Skip to content

Ingatkan tahi lalat. Rupanya kanser melanoma

Pada suatu hari, Encik Arif perasan terdapat satu tahi lalat dibahagian bahu kirinya. Dia menganggap itu mungkin adalah tahi lalat biasa sama seperti pada tubuh badannya yang lain.

Cuma tahi lalat ini baru je dia perasan. Sebelum ini macam tak pernah nampak pulak. Dia pun membiarkannya selama beberapa bulan.

Setelah 3 bulan, dia baru perasan terdapat ketulan pada bahagian ketiaknya. Ketulan tersebut keras, sedikit sakit dan menyebabkan bahunya merasa sedikit lenguh kerana tidak selesa dengan rasa ketulan pada bahagian ketiak tersebut.



En Arif pun datang berjumpa dengan doktor untuk tujuan pemeriksaan.

“Ketulan di ketiak saya ni sebenarnya apa ye doktor?”, Tanya En Arif

“Kemungkinan besar ketulan ini adalah berasal daripada kalenjar limfa Encik.” Kata aku.

“Jadi saya perlu rujuk encik ke hospital sebab doktor hospital perlu ambil sedikit sampel daripada kalenjar tersebut untuk mengetahui punca-puncanya”, Jelas aku lagi.

Pada ketika dia menurunkan tangannya, aku ternampak satu tahi lalat di bahunya.



“Tahi lalat ini baru perasan ke encik?” Aku bertanya.

“Aah, baru 3 bulan yang lepas saya perasan. Sebelum itu, macam tak pernah lihat pulak”, Jelas En Arif.

Tahi lalat ini jika dilihat pada mata kasar sedikit tidak simetri. Sebab bahagian bawahnya lebih besar daripada bahagian atas.

Manakala sempadannya pula tidak sekata. Tidak sama seperti tahi lalat yang biasa.

Warna tahi lalat ini pun tidak sekata. Ada bahagian yang berwarna cerah. Ada bahagian yang berwarna gelap.

Pesakit pun menyatakan yang saiz tahi lalat ini sedikit demi sedikit semakin besar.

Ini membuatkan aku mengesyaki bahawa pesakit sebenarnya sedang mengalami satu masalah yang dipanggil sebagai MELANOMA.

ARTIKEL BERKAITAN: BENJOLAN DI KETIAK



Apakah itu Melanoma?

Melanoma merupakan kanser kulit yang paling agresif. Ini kerana walaupun saiz kanser ini dikawasan kulit adalah kecil, tetapi dia sangat mudah merebak ke kawasan lain terutamanya kalenjar limfa.

Sebagai contohnya pesakit ini, kemungkinan besar ia telah merebak ke kalenjar limfa dibahagian ketiak pesakit.

Melanoma merupakan sel kanser yang berasal daripada sel melanocytes. Sel melonocytes ini berfungsi untuk menghasilkan pigment melanin yang menyebabkan kulit seseorang itu menjadi gelap.

Sebab itu apabila melanocytes berubah menjadi kanser melanoma, ia berwarna hitam disebabkan melanin yang dihasilkan olehnya.

Apakah punca-punca melanoma?

Melonama berlaku disebabkan pendedahan yang kerap kepada gelombang UV yang terdapat di dalam cahaya matahari.

Oleh itu, mereka yang duduk berdekatan dengan garisan khatulistiwa dan selalu berjemur(tanning) untuk menggelapkan kulit mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghadapi masalah ini.

Mereka yang mempunyai sejarah keluarga dengan masalah melanoma ini juga mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada orang lain.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Cara-cara untuk mengesan kanser melanoma ini.

Terdapat cara yang mudah untuk ingat apa yang perlu diperiksa ketika mempunyai tahi lalat yang pelik.



Caranya adalah dengan mengingati ABCDE

A – asymmetry

Selalunya tahi lalat yang disebabkan kanser melanoma adalah tidak simetri(asimetri). Iaitu ada kawasan yang besar dan ada kawasan yang kecil




B – Border(sempadan)

Sempadan kanser melanoma pula tidak sekata tidak sama seperti tahi lalat biasa.

C – Colour(Warna)

Warna tahi lalat tersebut juga tidak sekata. Ada yang berwarna cerah. Dan ada yang berwarna gelap

D – Diameter



Diameter melanoma akan sentiasa bertambah hari demi hari

E – Evolving(Berubah)

Waspada dengan sebarang perubahan pada tahi lalat anda daripada segi warna, saiz dan sempadannya. Syak sebagai melanoma jika berlakunya sebarang perubahan

Kita pergi balik kepada pesakit ini

Saya terus tulis surat rujukan kepada pihak hospital untuk melakukan pemeriksaan seterusnya kepada pesakit.

Selalunya pihak hospital akan melakukan biopsi pada tahi lalat tersebut dan juga pada ketulan dibahagian ketiak pesakit.

Biopsi ini adalah prosedur untuk mengambil sedikit sampel pada bahagian yang disyaki mempunyai kanser. Kemudian sampel itu akan dilihat dibawah mikroskop untuk memastikan sama ada ianya sel kanser ataupun tidak.

Setelah beberapa bulan, aku follow up balik pesakit untuk tahu keadaan yang dialami olehnya. En Arif menyatakan bahawa dia telah disahkan mengalami kanser melanoma sama seperti yang aku terangkan sebelum ini.

Dia cakap dia akan meneruskan rawatan di hospital tersebut.



Kesimpulannya, jika anda mempunyai tahi lalat yang baru dan mempunyai karakter yang diceritakan di atas, maka anda perlu segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana ditakuti anda mungkin mengalami kanser Melanoma

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + 14 =