan

  2. Apakah ubat yang boleh mengembalikan atau menyembuhkan sakit suara sakit tekak apabila bernyanyi..walaupun nada rendah,,apatah lagi lagu tinggi…..

    1. Pengambilan sebanyak 400mcg asid folik dalam sehari sebenarnya sudah mencukupi. Hanya jika seseorang itu pernah mempunyai sejarah anak yang mengalami neural tube defect(NTF)iaitu masalah tulang belakang tidak terbentuk sempurna sahaja yang perlu mengambil folik asid dalam jumlah yang tinggi.

      Mengikut satu kajian, dinasihatkan jangan melebihi 1000mcg dalam sehari kerana ia boleh menyebabkan masalah kekurangan vitamin B12 yang lebih susah untuk dikesan. Jika Vitamin B12 kurang, ia akan menyebabkan kerosakan saraf.

      Secara kesimpulannya jumlah pengambilan folik asid perlulah diantara 400mcg-1000mcg. Hanya doktor sahaja boleh nasihatkan untuk mengambil folik asid dengan jumlah yang lebih dari itu. Adapun untuk kehamilan di awal usia doktor selalu memberikan folic acid sebanyak 5mg/day tetapi dengan tujuan untuk mengelakkan NTD. Beberapa minggu selepas itu, doktor akan memberikan obimin kepada pesakit yang mengandungi lebih kurang 1000mcg asid folik sehari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + 8 =