Baru-baru ni ada satu kes pesakit umur 30 an. Tiba-tiba pengsan di klinik. Bila di periksa waktu tu nadi dah tiada.
Pesakit terus dibawa masuk ke dalam bilik kecemasan.
CPR dibuat dan sempat bagi adrenaline sekali untuk memulakan semula denyutan nadi. Kemudian, cardiac monitor menunjukkan ‘ventricular tachychardia’ tapi pesakit masih tiada denyutan nadi. Keadaan ini kita panggil sebagai ‘pulseless VT’.
Jadi, team kami waktu tu bagi defib(ni yang kita bagi current kat dada tu) untuk normalkan balik denyutan nadi. Selepas itu, Cardiac monitor menunjukkan gelombang ‘sinus rhythm’ iaitu denyutan jantung yang normal. Tiba-tiba pesakit bangun dan tercungap-cungap seolah-olah sedang kelemasan.
Jarang saya jumpa pesakit yang baru sahaja dilakukan CPR sebab jantungnya berhenti tersedar semula pada waktu yang sama. Selalunya pesakit macam ni takkan sedarkan diri walaupun denyutan nadinya dah normal.
Pesakit di hantar ke hospital untuk rawatan yang lanjut. Waktu dalam perjalanan pesakit nampak seperti orang biasa. Boleh bercakap dan sempat membalas mesej telefonnya ketika dalam ambulan.
ECG di hospital menunjukkan terdapat serangan sakit jantung(ST elevation).
Kemudian pesakit dirancang utk dihantar ke Hospital Serdang bagi tujuan rawatan Percutaneous Coronary Intervention(PCI). Ini adalah rawatan yang paling berkesan untuk merawat serangan sakit jantung.
Sebelum sempat naik ambulan, pesakit pengsan semula secara tiba-tiba. CPR dilakukan untuk 30 minit tetapi masih tidak dpt menyelamatkan pesakit.
Yang peliknya, pesakit tiada penyakit pun. Tiada kencing manis, tiada darah tinggi, mgkn tiada masalah kolesterol. Selalunya pesakit seperti ini akan mempunyai faktor risiko seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi.
Tapi satu sahaja faktor risiko yang pesakit ada.
Dia adalah PEROKOK.
Ni bukan cerita rekaan ye. Benda ni memang betul-betul berlaku.
Ramai orang muda yang meninggal dunia berpunca dari sakit jantung tanpa mempunyai apa-apa penyakit sebelum tu. Satu je masalah mereka iaitu sebab mereka adalah PEROKOK.
Pesakit ini baru sahaja berpindah ke Lembah Klang kerana dipindahkan kawasan bertugas. Isterinya masih lagi bekerja di negeri sebelum suaminya berpindah. Pasti isteri dan keluarganya bersedih atas pemergian suami.
Umur 30 an adalah umur yang sangat muda untuk menghadapi sakit jantung. Kalau dah kahwin, kiranya ini baru fasa awal untuk berkeluarga.
Jadi jika anda sayang diri atau ahli keluarga anda, mohon untuk berhenti merokok.